Armel meluru ke bilik utama . Bunyi pancutan air kedengaran jelas sekali . Lampu bilik air juga turut terpasang , tetapi bilik itu terlalu gelap . Suasana hening menyapa jiwa
"Ya allah , abangg ... Armel memangku kepala aliff . Darah merah pekat mengalir di dahinya . Aliff tidak sedarkan diri . Air mata di tubir matanya diseka. Wajah sayu aliff dipandang . Rasa bersalah mula menerpa jiwa armel .
"Abang , armel minta maaf .. Armel tak sengaja . Armel balik lambat sebab traffic jam . Armel tahu banyak salah armel dekat abang . Armel tak pernah hargai abang . Abang bangunn... Jangan tinggalkan mell .
Pangggg......
Sungguh pedih sekali pipi armel ditampar Puan Rozi iaitu mama aliff. Armel menangis berteleku di situ .
"apa yang kau dah buat dengan anak aku ha? Kau ni kan memang perempuan tak guna!!! anak aku punya la sayang kan kau , tapi kau cuba nak bunuh anak aku !!!Anak aku paksa aku terima kau , dan aku cuba terima kau . Rupanya tu keputusan yang salah !! Aku tak nak tengok muka kau dah ! Berambus!!! Lepas aliff sedar, aku tak nak tengok muka kau ! . puan rozi menengking armel sambil menunjal-nunjal kepala armel .
"Mama , maafkan mel ma . Mel tak buat semua ni . Mel baru balik , lepastu mel cari abang . Perkara ni tiba-tiba jadi . Mama , jangan pisahkan kami . Rayu armel .
"Humphh , senang-senang aku nak percayakan kau ? Memang tak la ? Sekarang kau packing semua baju kau dan kau keluar dari rumah anak aku . Sekarangg !!!! Herdik puan rozi.
"Rozi , awak tak malu ke ? Jiran tetangga dengar ? Kita tak dengar penjelasan dari menantu kita ni . Awak dah tuduh dia melulu . Ayah tiri aliff membela nasib armel.
"Abang jangan nak sebelah kan dia ni pulak , saya isteri abang . Dah jom pergi hospital . Dan kau jangan berani-berani datang hospital . Puan Rozi memberi amaran keras .
Mereka bertiga telah berlalu ke hospital . Keadaan rumah terus sepi . Armel dihuni rasa kecewa dan marah . Lampu rumah yang samar-samar menambah perit dihatinya . Masih terngiang-ngiang kata-kata pedas ibu mertuanya . Bukan inikah yang dia mahukan . Kebebasan dari aliff . Tiba-tiba rasa rindu menerkam jiwanya . Armel buntu dengan hidupnya .
~
"Armell ... Sayangg .. Tersekat-sekat aliff memanggil armel .
"Sabar liff , kita dah nak sampai hospital ni . Mama ada , aliff kena kuat . Puan Rozi menenangkan aliff .
Mulut dan dahi aliff berdarah . Kesan dari tersembam di lantai bilik air .
~
"Ya allah. Kau selamatkanlah suamiku ya allah . Jujur aku mencintainya . Berilah aku peluang kedua ya allah . armel berdoa dengan bersungguh-sungguh.
Macam mana lah keadaan aliff sekarang ni ? Rindunya aku dekat dia . Omel armel .
~
"Sayang , mana sayang pergi ? Abang rindu dekat sayang . Sayang kenapa diam je ni ? Aliff menggoncangkan bahu armel .
"Aliff .. kenapa menjerit-jerit ni ? Puan rozi terkejut melihat anaknya menjerit seperti orang diserang histeria .
"Mimpi ? Siapa armel ma ? Alif berfikir sejenak , siapakah armel ? .
"Mimpi je tu , mungkin kawan lama aliff . balas puan rozi .
Doktor mengesahkan aliff hilang ingatan selepas kepalanya terhantuk kuat dan menyebabkan memorinya hilang . PuanRozi mengambil kesempatan untuk membalas dendam kepada armel.
YOU ARE READING
Sayangku Encik Lesung Pipit
Романтика"Kauuu !!! " Jerit Tengku Armel Diana. "Ya sayang , balas Aliff rayyan. Armel terkejut apabila aliff kembali muncul di dalam hidupnya . Apakah yang dilakukan oleh Aliff sehinggakan Armel membencinya separuh mati ? Adakah bahagia milik mereka ? #K...