"Assalamualaikum umi " sapa armel melihat wanita tua itu sedang minum petang di taman bunga.
"Waalaikumsalam , eh armel. Bila balik. ? Seorang je ke? Aliff mana ? Armel berapa bulan dah ni ? Hurm macam dah sarat ni. Kenapa pakai seluar lagi ni sayang ? Patutnya armel kena pakai baju preggy mom. "
"Hehehh , aliff ada kerja. Lapan bulah dah. Armel kan rock mana boleh ayu sangat.Maaflah umi , kami sampai semalam. Tapi singgah rumah mama aliff dulu. Esok kenduri kan? Umi macam mana ? " sengaja armel menjaga aib suaminya. Sebenarnya baru bertengkar dengan ibu mentuanya. Karang kalau cakap kena ceramah free pulak.
"Umi dah sihat sikit. Jom masuk , dah petang ni. Lama umi tak borak dengan kamu ni. Kejap hilang kejap muncul. "
"Mak chak !!! Rindunya armel dengan mak chak. Makin comel lah mak chak ni " ujar armel memeluk wanita separuh abad yang merupakan pembantu rumah.
"Opocot. Kamu ni pun. Terima kasih le , mak chak memang comel. Tapi mel lagi comel. " latah mak chak.
"Kemas , bersih rumah umi. Rajin mak chak dengan mak yah ye. Nanti armel belanja okay. " puji armel melihat keadaan rumahnya makin teratur. Kehadiran pembantu rumah juga dapat mengisi kekosongan umi.
"Armel nak mandi dula ya umi. Nanti armel turun balik. Badan melekit. " armel berlalu ke biliknya. Haihh rindunya bilik bujangku.
Bunyi ketukan pintu kedengaran. Buat apa pulak la haris dan faris ni kat sini. Siapa lagi punya angkara ofcos la aliff. Hantar orang suruhan intip aku.
"Puan apa khabar . Ada apa-apa yang kami boleh bantu ? " soal faris.
"Baik. Beli strawberi dan coklat. Saya lapar. " ujar armel malas. Kacau je orang tengok runningman.
Mereka berdua berlalu pergi dan menghantar pesanan ringkas kepada aliff. Aliff membacanya dan terus ke rumah armel.
"Armel nak makan apa hari ini ? " soal umi melihat armel sedang seronok gelak ketawa.
"Umi masak seafood boleh ? Tak kesah apa-apa. Armel makan semuanya. " fokusnya kembali ke arah televisye 44 inchi itu.
Lupa pulak nak bagi hadiah dekat umi ni. Armel berlalu ke bilik dan memberi beg kertas Channel kepad umi. "Ni untuk ummi dari jepun "
"Wah , terima kasih la armel. " satu kucupan kasih sayang pada dahi armel dihadiahkan.
"Sama-sama. Umi potong buah boleh tak ? Armel rasa nak makan salad buah. " ujara armel dan memasang game lama yang dibelinya sewaktu zaman universiti.
Armel dapat menghidu bau sesuatu. Bau perfume seseorang. Tiba-tiba mata armel ditutup rapat oleh seseorang. Armel tahu siapa gerangan ini. Tak lain tak bukan. Aliff lah siapa lagi.
"Kenapa abang datang ? "
"Seronok main game ? Nak main jugak boleh ? " soal aliff membiarkan soalan tadi tergantung sepi.
"Tak boleh. Sana-sana. " halau armel menolak aliff.
Bunyi bising apa pulak kat depan tu. Omel umi. Umi berjalan menghampiri armel. "Ya allah armel kenapa ditolak suaminya tu ? Aliff bila sampai ? ? " marah umi.
"Baru je sampai. Umi apa khabar " aliff menyalam umi.
"Baik alhamdulillah. Kamu jaga sikit armel ni. Makin lama makin degil. Tarikh bersalin pun makin dekat kan. Muka macam stress je. Kamu bergaduh ke ? " naluri seorang ibu mula mengesyaki.
Aliff hanya terdiam dan menggosok belakang lehernya untuk mengusir rasa gusar.
"Haa kamu ni pun armel. Suami baru balik dari kerja bukan nak sambut. Pergi teman aliff manndi. Tinggalkan game tu kejap. " arah umi tegas.
YOU ARE READING
Sayangku Encik Lesung Pipit
Romance"Kauuu !!! " Jerit Tengku Armel Diana. "Ya sayang , balas Aliff rayyan. Armel terkejut apabila aliff kembali muncul di dalam hidupnya . Apakah yang dilakukan oleh Aliff sehinggakan Armel membencinya separuh mati ? Adakah bahagia milik mereka ? #K...