Bab 83

1.8K 74 1
                                    

Armel memandang raga yang dipenuhi novel. Nak dekat tiga puluh buah novel yang ada di dalam raga. Aku rasa aku baru pilih lima novel , lagi dua puluh lima novel ni aliff punya kerja. Aku taknak membazir dekat sini. Novel hanya sebagai hobi sahaja.

"Sayang , beli la alatan pejabat sekali. Kat sini banyak yang lawa-lawa. " ujar aliff setelah tiba di bahagian alatan tulis.

Gayanya macam minta izin.  Tapi bukan , ia hanyalah arahan. Sama ada armel setuju atau tidak. Raga tetap sudah penuh dengan alatan pejabat. Ni popular weh , bukan seringgit dua ringgit. Maklumlah kualiti dan jenama terkemuka.

"Banyak gila. Sayang bukan nak masuk sekolah balik. Kenapa beli banyak-banyak ? Alaa. Nanti sayang pinjam abang punya dahla. " gumam armel terkejut dengan suaminya. Dia ingat aku ni budak darjah satu ke nak masuk sekolah balik. Habis pen dibelinya. Macam kena buat karangan ke apa ni.

"Sayang kan pekerja baru. So this is how our company treat new staff. Tapi sayang lebih sikit la heheh. Abang nak sayang bersemangat bila bekerja , that's why abang beli macam-macam. "
Terang aliff sambil memasukkan beberapa fail.

"Tapi , sayang tak bawa banyak sangat cash harini. Credit card pun tertinggal. Macam mana ni ? Kita letak balik lah. " cadang armel gusar untuk membayar barangan yang dibeli.

"Aik , kenapa pulak. Siapa kata sayang yang bayar ? Ni semua abang yang bayar lah. Don't worry okay. You are my wife. So selagi abang ada sebelah sayang , maknanya abang yang akan support semua perbelanjaan sayang. Ambil lagi apa yang sayang nak. Abang belanja " aliff menggosokkan kepala armel. Apalah budak ni fikir , takkanlah dia yang kena bayar. Sebab , aku yang penuhkan raga ni. Heheh. Clumsy sangat wife aku ni.

"Yeke ni ? Alaa , takyahlah. Membazir duit abang nanti. Abang banyak lagi nak kena bayar nanti kan. Biarlah sayang bayar sendiri. Ni sayang punya barang kan. Abang simpan je duit abang untuk kegunaaan lain. " tegah armel.

"It's okay sayang. Biar abang bayar. Duit-duit tu kalau kita simpan nak buat apa kan. Lagi pun nanti kita boleh baca novel sama-sama. Kalau degil , kita takyahh makan suahi king. Amacam ? " ugut aliff. Degil betul ya dia ni , orang nak bayar pun tak bagi. Patutnya lagi suka , tapi kena marah pulak. Inilah sebab why i love her so much. Bukan perempuan materialistik.

"Thank you abang. Love you so much. Siapa nak angkat semua barang ni ? Berat lah abang nak angkat nanti. Kasihan abang penat nanti. Sayang tetap nak makan sushi king walau apa yang jadi. "

"Haris dengan faris ada kat sini. Kat sana mereka " tunjuk aliff kepada dua orang lelaki yang sedang berdiri di depan pintu masuk popular.

Lelaki yang berkaca mata hitam dan lengkap bersama tuxedo. Dah macam ada dinner malam rupanya. Haris dan faris menghampiri armel dan aliff.

"Tuan perlukan apa-apa pertolongan ? " soal harris. Senyuman manis diberi kepada armel tanda hormat.

Armel mengangguk dan membalas. Rasa nak ketawa pun ada. Lawak gila lah mereka ni. Formal sangat.

"This my credit card. Bayarkan. And than letak dalam kereta. Saya bagi masa dalam lima belas minit. Than , follow puan muda balik. " arah aliff tegas memandang mata kedua-dua pekerjanya.

Haris dan faris memang tiada cuti. Kecuali ada hal kecemasan. Itu memang dibolehkan. Aliff tidaklah kejam sangat. Ataupun kalaua seorang cuti , seorang lagi kena kerja. Standby takut apa-apa yang jadi.

"Abang , kita nak pergi mana lepas ni ? Abang nak beli apa-apa ke ? Sayang nak belanja abang pulak. " tawar armel mahu membalas jasa aliff.

"Aik , takyahlah sayang. Abang tak nak beli apa-apa pun. Abang follow sayang je harini. Sayang mesti nak beli apa-apa kan. Tell me. I will buy for you. " tolak aliff secara lembut. Nanti merajuk pulak kalau secara kasar ataupun tak berhemah.

"Beli baju couple nak tak ? Apa kata kita beli Hoodie , sweatshirt and sayang nak bomber jacket macam abang pakai ni. Lawa gila lah. " Seriuosly kami memang belum pernah beli baju yang sama design. Kalau warna tu memang belambaklah dekat wardrobe. Tapi design memang tak ada lagi. Hoodie boleh lah pakai masa pergi shopping mall.


"Beli baju yang sayang nak pakai masa kerja sekali tau. Office cloth. Like blazer kena pakai masa meeting. Seluar slack and other thing " pesan aliff. Takkanlah nak pakai baju hipster dekat office. Memang boleh tapi tak kena dengan situasi.

"Okay abang. Lokasi pertama kita kedai tu. " Butik s.u.b ditunjuk. Pekerja di bahagian sambutan mengucapkan selamat datang. Armel membalas dengan senyuman.

Haris dan faris kelihatan sudah sampai menunggu untuk membayar. Seperti biasa setelah memenuhkan raga , armel dan aliff akan keluar dan menyerahkan haris dan faris menyelesaikan hal pembayaran.

"Sayang nadia text sayang. Mereka dah dekat sushi king. Jom kita ke sana. " aliff menghulurkan iphone 7s+ red kepada armel.

"Tadi ada orang text sayang lagi tak ? " soal armel memeriksa inbox dan call log.

"Alhamdulillah tidak ada , kecuali wadiah. Hahahaha. Bersyukur sangat sayang tak ada urusan dengan lelaki lain. " ujar aliff menghembuskan nafas lega. Habis satu phone tu dia stalk. Dari galeri , whats app dan lain-lain. Kuasa cemburunya tinggi bukan main lagi.


"Of course lah. Sebab , sayang ada abang. I'm just love you. Hehehe " sengaja armel nak lovely dovey harini. Selalunya nak marah bila orang usik hal peribadinya. Sebab aliff baik sangat harini. Kita tak yah marah dia. Tapi kita sayang dia hehehe.

Restoren sushi king menjadi pilihan. Mereka melilau untuk mencari mana lah izham dengan nadia ni. Kalau orang lain tengok , mesti orang ingat , nadia dengan izham ni pasangan kekasih. Seba hubungan mereka begitu rapat. Bukan apa , mereka tidak mempunyai adik-beradik lain. Itulah yang rapat semacam. Tambahan pula jarang berjumpa.

"Sweet couple kam

Sayangku Encik Lesung PipitWhere stories live. Discover now