Bab 56

1.8K 51 4
                                    

"Jangan sentuh aku. Jangan syakila. Please. Aku akan bagi apa yang kau nak. Jaga batas kita. Aku taknak kau menyesal lepas apa yang kau buat ni. Kita ada masa nak patah balik. Aku lelaki , kau tu perempuan. Kau ada maruah. Kau tak sayang maruah kau ? Kau nak hancurkan life kau demi aku ?. Aku takkan bertanggungjawab. Ingat allah. Astaghafirullahalazim. " aliff cuba sedaya upaya untuk mengelakkan zina yang syakila bakal lakukan.





"Enjoy je ye sayang. Jap ye , maaflah kalau sakit. " suntikan hormon diberikan pada lengan aliff. Ubat itu mula merangsang aliff. Nafsunya mula bergoncang hebat.



"Ya allah , lindungilah aku. Allah akbar. Allahumma ajirna minnar ( jauhkanlah aku dari seksa api neraka). Aku hamba yang lemah ya allah. Kuatkan hati aku. " aliff memalihkan muka menjauhi syakila. Matanya dipejam rapat. Syakila sudah menanggalkan pakaiannya. Fikirannya mula kacau. Dia tetap berteguh hati mengingat allah. Bayangan isterinya mula muncul pada wajah syakila.



"Sayang ? " soal aliff. Bayangan samar-samar antara syakila dan armel pada matanya.


Syakila membuat rakaman terhadap situasi mereka. Dia mahu armel melihat segalanya. Baru puas hatinya. Armel tidak akan terima aliff. Dia yakin.



Aliff sudah merelakan semuanya kerana sudah tidak dapat membezakan antara armel dan syakila. Suntikan itu memang berkesan. Habis aliff dibuai nafsu.


Syakila senyum kemenangan. Akhirnya he's mine forever. Mereka hanyut ke alam kegelapan. Masing-masing terbuai. Fikiran aliff juga melayang. Tali mengikat tangan aliff juga sudah terlerai. Syakila meleraikannya kerana melihat reaksi positif aliff.




Pintu bilik dibuka. " Ya allah aliff !" wajah puan sri , ammar , bapa tiri aliff  , wadiyah , iqbal , makngah , pakngah dan ARMEL  dimuka pintu. Aliff masih meneruskan aktiviti haram itu. Syakila sudah mula memberhentikan. Sudah terang lagi bersuluh aliff yang mahu melakukan.




Ammar menumbuk aliff bertubi-tubi. "Kau bangun sekarang setan ! Kau memang dayus !!!! Bodohh!!! Bini kau baru lahirkan anak kau. Kau dah pergi buat anak dengan betina lain !!! Lelaki tak guna. " muka aliff lebam. Bibirnya mengalirkan darah.




Aliff bagaikan tersedar kerana kesakitan yang melebihi dapat menghilangkan kesan ubatan. Matanya berkelip-kelip. Tangannya menampar wajahnya untuk menghilangkan kabur matanya.


"Aku dekat mana ni ? " mata aliff membuntang melihat dirinya yang hanya diliputi selimut. Wajah kecewa armel dan ahli keluarga yang lain dipandang. Wajah kemenangan syakila memanaskan hatinya.



Aliff menampar syakila. Syakila menangis di bucu katil dan mula berlakon. " Bonda , dia rogol kila. Bonda , dia culik kila " syakila mula menaburkan fitnah.



"Kau jangan nak tipu perempuan sundal ! aku tak sebodoh tu. Kau yang buat semua tu.  " tengking aliff.


"Aunty tak kira. Aliff kena bertanggungjawab. Armel kena izinkan. Jangan pukul dia. Kalau tak aunty akan report polis dan kita akan naik court. Aliff akan dipenjarakan. " sambung Makngah.



"Abang ,  tak buat. Sayang , abang tak buat. Sayang , percayakan abang ?
" soal aliff memeluk kaki armel.




"Depan mata saya , saya nampak semuanya. Apa lagi yang awak nak cakap ? Penjelasan apa lagi ? Awak tak menolak langsung.  Apa lagi aliff ? Apa ? Hati saya retak hancur. Kepercayaan apa lagi yang awak nak ? Awak nak cakap apa lagi. ? Tak cukup ke awak ada saya seorang ? Saya tak bahagiakan awak selama ni ke ? Saya menyesal aliff , menyesal sangat kena tipu dan DIPERBODOHKAN oleh awak. Cinta saya dah DIPERMAINKAN. Saya tak bahagiakan awak selama ni kan. Awak tak pernah cintakan saya kan. " armel menangis melihat orang yang dipercayai selama ini menghancurkan semuanya. Kasih sayang selama ini semuanya palsu. Palsu.





