Tempoh percutian selama seminggu sudah berakhir. Perasaan berat hati untuk meninggalkan kampung halaman harus diketepikan demi mencari sesuap nasi di ibu kota.
Wajah armel masam ketika melipat kain dan dimasukkan ke dalam luggage. Apa yang tidak kena tidak tahu.
"Sayang kenapa ni ? " aliff mencapai baju-baju dan membantu armel mengemaskan pakaian mereka.
"Nothing. Abang dah breakfast ? " soal armel sambil memaniskan muka yang cemberut.
"Belum , abang tunggu sayang lah nak makan sama-sama. Jom kita turun makan. Baju ni kejap lagi kita kemas sama-sama. " tangan armel ditarik sedikit untuk membantu armel bangun.
Armel melepaskan pegangan tangan aliff. "Tak faham ke orang tak nak makan. Hish ! " gumam hati armel.
"Abang pergi jela. Sayang tak rasa nak makan. Dah kenyang. Abang turun dulu ya. Nanti abang nak drive balik lapar pulak. Sayanng okay " balas armel lalu duduk semula mencapai luggage yang belum diisi.
"Abang bawa makanan dalam bilik nak tak ? Sayang nak makan luar ke ? Or sayang nak apa-apa ? " pujuk aliff lagi. Pening fikirannya melayan karenah armel. apa yang tidak kena dia pun tak tahu.
"Eh tak yah tak yah. Sayang nak rehat je " lugagge yang sudah siap diisi ditolak ke tepi pintu.
Wajah aliff diusap lembut. "Abang pergi je" bisik armel ditelinga aliff. Kaki diatur ke katil dan armel memejamkan mata.
Aliff menghembus nafas lembut dann menolak pintu. Mungkin armel penat jaga zhafran demam semalam. Fikirnya positif.
Kedengaran suasana riuh rendah di dapur. Mereka semua akan berangkat serentak pulang ke ibu kota. Semua mata tertumpu ke arah aliff yang keseorangan tanpa teman menuju ke kerusi dengan muka slumber.
"Armel mana ? Hish dah jadi mak budak pun takkan tidur lagi. " ujar ummi. Bukan apa , ummi tidak mahu aliff terbeban dengan sikap armel. Nak kena betul puteri seorang ni.
"Armel ada kat bilik , tak sihat. Muntah-muntah tadi. Semalam kan zhafran deman. Berjangkit agaknya. " terang aliff. Secawan kopi panas dicicip ke dalam mulut.
Ummi hanya mengangguk dan tersenyum. Ahli keluarga lain hanya membuat mulut berbentuk 'o' sahaja dan sambung menjamu selera.
"Zhaf , come to daddy. Kesian pak ngah ammar kena suap zhaf. Come to daddy sayang. " aliff berura-ura untuk mendukung zhat tetapi zhaf menarik kemeja yang dipakai ammar.
."Along , takpe. Angah dah makan tadi. Laa ni anak buah angah jugak hehe. " ammar meneruskan suapan nasi goreng ke mulut zhaf.
"Siapa yang mandikan zhaf ni ? Wangi daddy tengok. " soal aliff mencuit pipi zhaf yang penuh dengan bedak.
"Pak lang aril yang mandikan " zhaf menunjukkan jari ke arah aril.
Kelihatan aril segak memakai tshirt berkolar bewarna merah dengan seluar jeans levi's.
"Sorry along , alang mandikan gitu-gitu je. Tadi zhaf join alang masa alang nak madi. So , alang saja kacau dia sampai basah baju dia. Hehe. " terang aril sambil menggaru belakang tengkuknya takut jika along marah.
"Zhaf selesa tak pak lang aril mandikan ? " soal aliff lagi mengacau anak sulungnya.
"Best daddy. ! Pak lang and pak ngah always be the best. " ujar zhafran dengan girang.
"Thank you alang , angah. Lepasni kalau along nak pergi honeymoon dengan kak long bolehlah tinggalkan zhaf dengan kamu berdua " Ujar aliff sambil mendukung zhafran ke sinki. Habis comot balik. Lain kali makan dulu baru mandi. Dah kena mandi sekali lagi.
"Armel dah muntah-muntah tu. Mana tau dah ada isi ka. Tahniah aliff. " usik pak andak dengan selingan ketawa dari mereka sekeluarga. .
