Warung haji samad kelihatan sesak. Ramai manusi yang berpusu-pusu masuk untuk merasai kenikmatan ais kacang yang unik. Ais kacang yang digabungkan dengan durian menmbuatkan armel tergerak hati untuk merasai.
Nada dering telefon aliff berdering. Ummi menelefonnya. Aliff berbual sekejap di luar warung. Memandangkan kalau dalam warung tak dengar langsung. So lebih baik dekat luar.
Armel menunggu pesanan ais kacang sampai. Hanya semangkuk ais kacang dipesan. Nak makan belilah sendiri. Tidak lupa juga rojak buah kegemarannya.
Aliff masih setia mendengar bebelan ibu mertuanya. Kadangkala dia tersenyum , bersyukur mempunyai mertua yang baik dan memahami.
Aliff meletakkan panggilan selepas ummi menyatakan dia mempunyai kerja di dapur. Aliff pelik mengapa ummi tidak menelefon armel. Rupanya armel menolak panggilan telefon.
Langkah kaki diaturkan ke warung ais kacang. Aliff duduk berhadapan dengan armel. Wajah masam mencuka itu ditenung. Tiada segaris senyuman langsung.
"Sedapnya. Nak sikit boleh ? " soal aliff. Geli hati melihat armel makan ais kacang dengan muka yang masam. Ais kacang sejuk dan menenangkan tu digabungkan dengan riak wajah masam ? So funny.
Aliff sebenarnya tidak menginginkan ais kacang tu pun. Cuma mahu mengusik armel. Tekak pun sakit lagi nak makan ais kacang tak nak lah. Nanti lagi pedih nak cakap pun tak boleh.
Armel tidak mengendahkan. Suapan ais kacang diteruskan. Kacang merah kegemarannya dikunyah lembut. Sedapnya kacang merah ni. Smooth je rasanya.
"Sayang , berdosa tau kalau abaikan suami. " tegur aliff dengan senyuman meniti di bibir. Kedua-dua belah pipinya sudah menguntum lesung pipit. Perfecto !
"Hurm , nah ambil la. Habiskan "
Mangkuk ais kacang ditolak ke arah aliff dengan senyuman terpaksa.Ish , sibukla. Orang makan nak makan jugak. Tolonglah hilangkan dia ni sekarang. Ataupun hilangkan diri aku ke. Aku geram betul lah. Nak makan pun tak senang tahu tak. Rasa nak tumbuk je pun ada.
"Abang tak nak pun ais kacang ni. " ujar aliff lembut menolak mangkuk ais kacang itu kembali. Baginya setakat ais kacang , lima mangkuk pun boleh beli. Tapi kasih sayang armel tiada gantinya sudah.
"Than , abang nak apa ? Nak mengacau ? " sudu plastik dilepaskan. Jus lemon disedut rakus. Haih panasnya aku dengan dia ni. Bagi ais kacang taknak dahtu nak apa.
"Of course lah sayang. Abang just nak attention sayang and your heart. Boleh ? " soal aliff.
Rambutnya ditolak ke belakang. Rasa dah panjang lah pulak. Lepasni nak kena pergi barber shop. Of course lah nak berfesyen. Nanti tanya armel lah kat mana nak gunting.
"Rojak ni sedap " komen armel menolak pinggan rojak pula. Keningnya dijongketkan. Rasa lah rojak ni sedap kot. Ni asal blur pulak. Orang suruh makan.
"Sayang. Tukar topik ya. Cakap fasal rojak ni , look nice. Nak suap boleh ? " minta aliff sambil membuka mulutnya.
"Apa guna Allah bagi tangan. Nak makan suap sendiri. Abang tu sempurna. " perli armel. Rasa nak gelak pun ada bila aliff sentap hahaha. Tadi bukan main senyum lepastu kena perli terus cebik.
