"Aryan holdings" ucap armel dengan gementar. Hari ini , hari pertamanya bekerja dia syarikat korea. Aik , kata syarikat korea. Tapi nama Melayu. Mesti ceo ni melayu mix korea hensem gituh.
Baju kurung berbunga kecil tersarung ditubuh kecil armel. Shawl bewarna pink pastel terlilit kemas di kepala armel. Tidak lupa kasut sederhana tinggi yang bewarna hitam.
Zhafran gembira benar pagi tadi setelah di hantar ke sekolah. Nasib baik ramai juga pelajar beragama islam. Sempat juga armel bertegur sapa dengan ibu bapa pelajar itu. Rupanya mereka anak-anak kepada pelajar Malaysia.
"Hai , puan armel diana right ? " tegur seorang gadis. Dari raut wajahnya , macam orang Malaysia. Dialek nya juga bagus.
"Ya saya , ni cik Anis ? " soal armel pula. Cik anis yang patut tunjukkan aku ke tempat.
"Ya saya , jom. " mereka berdua mengatur langkah ke tempat armel. Anis memperkenalkan armel kepada rakan pejabat yang lain.
"Awak jadi p.a Ceo syarikat ini. Tuan Syed Al-ikhman. " terang anis.
Bergetar juga jantung armel mendengar nama empunya syarikat ini. Bukan main panjang namanya. Macam mix arab pun ade. Jangan orang tua gatal sudah la.
"Tuan , p.a baru tuan sudah sampai " ujar Anis dengan senyuman.
Armel dari tadi memandang lantai. Takut jika orang tua gatal di hadapannya.
"Assalamualaikum tuan , " ujar armel sepatah. Wajahnya diangkat. Fuh , bukan orang tua gatal. Nasib muda lagi dan bersongkok. Alhamdulillah.
"Thanks anis. You may go " ujar syed. Ya allah apa yang aku fikir ni. Syed beristighfar di dalam hati. Haish , aku dah cakap kan taknak p.a yang lawa. Aku nak makcik-makcik. Habis iman aku ni.
"Waalaikumusalam. " Balas syed sepatah. Dia juga tidak berani merenung wajah armel lama-lama.
"Nama yang diberi oleh kedua ibu bapa , armel diana. Saya berusia 25 tahun. " armel memperkenalkan dirinya. Pangkat tengku tidak mahu dihebohkan.
"Ouh , saya Syed Al-ikhman. Bos awak. Saya harap awak dapat bekerja dengan saya secara profesional. Saya harap awak dapat ikut rentak kerja saya " Syed bangun dan membutangkan kot yang tersarung.
"Insyaa Allah tuan. Saya akan usahakan sehabis baik. " Armel tersenyum. Ya allah hensemnya mamat ni. Part kening tu. Lebatnya ! Tinggi lampai pulak tu. Fuh macam mana aku nak berkerja dengan dia ni. Takpe lek mel. Kau dah biasa jumpa org hensem ni.
"Jom ikut saya pergi meeting. " Briefcase dicapai. Syed membuka pintu untuk armel. Fuh gentleman gila.
"Terima kasih tuan. Patutnya saya yang buka untuk tuan. " balas armel. Gelabah dibuatnya.
"No thanks. Saya lelaki. Awak perempuan , so saya taknak membebankan awak sangat. " Ujar syed tenang. Songkok di kepalanya dibetulkan.
"Okay " Armel senyum segaris.
Ketika di dalam lif , syed yang banyak membuka cerita dan menyoal armel. Mungkin mahu lebih mengenali gadis itu. Dan cari keserasian di dalam bekerja. Kadang-kadang terhambur juga ketawa armel. Boleh tahan kelakar bos dia ni.
"Armel dah kahwin ? " soal syed serba salah. Kadang-kadang orang tak suka bila status dipersoalkan.
"Saya belum sedia nak cerita dekat tuan tentang status saya. Selepas masa itu tiba. Saya akan ceritakan. Saya harap tuan faham." Armel menundukkan pandangannya.
"Sorry armel , saya tak berniat nak sakitkan hati awak. " Serba salah dibuatnya. Air muka armel berubah serta merta apabila status disoal.
"Ehh mana ada. Saya okay. Tuan tak perlu minta maaf. " Armel senyum bagi menyakinkan majikannya.
"Eh kenapa berdiri kat sini. ? " soal syed pelik.
