Bab 51

1.9K 49 3
                                    

Penerbangan ini akan mendarat dalam beberapa saat lagi. Akhirnya sampai juga malaysia. Percutian apakah ini. Macam tak bercuti pun ada. Bercuti dalam wad je. Tipu la kalau tak jalan. Ada la jugak jalan sikit-sikit. Beli souvenir.


"Kita balik rumah dulu ? Packed apa yang patut. Abang tunaikan permintaan sayang. Sayang nak ikut atau nak abang hantar terus pergu rumah umi ? " soal aliff yang sedang sibuk menarik luggage. Sampai jugak malaysia. Next time kita melancong europe pulak.





"Nak ikut abang. Nanti abang salah pilih pulak baju yang sayang nak gunakan. Kita singgah rumah mama ? " takkan la aku nak pisahkan anak dan ibu macam tu je kot. Kesian jugak aliff , mesti dia rindu mama dia. Walaupun macam mana pun perangai mama dia. Itu tetap orang yang melahirkan dia. Jahat ke aku macam control dia ? Aku rasa tak sebab aku tak melawan mama , aku just diam.




"Betul ke sayang nak singgah rumah mama ? Sayang demam ke ? Sayang jangan main-main. Abang rindu sangat dekat mama. Kalau sayang tak bagi takpe. Abang taknak sakitkan hati sayang. Sayang ? " aikk pelik juga. Tiba-tiba excited nak pergi rumah mama. Selalunya taknak. Bukan salah dia. Mama salah faham.






"Mana ada demam. Sayang okay. Kita pergi ya. Abang ada tanggungjawab besar dekat mama. Dia ibu kandung abang. Dia syurga abang. Sayang okay. Kalau mama still marah sayang. Sayang redha. Sayang akan tackle balik hati mama okay ? " terang armel pula. Aku diam jelah kalau kena marah sekalipun. Aku sedar salah aku besar. Ibu mertua pun macam mak sendiri juga kan.






"Yeayy , thanks sayang sebab faham abang. " aliff memulakan pemanduan ke rumah mama.



Armel melontarkan pemandangannya ke luar. Kesibukan jalan raya di malaysia tidak macam di jepun. Bilangan pejalan kaki pun kurang. Asap kenderaan banyak. Haih. Armel baru teringatkan wadiyah. Ha apa cerita dia sekarang. Nak tanya aliff ke tak ? Nak bagi tahu aliff ke tak. Bagi tahu jelah.




"Abang , armel nak tanya abang sikit boleh tak ? " soal armel ragu-ragu.




"Boleh , nak tanya banyak pun takpa. " balas aliff.



"Wadiyah dengan iqbal ada masalah. Dua hari lepas wadiyah call cerita dan menangis. Dia cakap iqbal curang. Abang kenal iqbal kan ? Cuba abang cerita iqbal tu macam mana ? Sayang bukan nak masuk campur hal mereka. Tapi kesian wadiyah. Dia minta tolong sangat. Apa pendapat abang ? "





"Ouh macam tu. Abang pun bukan kenal sangat dengan iqbal. Tapi iqbal tu baik orangnya. Dia mesti terpaksa buat macamtu. Abang tak percaya iqbal sanggup curang dengan wadiyah. Sayang jangan burukkan siapa-siapa tau. Sayang bagi semangat dan kata positif je okay ? Sayang pun tengah sarat sekarang ni kan ? Jangan banyak fikir sangat. " nasihat aliff.



"Okay abang. Sorry eh kalau sayang tanya bukan-bukan. Abang hantar sayang rumah wadiyah kejap boleh tak ? Lepas pergi rumah mama ? " soal armel lagi mahu merisik khabar teman rapatnya itu.




" Boleh je sayang. " balas aliff.




Armel menghantar pesanan ringkas kepada waditah untuk memberitahu dia akan ke sana.





" Assalamualaikum mama " laung aliff di muka pintu.



"Waalaikumsalam. Ya allah aliff. Lama tak balik. Dah lupa jalan rumah ke. Or ada orang hasut. " mama menjeling armel disebelah aliff.





"Mama apa khabar ? Sihat ? Yang lain mana ? " saja aliff menukar soalan lain.