"Jangan sentuh anak aku. Jom armel. Kita tinggalkan mereka ni. Jangan kau berani dekat dengan anak aku. " puan sri memberi amaran kepada aliff.


"Aliff , aku tak sangka aliff. " ujar iqbal dan berlalu bersama wadiyah.



Semua orang sudah pergi meninggalkan aliff , syakila dan makngah di bilik hotel itu.



"I akan ada untuk you. " ujar syakila.

"Jangan mimpi. Aku takkan kahwin dengan kau. Kita jumpa dekat court ya. Aku tak takut. " aliff menyarung segala pakaian dan berlalu pergi.


"Ops lupa. Kau jangan berani-berani nak jumpa isteri aku dan keluarga aku. Kalau kau buat jugak. Aku hantar kau satu family ke batu dua. " sebuah tamparan hinggap pada wajah syakila.



"Bonda , macam mana ni ? Syakila sayangkan aliff. "


"Bonda tak tahu kila. Ayahanda pun ada masalah kewangan sekarang. "


~

Sebulan kemudian. Aliff ada beberapa kali terserempak dengan armel. Dia cuba bercakap dengan armel. Armel hanya melarikan diri. Tiada sinar cinta lagi. Dia pernah minta izin untuk memeluk zhafran. Tetap ditegah armel. Butir bicara aliff menyakitkan hati armel lagi. Dusta semuanya.





"Assalamualaikum sayang. Walaupun maaf tiada lagi makna untuk sayang. Abang tetap nak minta maaf. Abang mengaku ini semua salah abang. Abang menyesal kahwin dengan sayang. Patutnya abang tak perlu kahhwin dengan sayang kerana abang akan sakitkan hati sayang. Abang minta maaf ya. Abang tak kesah kalau sayang minta cerai. Abang akan bagi. Abang nak sayang bahagia. Kebahagiaan sayang akan beri bahagia kepada abang. Abang sedar abang banyak menderitakan sayang. Seksa sayang macam-macam. I'm sorry for that. Abang cintakan sayang , walau sebenci manapun sayang dekat abang. Sayang , kalau ada rasa cinta yang masih terbit pada hati sayang. Please jumpa abang. Itupun kalau sayang nak dengar cerita sebenar. Lepas sayang tahu cerita sebenar, terpulanglah sayang nak benci abang atau nak stay dengan abang. Abang akan terima sayang.  Abang tidak akan tipu sayang. Abang dah janji kan. Kalau sayang tak sudi tidak mengapa. Abang faham. Kalau sayang nak jumpa abang , bawa zhafran sekali ya. Abang rindu dia. Terima kasih kerana bahagiakan abang dalam setahun ni. Abang bersyukur sangat dapat bidadari syurga sebagai isteri. Tetapi apakan daya. Takdir allah dah menentukan. Jaga diri sayang elok-elok taw. Kalau sayang marah abang. Jangan lepaskan dekat zhafran ye. Dia tak bersalah. Tapi abang yakin yang sayang takkann buat macam tu. Sayang ibu yang baik. :) I love you so much sayang - aliff.




Setelah lama mendiamkan diri bagi mencari kekuatan yang terkubur. Akhirnya ,  aliff menjumpai kekuatan itu. Dia sudah penat menahan perasaannya. Sering memerhati armel dan zhafran dari jauh , lebih menambah kerinduan. Perasaan bersalah masih menerpa diri lagi. Tetapi dia mahu kata putus agar dapat kehidupan yang baru.




Armel berkira-kira mahu membalas mesej aliff. Hatinya yang terluka itu susah untuk sembuh.



"Esok , pukul 5 petang datang rumah umi"  - armel


"Kalau kita jumpa dekat luar boleh tak ? Abang nak beli something untuk zhafran. Alaa sayang ni , abang takkan buat apa-apa dekat sayang. Trust me. Abang ambil esok boleh ? - aliff





"K " - armel.



"K je ? Ily , imy sayang " - aliff.



"Ihy " - armel




"But i love you " - aliff


"Dah dah ! Stop it ! Esok pukul lima , kalau lambat cancel " - armel.



"Baik tengku " -aliff







Gaduh esok ?



Vote
Comment
Untuk banyak update.

Sayangku Encik Lesung PipitWhere stories live. Discover now