"Saya tunggu teksi. Nanti tuan whatssapp lokasi. " balas armel. Takkan aku nak naik kereta dia. Aku ni cuma pekerja baru. Tak sesuai rasanya nak naik satu kereta dengan ceo.
"Ha ? Kita pergi sekali la armel. Awak tak sudi ya ? Nanti kalau awak sesat macam mana ? Tak ke susah saya nak cari awak ? " soal syed cemas.
"Bukan macam tu tuan. Saya rasa saya tak layak naik kereta dengan tuan. Kereta tuan pun mewah. Saya hanya pekerja biasa. Nanti apa pulak pekerja lain kata. " luah armel.
"Armel , dengar sini. Saya tak pernah memandang darjat pekerja saya. Ini memang tanggungjawab saya pastikan awak selamat sampai kembali ke pejabat. Awak jangan persoalkan lagi ya. Saya kurang selesa kalau awak soalkan lagi. Dan kalau kita di luar pejabat panggil syed je. Jangan ada tuan atau encik. Faham ? " Syed tertawa kecil. Sifat gelabah dia comel gila.
"Baik tuan. Eh syed. Heheh. Tapi saya tak biasa lagi. " balas armel. Entah kenapa jadi innocent sangat hari ini. Kalau selalu , armel gemar kutuk majikannya. Heheh :). Mungkin syed terlalu baik untuk dikutuk.
"Biasakan. Tunggu saya dekat sini ya. Saya nak ambil kereta. " Syed berlari ke arah keretanya.
Syed lari-lari anak untuk membuka pintu kereta armel. Armel memandang syed tidak puas hati. "Tuan , saya pekerja. Saya yang perlu buat semua ni. Kejap ya. " armel pula ke tempat pemandu. "Tuan hari ini saya drive ya "
"Eh , takpe. Awak pergi sana. Ini arahan saya. " ujar syed dengan tegas.
Armel berlalu dengan wajah kecewa. Syed pula ketawa terbahak-bahak di tempat pemandu.
Semasa perjalanan mereka , perbualan antara mereka tiada. Senyap sahaja.
"Armel , saya nak ingatkan awak. Awak p.a saya. Kerja awak hanya menulis , uruskan saya dan bancuh air je tau. Yang lain semua saya yang buat. Faham ? "
"Faham tuan , eh syed "
"Good "
~
"Terima kasih tuan. Saya harap syarikat kita dapat pembinaan jutaan ringgit yang ditawarkan. Tadi saya terpegun tengok tuan present. Fuh , memang terbaik !"
Puji armel."Yeke ni ? Ade-ade je awak ni. Rumah awak kat mana ni ?. Sorry dah terlebih office hours. Awak tak kesah kan kalau balik lambat sikit. Nanti saya bagi tahu akauntan untuk masuk gaji lebih masa. "
"Eh takpe. Saya naik train je. Awka turunkan saya dekat sana. " armel menolak permintaan syed.
"Armel , please. Nanti kalau awak jadi apa-apa saya yang kena. " syed mengeluh lemah. Sebenarnya nak tahu rumah armel ni kat mana.
"Okay , saya pun tak ingat jalan kat sini lagi. Ni alamat saya. " handphone armel beralih tangan.
"Lah , satu kawasan dengan saya. Senang je ni. " syed tersenyum.
"Thanks tuan , saya tak tahu nak balas macam mana jasa tuan. Hanya Allah dapat balas. Syukur dapat bos macam ni. Hehe "
"Saya pun beruntung dapat pekerja macam awak. Alhamdulillah jugak. Terima kasih. " Syed membelok ke kawasan rumah armel.
Armel turun dari kereta. "Eh kenapa tak jalan ni ? " soal armel pelik.
"Nak tunggu awak masuk rumah. Kalau jadi apa-apa macam mana ?" Bebel syed.
"Baik tuan. Eh syed. " armel berlalu ke dalam rumah.
Korang ship armelXalif atau armelXsyed. ????
YOU ARE READING
Sayangku Encik Lesung Pipit
Romance"Kauuu !!! " Jerit Tengku Armel Diana. "Ya sayang , balas Aliff rayyan. Armel terkejut apabila aliff kembali muncul di dalam hidupnya . Apakah yang dilakukan oleh Aliff sehinggakan Armel membencinya separuh mati ? Adakah bahagia milik mereka ? #K...