Armel masih kaku tidak percaya dengan lafaz yang baru didengarinya. Adakah ini hanya satu mimpi buruk bagi aku? Aku sudah menjadi ibu tunggal?
"Armel... Kuatkan semangat sayang. Jom maksu hantar balik wad" Maksu sedih sebenarnya. Tetapi, kesedihan maksu akan menyebabkan armel bertambah sedih.
Kali ini aku kena kuat. Aku nak buktikan aku boleh hidup tanpa dia. Dia dah buang aku masa aku jatuh. Dia juga dah rampas kesenangan aku. Dasar lelaki tak kenang budi. Masa aku susah kau blah macam tu je. Armel sudah mengubah fikiran. Dia tidak akan berpatah balik pada aliff. Dia cuba kuatkan hatinya.
Kereta dipandu laju meninggalkan pantai timur. Biar segala kenangan pahit hilang. Aku perlukan nafas baru. Hidup baru. Cinta? Aku belum bersedia. Aliff juga sudah berfikir panjang untuk memulakan hidup baru.
Tibanya di rumah banglo , aliff jatuh terduduk. Dia cuba buang rasa dan ingatannya pada armel. Tidak aku kena lupakan dia. Aliff mengetuk kepalanya pada pintu rumah. Kenangan bersama armel sentiasa berlayar di mindanya. Mungkin kerana ini semua salah dirinya yang menceraikan armel tiba-tiba dan tanpa sebab yang kukuh. Argh rimas la!
"Abang dah balik? Sayang ada masakkan makanan favourite abang! " Aliff seakan terpukau dengan bayangan yang dia nampak. Armel sedang menarik tangannya ke meja makan.
Tiba-tiba armel menghilangkan diri. "Sayang! " Aliff tersedar dari lamunanya. Haish! Takkan aku ni gila talak. Dah aliff kau kena berubah. Pesan hatinya sendiri.
Di rumah maksu pula, ibu armel sudah tiba bersama kakak dan abang armel yang lain. Mereka hadir untuk menjaga armel dan memberi sokongan kepada adik bongsu mereka.
Mereka tidak tahu bagaimana armel kemalangan sebenarnya. Mereka hanya tahu armel dilanggar lari semasa keluar bersiar-siar. Tentang penceraian armel, mereka hanya anggap armel dan aliff tidak mempunyai kata sepakat.
"Ibu, armel nak balik. Dah lama armel susahkan maksu dan paksu kat sini. Armel nak duduk rumah ibu." Minta armel.
Armel risau kerana telah banyak susahkan maksu dan paksu. Nasibla mereka masih muda dan tiada penyakit. Jika ada tak tahulah apa yang akan jadi.
"Kami suka armel duduk kat sini. Tambah lagi maksu tu. Yela ada orang teman. Paksu busy kerja selalu" Paksu tersenyum. Dia sudah menganggap armel sebagai anaknya sendiri.
"Maksu okay je. Kalau armel nak maksu teman ke perak, maksu okay je. Maksu nak jaga armel. " Ujar maksu.
"Eh takpe, akak dah tempah orang gaji untuk jaga armel. Kesian suami kamu nanti kan " Terang ibu armel.
"Puan, kita kena berangkat sekarang. Penerbangan dalam sejam lagi" Ujar Nadia p.a ibu.
"Terima kasih maksu, paksu. Armel harap rahsia kita disimpan rapat ya" Armel bersalaman dengan mereka berdua semasa ibu ralit bersembang dengan p.a nya.
"Nanti datang lagi ya. Kami selalu tunggu armel datang" maksu memeluk armel erat.
Penerbangan selama beberapa jam membosankan bagi armel. Tambah lagi kakinya yang patah. Meminimakan pergerakan badannya.
Armel termenung memandang awan biru yang menghiasa matanya. Tenang sangat! Jujur dia kata rasa sayang pada suaminya masih ada. Dia tidak membenci suaminya. Penceraian ini juga tidak disangka. Aku redha ya allah dengan rancanganMu.
Armel terlelap. Dia bermimpi bahawa aliff seakan sengsara tanpa dirinya. Aliff tidak makan semenjak lafaz talak dilafazkan. Kehidupan yang tidak terurus. Armel menitiskan air mata. Puas hatinya melihat aliff menyesal. Itulah, cakap tak guna akal.
"Mel, kita dah sampai"Ibu mengejut armel lembut. Pipi armel dicuit.
"Ouh okay' Armel bersiap sedia untuk keluar dari pesawat.
Pembantu armel dan orang-orang ibu sudah sedia mengawal armel dan ibu. Keselamatan mereka terjamin sepenuhnya. Armel juga sudah ada pembantu peribadi dan pekerja-pekerja lain.
"Ibu ni siapa bu? " Soal armel. .
"Ni mikhail p.a armel , bodyguard and your new best friend " terang ibu.
"Ouh nice look. Baik ke? " Tanya armel lagi.
"Of course dear. Mikhail dah kerja dengan ibu lima tahun. Sebabtu ibu yakin dia boleh layan karenah armel ni" Ibu tertawa melihat Mikhail yang kekok dengan armel.
"Puan, err nama saya mikhail. Boleh panggil saya mikha. Umur saya 28. Saya harap puan okay dengan saya " Tergagap mikha nak cakap dengan armel. Segan mungkin.
"Ouh hi! Dah kahwin? " Sengaja armel mengusik mikha.
"Not yet" Jawab mikha sepatah.
Setibanya di rumah ibu. Armel ditolak masuk dengan kerusi roda. Mikhael banyak membantu armel. Nasib armel ringan dan kecik molek.
"Rindunya dengan rumah ni! " Jerit armel.
"Puan? Puan kenapa menangis ni? Ada yang tak kena ke? " Soal mikha.
"Rumah ni berhabuk la mikha. Nanti suruh orang gaji cuci rumah ni" Dalih armel. Sebenarnya dia rindu dengan kenangan bersama aliff.
Punat liff ditekan ke tingkat dua bilik armel. Armel ditolak masuk dan diletakkan atas katil.
"Awak boleh keluar. Saya nak rest" Ujar armel.
Mikha mengangguk dan berlalu pergi menunggu di hadapan pintu bilik.
"Abanggg.... " Armel menangis. Ya allah kenapa aku rindu sangat dengan dia. Sedangkan dia telah menyakitiku ya allah.
Di rumah aliff pula. "Sayang... Kembali lah pada abang"
YOU ARE READING
Sayangku Encik Lesung Pipit
Любовные романы"Kauuu !!! " Jerit Tengku Armel Diana. "Ya sayang , balas Aliff rayyan. Armel terkejut apabila aliff kembali muncul di dalam hidupnya . Apakah yang dilakukan oleh Aliff sehinggakan Armel membencinya separuh mati ? Adakah bahagia milik mereka ? #K...