"Macam ni jelah aliff. Orang tua kan. Yang lain semua jauh kan. Kamu jela yang dekat. Itupun tak duduk dengan mama dan jarang balik rumah. Isteri kamu taknak salam mama ke ? " sinis mama menghulurkan tangan.




"Sayang , salam mama. " arah aliff.



Armel meraih tangan mama dan mengucupnya ikhlas. Mama seakan merentap tangannya kembali.



"Jom aliff masuk. Mama rindu kamu sangat. Armel akan beg ya. Duduk lah lama sikit kat sini. Atau pindah terus kat sini lagi bagus. Mama dah masak makanan kegemaran kamu. Kita makan dulu ye. Mesti kamu penat kan ? " mama menarik aliff dan meninggalkan armel sendirian.





Keadaan armel yang sedang sarat mengandung disuruhnya angkat beg berat. Tiada hati perut langsung. Aliff pula melayan karenah mama itu. Tetapi armel tidak kecil hati. Dia masih dengan senyuman. Dan cuba menyabarkan hatinya.





"Puan , takpe puan saya angkat " ujar pembantu rumah yang berhati mulia itu.


"Terima kasih " ujar armel dan menghadiahkan senyuman yang manis.



Armel pergi ke dapur dan melihat mama sedang menyuap aliff makan. Wahh indahnya. Rapat benar hubungan mereka. Aliff memang anak emas dalam keluaraga. Gelak tawa mereka menghiasi dapur itu.



"Sayang , mari duduk sini. Kita makan sekali. " aliff mengajak armel yang dari tadi memerhati dari jauh.



"Mama masak untuk aliff je. Maaflah lah armel dah habis. " Ujar mama dengan niat mahu mengguriskan hati armel.



"Takpe mama , armel dah kenyang. Abang, armel nak minta izin keluar dengan wadiyah kejap. Dia dah tunggu dekat luar. " minta armel.


"Abang ikut ? Bahaya sayang jalan tanpa abang. "


"Ehh takpe takpe. Abang spend time dengan mama okay ? Armel pergi dulu. Assalamualaikum. " armel keluar dari ruang dapur dengan seribu perasaan. Wadiyah melambaikan tangannya.






" Rindu kau beb. Aliff junior dah besar ye heeheheh. Apa khabar mel ? Hadiah aku mana ? " usik wadiyah lagi.




"Ni ada , takkan le aku lupa kat kawan sewel aku ni. So kita nak lepak kat mana ni ? "



"Secret recipe lah weh. Aku craving ni. " ujar wadiyah terbayangkan kek coklat.



"Aik , aku yang pregnant kau yang craving , macam-macam lah kau ni. Okay aku on je. Aku nak makan cheese cake. Yeahh. "



~



"Isteri kamu pergi mana aliff ? Dah nak dekat maghrib ni ? apa yang dia buat. Kamu memang tak kesah ye ? Atau perangai dia memang macamni ? " marah mama.




"Aliff percayakan armel ma. Ma jangan risau, kejap lagi baliklah dia. Dia tahu batas agama ma. Ma jangan nak cakap bukan-bukan. " bentak aliff.



~



"Oh macamtu. aku tak boleh nak kata apa weh. Aku pun tak larat sangat sekarang ni. Aku mampu berdoa dan bagi kau semangat je.
Kau sabar ye " nasihat armel.




"Okay. Aku cuba. Jom aku hantar kau balik. Mesti aliff risaukan kau. Haih aku ni pun. Dah gelap malam ni culik mak buyong. Hehehhe "

Jam lapan malam. Mereka tiba di perkarangan rumah mama aliff.






"Lambat nya sayang balik. Pergi mana ni ? " soal aliff bercekak pinggang.


"Makan dengan wadiyan. Kan dah cakap tadi. Abang ni pun , kenapa tunggu sayang ? Abang kena spend time dengan mama. Jangan macam ni. "


"Sayang merajuk ke ? "


"Mana ada , ini fakta abang. "



~


"Hello iqbal , esok aku naku jumpa kau. Kalau benda ni tak settle. akan jadi lagi parah. Aku jumpa kau dkat mcd bangi '





aliff jumpa iqbal ? Kenapa ni ?




Vote
Comment
Feedback

Sayangku Encik Lesung PipitWhere stories live. Discover now