Armel masih setia membaca diari aliff. Kadangkala dia menyeka air matanya. Sungguh sayu mengenangkan aliff banyak sabar dalam perkahwinan. Aliff tidak pernah merungut tentang kedegilan armel mahupun kesasaran armel. Aliff sekadar meluahkan rasa cinta yang menggunung terhadap isterinya. Doa-doa untuk armel banyak diselitkan. Gambar mereka berdua juga banyak disitu. Segala rahsia yang disimpan selama ini juga armel telah baca. Tentang penyakit kronik yang dihadapi suatu ketika dahulu juga ada ditulis. Armel menitiskan air mata. Banyak keperitan hidup suamiku lalui. Kemalangan jalan raya yang menyebabkan kaki kiri patah. Berat sungguy dugaan hamba Mu ini ya allah.
"Sayang okay ? " aliff sekadar memandang armel ikhlas. Pandangan tulus dari hatinya yang menggambarkan cinta terhadap isterinya. Dia tidak mahu berkata apa-apa kerana takut kata-katanya lebih menghiris hati kapas isterinya.
"Abang... Sayang... " armel mengucup tangan aliff. Sungguh berdosa aku selama ini. Derhakam dengan suami yang ingin membawa aku ke jannah. Seorang lelaki yang tulus dan mencintai aku dengan sepenuh hati. Sentiasa menjaga aku sepanjang masa dan tak kira keadaan dirinya.
"Abang tahu. No worries okay. Abang ampunkan sayang. Sayang demam teruk ni sebab tu banyak melalut. Takde apelah sayang. abang dah biasa. Sayang rest okay ? Sayang nak apa-apa ke ? " soal aliff membawa armel ke dakapan. Rambut armel ditolak ke tepi untuk melihat wajahnya. Jangan lah menangis sayang , nanti selesema susah. Habis tersumbat hidung tu nanti.
"Tapi... Abang kena janji ni last abang buat macam tu. Sayang , sayangkan abang. Tapi abang janganlah sakitkan hati sayang dengan simple things macam ni. It hurts me a lot. Sayang tahu , abang tak berniat pun , tapi sayang tak boleh nak kawal kemarahan ni. Diari tu terlalu sulit dalam hidup sayang. I love the diary so much. " luah armel menyatakan isi hatinya. At least lepasni perkara ni tak berulang. Dirinya juga tidak mahu memarahi dan bergaduh dengan lelaki yang sedang memeluk dirinya. Tak sanggup nak marah encik lesung pipit yang manis ni.
"Sayang diari lebih ke abang lebih ? Kalau sayang diari , malam ni peluk diari tu. Jangan nak peluk abang. Gomol pipi diari tu. " rajuk aliff. Keningnya dijongketkan menanti jawapan. Sengaja mahu mengusik armel. Nak tengok jugak sayang diari tu sangat ye. Tapi malam ni jangan gatal nak peluk ye.
"Mestilah sayang abang lebih. Sayang sangat. Tak boleh tidur tahu tak kalau tak peluk abang. Gomol diari tak bestlah. Gomol abang lagi best. I love you more than my diary okay ? Jangan marah diari sayang okay. Abang lagi penting okay. " pipi aliff dicuit. Dari tadi masam mencuka. Armel tahu aliff sekadar mengusik. Aliff seorang yang positif. Perkara kecil sebegini tidak berapa dikisahkan sangat. Celah gigi je bak kata orang. Kena sabar je dalam alam rumah tangga ni. Kalau tak sabar mula lah syaitan nirojim akan hasut dan meruntuhkan.
"Jom keluar nak ? Kita naik basikal. Semalam lori lazada dah hantar basikal yang abang beli. Sayang duduk je dekat belakang. Peluk abang kuat-kuat okay. " excited aliff menceritakan basikal elektrik yang baru dibelinya atas talian dari syarikat lazada. Ofcourse lah isteri tersayang ni kena rasmi dulu basikal elektrik tu. Nombor plat basikal itu tertulis ALIFF&ARMEL.
"Abang buat apa beli mahal-mahal tu. Kata nak bawak sayang pergi korea bulan depan. Mak andak ada motorlah. Motor ducati kat rumah kita tu pun dah berhabuk. Haih abang ni , sekarang bagi tahu kenapa beli basikal elektrik tu. Untuk siapa sebenarnya ? Takkan armel nak bawa pergi kerja kot ? Hahahahha "
"Alaa abang saja je beli. Nanti kita balik kl kita tinggalkan je. Bagi nurul guna ke , mak andak nak guna pun takpe. Sayang kalau demam tak boleh terperap. Kena ambil udara segak dari luar. Baru kebah demam. Dan kena panahan cinta abang jugakk. Heheh. Jom dating , kita sarapan dekat kedai hujung kampung. "
"Ada je jawapan dia ni ye. Apa cinta-cinta ha ? Tumbuk nak ? " segenggam penumbuk dihalakan.