Tersipu malu dibuatnya aliff. Habis merah wajahnya. Aik ke situ pula mereka ni. Aku juga yang jadi topik hangat harini.
"Haa armel mari la sarapan sekali. Pening lagi ke ? " soal mak andak.
"Dah kurang sikit tapi ...." armel berlari ke sinki dan mengeluarkan isi perutnya.
"Sayang ? Teruk ni. Jom pergi klinik. " tegur aliff mengusap belakang badan armel.
"Haa ? Tak yah. Sikit je ni. Malam tadi makan cheese banyak sangat. Sayang lupa yang sayang tak boleh makan cheese banyak sangat. " armel mengurut perutnya yang memulas.
"Jom makan sikit. Lepasni sayang makan ubat. Then tidur okay. " kerusi ditarik. Nasi goreng disudukan ke mulut armel.
Wajah armel memerah. Abang ni. Orang semua pandanglah. Armel menguis-nguis kakinya.
"Lah kenapa malu pulak ni ? " soal aliff pelik. Nak suap makan pun malu eh. Kat rumah okay je.
Armel membisik ke telinga aliff. "Orang semua tengok " satu cubitan di peha aliff diberi. Tak sedar-sedar yang banyak mata memandang.
"Hehe sorry semua , sorry sayang. Tak perasan " Aliff mengambil dulang dan meletakkan sepinggan nasi serta air kosong di dalam dulang itu. Tangan armel dipinpim ke dalam bilik.
"Abang , perut ni sakit sangat. " adu armel sambil mengusap perutnya. .
"Meh sini abang urutkan. Mana tahu sentuhan suami mujarab. " baju armel ditarik sedikit ke atas.
"Eiyy taknak lah. Tadi dah urut tak lega jugak. Ummi dah urut tadi. Arghhh sakit nya. " makin berdenyut-denyut pulak rasa perut ni.
"Bagi la abang urut , Tok nek abang dulu tukang urut tau. So abang ada la belajar sikit-sikit cara nak mengurut ni. Mana tahu berkesan kan. Tapi sayang kena tahan sikit tau. Nah ambil bantal tutup muka. Takut sayang menjerit nanti orang ingat abang dera sayang pulak. " terang aliff serius sengaja mahu menakutkan armel. Nada serius hakikatnya dia sedang menahan tawa melihat armel cuak.
"Kenapa pulak kena tutup muka guna bantal ? Takdenya nak jerit. Sampai hati abang kan buat kasar-kasar ? Buat slow slow dah la. Bukannya perut patah pun. " balas armel tidak puas hati.
"Abang suruh tutup muka supaya sayang tak melting tengok muka abang tu je. Hahahah. Abang make it slow and smooth okay. " gelak aliff pecah akhirnya.
Armel memukul bahu aliff. Gigit lesung pipit tu karang. Seronok sangat ya kacau orang. "Abang ni !!!! Kalau tak mengusik tak sah kan "
"Hahaha okay abang serius ni " aliff memberhentikan tawanya.
~
"Mak andak , pak andak terima kasih sudi tumpangkan kami kat rumah. Maaflah kalau kami menyusahkan. " ujar aliff menyalami ibu&bapa saudara isterinya.
"Eh takdelah. Kamu dah macam anak pak andak dah. Jaga isteri dan anak elok-elok ya. Jangan lupa tambah lagi " usik pak andak.
"Armel dengar cakap suami ye. Jangann melawan. Jaga cucu mak andak okay. " mak andak memeluk armel erat.
"Kami gerak dulu ya. " ujar aliff dan melangkah ke kereta alphard hitam miliknya. Nasib ada haris&faris yang pandu. Kalau tak lenguh badan.
"Tuan , nak singgah mana-mana sebentar lagi ? " soal haris meminta kepastian.
"R&r yang terdekat. " balas aliff dan sambung bermain dengan si cilik zhafran.
Sorry for late update. I'm just have a long holiday.
Thank you for supporting my first srory. Don't forget to vote and leave a comment. I love you guys
YOU ARE READING
Sayangku Encik Lesung Pipit
Romance"Kauuu !!! " Jerit Tengku Armel Diana. "Ya sayang , balas Aliff rayyan. Armel terkejut apabila aliff kembali muncul di dalam hidupnya . Apakah yang dilakukan oleh Aliff sehinggakan Armel membencinya separuh mati ? Adakah bahagia milik mereka ? #K...