"Apa guna juga kalau ada isteri kalau tak dapat melayan abang "
Balas aliff dengan tawa senyuman. Haa , ambil setepek kan dah kena kat muka.Sudu plastik tadi diambil dan buah mangga muda dicedok ke dalam sudu. "Bismilahirahmanirahim "
Sudu selamat mendarat di dalam mulut aliff. Sengaja armel mencedok banyak-banyak. Bagi penuh mulut tu. Tadi gatal sangat nak makan kan. Haa makan sampai puas. Kuah rojak yang pedas membuatkan aliff tidak senang duduk.Gelas armel ditarik. Jus lemon disedut hingga tinggal ais. Ya allah pedasnya rasa. Wajahnya tidak berpeluh. Tapi rasa kat lidah allah je tahu.
"Sedapkan abang ? " armel menahan untuk ketawa. Rasa nak gelak guling-guling. Puas hati ! Rasa puas tu umpama kau dapat prank haters hahahah.
"Pedasnya sayang ! Bang nak milo ais dua ! " laung aliff. Semua pengunjung melihat aliff yang sedang kepedasan.
"Dik , suami pedas tu. Gosok belakang dia. Takut tersedak nanti apa pulak jadi " nasihat mak cik yang duduk di meja sebelah.
"Takpe mak cik. Suami saya dah biasa. " ujar armel lembut.
"Encik ? Encik okay ? " ujar seorang gadis muda yang bertudung litup.
Gadis itu mempunyai seraut wajah yang ayu. Gadis itu berdiri jauh sedikit untuk menjaga ikhtilat antara mereka.
Aliff menoleh ke arah gadis itu. Pandangannya seakan terpaku. Ya allah cantiknya ciptaan mu.
Gadis itu menunduk dan berlalu ke belakang dapur. Mungkin anak pemilik kedai. Tetapi sungguh menggetarkan jantung.
"Tengok mak cik , baru jumpa yang lawa sikit dah lupa isteri " perli armel untuk menyatakan sifat suaminya.
Armel menghembuskan nafas berat. Cemburu gila hati ini. Bagai nak meletup keluar pun ada. Sampai hati usha perempuan lain. Aku ada depan mata kut. Tersedak dan kepedasan semua hilang bila ada perempuan lawa.
Armel ke kaunter bayaran. Pembayaran makanan diselesaikan. Kelihatan aliff masih menyedut milo ais yang dipesannya tadi. Ingatkan dah tak pedas bila jumpa gadis tadi.
"Tunggu abang kejap. abang nak bayar " arah aliff memegang kejap tangan armel.
"Dah tu tadi sayang pergi kaunter tu buat apa ? Ngorat anak dia ? Ke makan angin je dekat kaunter bayaran" balas armel sinis.
"Lah dah bayar ke. Okay. Sorry tak perasan tadi "
Belakang leher digosok berkali-kali. Macam mana lah aku boleh lupa ha. Benda kecil pun aku lupa , macam mana lah nak pujuk kalau tak focus.
"Mana nak ingat wife Bila nampak awek cun " perli armel. Kakinya berjalan laju meninggalkan aliff.
Jam sudah menujukkan pukul empatt petang. Mestu rumah dah penuh orang. Saudara-mara buat gotong-royong. Ego yang singgah di hati dibuang seketika.
'Cemburu lah tu. That's mean you love me so much sayang. " leher armel ditarik. Segenap wajah dicium. Sekejap di dahi sekejap di pipi.
"Eiy abang ! " perut aliff dipulas kuat.
Please follow me !!!!!
Thank you readers ! Please vote kalau nak more update. Rajin-rajin comment okay. Sis akan balas dengan berhemah. Tinggalkan comment yang membina okay !! I love you so much guys ! Support me okay. Mestu korank sayang aliff rayyan kan ? So jom support cerita ni. Thank you :))))
YOU ARE READING
Sayangku Encik Lesung Pipit
Romance"Kauuu !!! " Jerit Tengku Armel Diana. "Ya sayang , balas Aliff rayyan. Armel terkejut apabila aliff kembali muncul di dalam hidupnya . Apakah yang dilakukan oleh Aliff sehinggakan Armel membencinya separuh mati ? Adakah bahagia milik mereka ? #K...