"Takyah nak tumbuk abang sangat. Tak sakit pun. Abang taknak bagi lengan malam ni baru tahu. Nak tidur bilik lain lah malam ni. Tinggalkan sayang seorang-seorang. Bawa zhaf pergi pasar malam selasa lah. Sayang tinggak bwerk " aliff berlalu ke meja solek dan menyembur perfume ke segenap tubuh. Pomade disapu pada rambut.
Tiba-tiba ada tangan yang melingkar di pinggang dari belakang. Aliff menahan dari tersenyum. Sengaja menumpukan untuk menyisir rambut.
"Nak ikut... Please... " rayu armel dari belakang dan mengucup belakang badan aliff yang ditutupo bomber jacket bewarna hijau gelap.
"Abang tak tahu lah kenapa senang sangat kalah dengan sayang ni. Yelah yelah. Bibir sayang kering sangat ni. Nasib baik abang ada simpan vaseline dalam laci. " vaseline diambil dan bibir armel diurut lembut. Bedak talkum disapu disegenap wajah.
Pucat benar. Demam , nyah kau dari badan wife aku ! Degil lah demam ni. ! Pipi armel masih panas lagi. Hidung merah kesan menangis tadi.Armel memeluk lengan aliff ke ruang tamu. Eh ada tetamu rupanya. Jiran rumah sebelah rupanya. Lah si lina ni pun ada sekali. Lina merupakan musuh ketat armel. Armel baik benar dengan dirinya , tapi entah mengapa lina sering tidak puas hati. Armel menghulurkan salam kepada ibu lina puan mariah. Puan mariah menyambut mesra. Tetapi lina hanya menghulurkan hujung jari dan menarik pantas. Armel dan lina sebaya. Lina belum berkahwin dan hanya membantu ibunya menguruskan butik pengantin.
Lina memandang aliff atas bawah."Ya allah hensemnya. Suami minah ni ke. Bau perfume dia ni fuhh. " bisik hati lina yang menilik wajah aliff.
Lina menghulurkan tangan untuk bersalam dengan aliff. Gila kan perempuan ni. Aliff hanya tersenyum nipis dan menggelengkan kepala. Bukan mahram woi ! Armel menarik aliff ke belakang. "Ehh he's mine okay. Kau apahal nak pegang tangan suami aku. " bisik hati armel. Takkan nak cakap depan-depan , aliff marah nanti sebab cakap kasar dengan orang.
"Mak andak ni siapa ya ? Anak buah mak andak ya ? ' soal lina. Mana tahu anak buah mak andak yang lain. Adik si armel ni ke. Boleh aku try. Kalau jodoh tak ke mana.
"Suami saya , aliff rayyan. Abang jom kita jalan-jalan. Mak andak , kami keluar dulu ya. Zhafran armel dah susukan. Mak andak tengokkan ya. " armel menarik aliff ke luar rumah. Panas benar hatinya apabil lina menilik wajah suaminya. Bukan tilik je , lepastu boleh pulak nak try pegang tangan. Nampak kubur kat changkat belengkor tu , aku hantar kau pergi sana nantu kalau kau berani sentuh husband aku. Gatal eiyyy gatal !!
"Cantik tak ? " soal aliff selepas menarik selimut yang menutupi basikal elektrik itu. Kelihatan armel sedang termenung sambil mulutnya terkumat-kamit memarahkan sesuatu.
"Haa apa abang tanya ? " soal armel kembali. Tulah sibuk sangat nak marah si lina tu. Last-last suami cakap pun dah tak dengar.
"Abang tanya cantik tak ? " tunjuk aliff ke arah basikal elektrik yang bewarna merah hitam itu.
"Sayang ? Memang sayang cantik dari lahir hehehe. Basikal elektrik ni ? Fuhh pandai abang pilih. Lawa gila. Terbaek lah abang ! " puji armel. Memang benar suaminya kalau bab memilih memang A.
"Jom try. Abang dah cas semalam. Kalau mati , sayang kayuh hahahaha. " aliff sudah duduk dan mengajak armel duduk di belakang.
"Jangan bawa laju-laju ya. Sayang still demam lagi. Kalau bertambah demam , abang punya fasal eh. " pinggang aliff dipeluk. Bau vanilla kegemaran menusuk ke hidung.
Lina akan muncul lagi guys. Kacau daun betul !
Thank you kepada yang rajin comment. Sis hargai sangat ! Comment lagi ya sayang kalau nak triple update. Jangan lupa vote sayang. Kalau kome ada idea untuk bab seterusnya boleh comment okay ! :)
Vote for more update :))))
YOU ARE READING
Sayangku Encik Lesung Pipit
Romansa"Kauuu !!! " Jerit Tengku Armel Diana. "Ya sayang , balas Aliff rayyan. Armel terkejut apabila aliff kembali muncul di dalam hidupnya . Apakah yang dilakukan oleh Aliff sehinggakan Armel membencinya separuh mati ? Adakah bahagia milik mereka ? #K...