"Sayang , jom kita bersanding sekali ni. Please sayang. "
"Lah kita kan dah kahwin kenapa nak bersanding lagi. Ke abang nak kahwin lain ? "
"Never lah sayang. Ke situ pulak dia fikir ye. " Mata aliff mula merenung wajah polos armel. Dagu armel ditarik agar mata mereka seiring.
"Then ? " armel melayankan permintaan suaminya. Pelik jugak tiba-tiba cakap pasal bersanding.
"Okay look sayang. Abang bukan nak ungkit , tapi kita kan takde gambar kahwin lagi. Masa kita kahwin pun tergesa-gesa kan. So abang rasa tak puas nak jadi raja sehari. Hehe. Abang nak buat majlis kesyukuran jugak. Nak jemput kawan-kawan dan ahli keluarga yang lain. Kasihan mereka tak merasa nasi minyak kita. Sayang okay kan ? "
Jujur armel tersentap dengan kata-kata aliff. Dah kenapa pulak nak kena bersanding. Dah official kahwin secara sah kut. Apa yang tak kena lagi. Gambar kahwin ada haritu sikit. Mengade !
"Hm , tengoklah macam mana "
Jawab armel malas. Dah kawin nak kahwin lagi. Apa benda lah aliff ni."Sayang , please. Kalau sayang taknak abang bersanding dengan perempuan lain nanti. " usik aliff sambil mencuit pipi merah armel. Marah benar armel pada dirinya.
"Nak sangatkan. Pergi la. Sayang boleh sign sekarang jugak. Oh lupa sekarang ni takyah sign first wife. Go on lah abang. " suaranya naik satu oktaf. Tangan aliff ditepis kasar. Armel bangun dari kedudukannya.
"Heyy , kenapa sensitiv sangat ni ? Sayang. You know me right ? You trust me right ? Abang takkan buatlah semua tu. I'm just joking. Chill lah sayang. Kenapa ni ? Tell me why ? Okay now. Sayang cerita apa masalah sayang sampai marah dekat abang macam ni ? "
Armel menggelengkan kepalanya tanda dia tidak mahu menceritakan apa-apa. Macam apa pulak mereka ni guna signal.
Aliff menjongketkan keningnya tanda kenapa ni sayang ?
Aliff diam seketika memikirkan apa yang perlu dibuat untuk mendapat kepastian isterinya ini.
"Sayang sini kejap abang nak cakap something " aliff memanggil armel untuk duduk di sebelahnya dengan suara yg perlahan.
"Taknak , " bibir armel dijuihkan ke kiri. Kepala digeleng berkali-kali. Macam tak tahu aliff nak cakap apa.
Semasa armel sedang menggeleng kepala.Dushhh!! Aaaaaa!!!!! Abang !!!!! dada bidang aliff dipukul bertalu-talu.
"Kalah ke menang ?" soal aliff.
"Mee...nang " balas armel. Heh ingat ego ai rendah ke. Sorry sikit. Walaupun nafas dah tercungap ni. Aliff ni rangka apa ? Kuda ke apa. Lari bukan main laju. Bahu tu dahlah luas. Aduhhh sakit rusuk aku.
"Hehehh kalah ke menang ? Ke nak kena kiss pulak. " Ciuman hangat didaratkan pada bibir armel.
"Abangggg!! Mana adil macam ni. Paksa !! Hmph !!! Tetap menang. Kita tengok abang boleh buat apa ! " lawan armel (bukan derhaka ya , mereka ni biasalah sweet )
"Taknak kalah lagi ya ? Sayang merajuk dengan abang ke ? Abang ada buat silap ? Cakap la dengan abang. Now nak cakap ke tak ? Or kita nak sambung kiss , sampai sayang penat ? Hhahahah " galak aliff mengusik armel.
"Menang ! Nope lah abang. Abang , kalau abang kalah , abang kena belanja sayang makan boat noodle ? acane abang ? " tiba-tiba mood excited datang. Mana hilang mood gaduh. Armel pun pelik dengan perubahan dirinya.
YOU ARE READING
Sayangku Encik Lesung Pipit
Romance"Kauuu !!! " Jerit Tengku Armel Diana. "Ya sayang , balas Aliff rayyan. Armel terkejut apabila aliff kembali muncul di dalam hidupnya . Apakah yang dilakukan oleh Aliff sehinggakan Armel membencinya separuh mati ? Adakah bahagia milik mereka ? #K...