Bab 116

1.6K 57 5
                                    

Armel kelihatan tergesa-gesa memasukkan bajunya ke dalam beg tarik. Targetnya hanya satu adalah untuk melepaskan diri dari mimpi ngerinya.


Armel melihat sekitar ruang tamu. Fuh takde orang. Selamat !

Tiba-tiba aliff datang dengan kunci pintu utama sambil menggelengkan kepala.

"Sayang nak pergi mana ni ? " Soal aliff lemah. Mengapa armel asyik mahu meninggalkan dirinya. Sedangkan dia mahu mengubati luka armel.

"Nak balik rumah Mak Su seminggu je boleh ? Hee " Tayang sebaris gigi.

"Mak su ? Dekat mana ? Kenapa tak bincang dengan abang dulu ? Sayang dah call mak su ke ? " Soal aliff bertalu. Apalah isterinya ini , suka sangat berahsia.


"Terengganu. Mak su kan baru dapat baby baru. Saya nak melawat mak su. Haa ni tengah bincang la ni. Kalau tak bincang dah lama saya blah macam tu je. Dah. Mak su ade je kat rumah. Boleh ke tak ni ? Saya naik bas dalam 30 minit lagi. " Armel mengambil kunci pintu utama dari aliff.


Armel sudah mula geram dengan Aliff. Weh bas sampai 30 minit je lagi. Memang nak tengok bas terlepas ke ape 

"Ehh mana boleh. Kalau nak pergi , sayang kena bawa abang sekali. Sayang naik bas seorang-seorang ? Oh lagi la tak boleh. Bahaya. Sayang tengah amnesia ni. Buatnya pengsan nanti macam mana ? Last minute tu bukan bincang , itu terpaksa bagi tahu. " Aliff menyimpan kunci pintu di dalam poketnya dan berlalu ke sofa.


Armel sudah mula terbakar emosinya. Memang menguji betul suami aku ni !

"Awak ! Saya dah beli tiket ni kot. Boleh la bagi saya pergi terengganu. " Rayu armel.


"No i said no. Melainkan abang boleh ikut sayang" Aliff melelapkan matanya. Takut cair kalau terus menerus layan armel ni.

"Awak ni. Suka menguji kesabaran saya kan ! Saya tak kira , saya nak pergi juga. Bak kunci ! " Armel mengambil kunci dari tangan aliff.


"Sayang nak jadi isteri derhaka ke ? Lawan cakap suami ? Tinggikan suara ? Abang ni masih suami sayang lagi. " Jelas terpancar kesabaran aliff sudah maksimum.

"Lantaklah derhaka ke apeke. Saya menang tak ingat yg saya ada suami. And awak adalah mimpi ngeri saya ! " Armel membidas kata-kata aliff. Iya lah , dia sudah cuba sedaya upaya mengingati aliff dan berlemah-lembut. Tetapi aliff selalu menyakitnya.


Armel berlari ke pintu utama. Malangnya dia tergelincir.


"Ya allah ! Sayang ! " Aliff memangku kepala armel. Nasib tiada pendarahan yang berlaku di kepala mahupun luka. Cuma terhantuk sedikit.


Armel mengaduh kesakitan. Matanya berpinar. Fikirannya mula dapat mengingati serba sedikit. Aliff... Aliff rayyan... Ayah.. Ya allah apa semua ni.

"Sayang... Jangan nangis.. Abang ada ni... " Aliff mengucup ubun-ubun bagi menenagkan armel.

"Abang... Sayang minta maaf. " Ujar armel sayu. Berdosanya dia. Ketika dia amnesia layanannya amatlah teruk kepada aliff. Suara yang meninggi. Makan dan pakai aliff terbiar. Nusyuz kah aku ya allah.



"Sayang tak salah. Sayang sakit kan. Abang redha. Abang doakan sayang cepat sembuh. Abang tak terasa langsung dengan sayang. Sayang nak balik rumah mak su kan ? Jom kita balik sama-sama. Abang booking tiket kejap. " Aliff memimpin armel ke sofa.


"Betul ke ni ? Abang jangan main-main. Sayang merajuk karang. " soal armel. Mana tahu aliff ni temberang je.


"Iyee sayang tak tipu. Sayang nak makan apa-apa tak ? Abang boleh suruh haris beli. Yela dulu sayang mana nak makan apa yg abang masak. " Soal aliff.


Sayangku Encik Lesung PipitWhere stories live. Discover now