Aliff dan faris membeli barang sepertimana dipesan oleh armel. Banyak kelucuan yg berlaku semasa mereka membeli barang. Para penjual memandang mereka pelik kerana membeli pakaian wanita. Aliff sempat membeli pakaian malam yg seksi untuk armel. Balasan hahahah. Para penjual siap menawarkan harga yg paling murah kerana anak mereka mahu bergambar dengan aliff serta faris. Faris a.k.a teahyung malaysia kut. Gila tak fanatic jadinya. Jangan sampai jadi sasaeng fans sudahlah. Mahu geli aliff dibuatnya.
"Pakaian dalam armel " . ujar aliff hahahah. Pelik apabila haris menulis pakaian sulit. Hahah kesian haris tidak faham apa yg dimaksudkan. Bagus tak faham otak masih suci murni lagi.
Aliff berjalan menuju ke kedai pakaian dalam wanita. Geli hati penjual wanita itu mendengar cerita aliff. Pada mulanya aliff dilarang masuk. Selepas aliff menceritakan segalanya , baru dia dibenarkan untuk memilih. Bersyukur akak ni baik tolong carikan beberapa pakaian dalam.
Aliff hanya tersipu malu disitu. Takkan nak suruh faris beli pakaian dalam bini dia kot. Aib isteri dia tuh. Memang taklah jawabnya. Warna merah dan pink aliff beli. Ni macam orang honeymoon gamaknya. Dah mengandung aliff oi. Kuat jugak aku ni. Perasan ! Aliff bangga"Kasut sneakers kat mana ni ? Sandal ada jual tak kat sini ?" Soal aliff. Satu barang takda mahu gegar dunia ni. Kena marah dengan budak tu.
"Ada tu memang ada. Tapi tak ori la tuan. Cepat rosak dan kain kanvas. " terang faris. Tadi dia sempat menangkap pandangan beberapa gerai kasut sneakers. Memang lawa! Kasut nike , adidas dan lain-lain banyak yg dipamerkan. Dia ada cuba memegang kulit kasut itu. Memang takde kualiti. Patutlah murah. Marah hatinya. Dalam keadaan armel mengandung takkanlah nak bagi pakai kasut yg melecet kaki. Kasihan tahu tak.
"Ouh begitu. Jadi kita pergi ke kedai Al-Ehsan. Saya mahu yang betul-betul original. Jom. " arah aliff. Ini suami armel kot. Aku mampu beli semahal mana. Demi puteri comel dekat resort aku sendiri tu. Hehhe armel tak tahu itu resort mereka. Resort yg dihadiahkan oleh arwah ayah kepada mereka selepas perkahwinan. Tetapi armel sahaja yg belum tahu.
"Maaf tuan , tapi kita nak naik apa ? Kereta kan haris hantar puan. " soal faris. Takkan jalan kaki. Ini pulau langkawi kot. Luas gila. Nak jalan kaki ? boleh patah tulang kaki ni.
"Uber kan ada. Call sekarang ! " arah aliff. Aduh blurnya mamat ni. Takkan itu pun tak tahu. Naik uber macam orang sekarang ni. Senang cerita. Call pastu sampai.
Mudah like abc.Kereta uber sampai dan mereka terus ke kedai al-ehsan. Aliff menghantar pesanan whattapp kepada armel.
Sayang buat apa tu ? -aliff
Makan -armel
Makan apa ? -aliff
Makan hati-armel
"Hello haris , pizzahut tak sampai lagi ke? Lama lagi ke ni ? Kalau lama saya cancel. " aliff segera menelefon haris. Mahu bertanya tentang penghantaran pizzahut.
"Dah sampai tuan. Puan tengah makan tu. Saya rasalah. Kenapa tuan ? Ada yg tak kena ? " soal haris.
"Ouh , takda apa-apa. Kawal armel ketat " ujar aliff mematikan panggilan.
Ermm sedapnya. Pandai aliff beli. Pizza 7 cheese memang sedap betul. Cheese mantap! Pizza tuna. Pizza mixes. Wahhh , menjilat jari. Pizza chicken hawaian lagi lah. Ala kenapa takde air coke. air mineral je. It's okay lah. Chicken wings pun ada. Okay ni hal coke dimaafkan.
"Puan , puan okay ? Soal haris.
"Okay je. Haris , saya nak makan ice cream. Saya nak keluar beli. Boleh lah.... " ujar armel dari dalam bilik.
YOU ARE READING
Sayangku Encik Lesung Pipit
Romansa"Kauuu !!! " Jerit Tengku Armel Diana. "Ya sayang , balas Aliff rayyan. Armel terkejut apabila aliff kembali muncul di dalam hidupnya . Apakah yang dilakukan oleh Aliff sehinggakan Armel membencinya separuh mati ? Adakah bahagia milik mereka ? #K...