Bab 103

1.3K 64 28
                                    

Kedengaran bunyi notifikasi dari telefon armel menandakan mesej masuk.

"Alhamdulillah saya dah selamat sampai rumah " - syed

"Eh syed. Macam mana dia ada nombor aku ni. Kenapa dia bagi tahu dia sampai rumah. Aku tak suruh pun. " armel membebel sendirian. Garu kepala dibuatnya.

"Alhamdulillah. Macam mana tuan dapat nombor saya ni ? " -armel.

"Saya ter'save' nombor awak. Goodnight :) Esok kita ada meeting penting. Saya ambil awak dekat rumah ya " - syed


"Eh takyah. Saya bangun awal esok. So saya akan sampai dengan cepat. Goodnight tuan. Thanks belanja saya makan. Lain kali saya belanja tua. :) " -armel

"Esok pukul 7.30 tunggu di hadapan rumah. " - syed

"Menurut perintah :) " -armel

Syed ketawa terbahak-bahak. Geli hati dengan armel. Tula tadi degil sangat. Last-last kalah juga. Senyuman syed panjang hingga ke telinga sehingga ibunya menegurnya.

"Syed , apa yang seronok sangat tu. Nak bawa ibu jumpa menantu ya. Alhamdulillah , akhirnya doa ibu termakbul. Syed dah ada calon ye ? " ujar ibu lembut. Rambut anak lelaki tunggalnya itu diusap lembut. Walau syed sudah 30 tahun. Ibu tetap melayan syed macam anak kecil.

"Mana ada ibu. Ini kawan syed kelakar dia ni. Eh bukan kawan , p.a syed. Dia selalu clumsy ibu. Syed tak tahan nak gelakkan dia. Hahahahha. Kalau ibu tengok pun mesti ibu tergelak. Nanti syed bawak dia datang rumah kita " Syed kembali scroll chat dia dan armel.



Ibu tersenyum. Akhirnya , ada juga wanita yang mampu isi hati syed. Sudah lama syed tak senyum sebegini.


Syed menyiapkan pakaiannya untuk esok. Pembantu rumah tidak dibenarkan untuk menyentuh bajunya. Biar dia yang iron semuanya. Walaupun mak teh memang kerjanya power. Tapi syed nak buat semua ni. Baginya esok hari yang paling penting.



"Amboi syed , ni mesti ada apa-apa. " usik makteh.

"Mana ada hehehe " syed tersenyum malu.

~

Tidur syed tidak lena pada malam itu. Dari tadi bayangan armel menerjah fikirannya. Bila mata nak lelap ni ! Esok dah la ada mesyuarat.


Armel juga begitu. Pusing ke kanan , kiri masih tak dapat nak pejamkan mata. Masih segar mata ni. Zhafran sudah enak diulik mimpi.


"Armel "- syed

"Tuan belum tidur ? " - armel


"Saya tak boleh tidur. " - syed

"Tuan tak sihat ke ? Tuan okay ? " -armel

Syed sudah gelak berguling-guling. Baginya kelakar gila. Armel cepat gelabah.

"Saya okay je. Awak kenapa tak tidur ni ? - syed

"Entahla tuan. Saya nak tidur ni. Asaalamualaikum " - armel.

"Waalaikumsalam , baru nak sembang. " syed mengeluh lemah.

Lama-kelamaan mata syed&armel layu. Kedua-duanya dapat tidur dengan lena.


Keesokan paginya. "Armel harini client kita nasib baik dari Malaysia. Kalau tak terbelit lidah saya nak cakap korea " adu syed sambil membetulkan tali lehernya. Ini la hidup orang bujang. Semuanya kena buat sendiri. Bila la nak ada wife yang boleh ikat tali leher aku.


Sayangku Encik Lesung PipitWhere stories live. Discover now