Bab 41

2.4K 62 1
                                    

Aliff meninjau di sekeliling tempat yg bakal menjadi tempat bersejarah bagi dirinya dan armel. Ramai pekerjanya sedang menggantungkan gambar di sebuah pokok redang berhampiran meja makan. Sebenarnya malam ini akan diadakan candle light dinner. Tema warna malam ini ialah merah ros. Armel memang gemar akan bung ros merah. Aliff berharap dan berdoa sangat malam ini akan berakhir dengan kebahagiaan bukan pemderitaan. Dia mahu meminta maaf dari armel atas segala yg berlaku dahulu. Dia tahu dia mempunyai banyak kekurangan. Aliff juga sudah menempah baju gaun armel. Armel akan kelihatan seperti bintang popular. Wajah putih dikenakan dengan warna merah , memang fulamak. Aliff mahu hati armel berlapang dan mereka tidak akan mengungkit peristiwa lalu selepas ini dan mahu memulakan kehidupan baru. Kehidupan bersama anak mereka yg bakal lahir tidak lama lagi. Makanan malam ini sedang disediakan awal oleh chef terkenal resort itu. Kerusi dan meja bewarna putih memang menyerlahkan cinta tulus aliff. Gambar perkahwinan mereka digantung pada ranting pokok. Sebuah gitar telah tersedia di tepi meja. Kelopak bunga ros berteraburan di atas meja dan sekeliling meja. Di atas pasir sudah terukir nama aliff love armel till jannah. Lilin disusun bentuk love di tepi meja. Tidak lupa juga panorama yg bakal mereka lihat. Angin sepoi-sepoi bahasa akan mengiringi malam ini. Aliff sudah memikirkan jawapan pada persoalan armel. Dia berjanji untuk tenang dalam segalanya. Aliff juga menempah sepasang suit merah untuk dirinya bagi kelihatan sepadan dengan diri armel. Shawl merah armel yg mahal dan mempunyai batu swarvoski memukau pandangan.

Waktu malam sudah tiba. Waktu yang ditunggu-tunggu. Armel masih melelapkan matanya. Bagus juga jika armel sudah berehat sepuasnya dahulu. Selepas ini apa yang bakal terjadi. Aliff mengejutkan armel dengan cara yang manja. Dia membisikkan kata cinta. Dia mengucup segenap muka armel. Bibir armel membuatkan halkumnya bergerak. Sweet like always. Dia beralih kepada perut armel pula. Baju armel diselak untuk merasakan sentuhan anaknya.  Anaknya bakal dilahirkan beberapa bulan sahaja lagi. Sabar ya baby. Baby jaga mummy tau kalau malam ni malam terakhir daddy bersama mummy. Baby jangan nakal-nakal tau. Ingat pesan daddy. Jangan sakitkan mummy. Okay ? Aliff beralih ke atas kembali. Armel masih tidak sedar ? Aliff sengaja tidak mahu mengejutkan armel. Dia mahu melihat dan mencurahkan kasih sayang yang mungkin buat kali terakhir. Ubun-ubun armel dicium lagi. Rambut armel disisir menggunakan jari jemari. Aliff memejam mata memeluk armel.

Bau aliff menerpa hidung armel. Terasa ada tangan kasar yg membelai dirinya. Dia sengaja tidak menyedarkan dirinya. Tubuhnya ditarik di dalam pelukan. Kucupan hangat bertalu-talu diberikan. Terasa ada air hangat menitis pada wajahnya. Aliff menangis? Kenapa dia sedih ? Dia nak tinggalkan aku ke ? Oh jangan lah. Aku taknak jadi janda muda ? Oh no ! Ehh bukan ini yang aku nak ke selama ni ? Bukan ini ke armel ? Erk. Anak kau ni macam mana nanti ? Takde bapak ?  Suara hati armel sudah mula melontarkan pendapat.

"Jam pukul berapa dah ni ? Sorry sayang tidur lama sangat."  Ujar armel. Persoalan tadi dilupakan seketika. Benarkah dia mencintai lelaki yg berstatuskan suami ini. Benarkah dia sanggup meninggalkan aliff ? apakah semua ini ? Hatinya berbolak-balik.


"Hurm sayang dah sedar. Sorry abang kacau sayang tidur. Dah pukul 8. Sayang bangun , mandi , kita solat dulu. " arah aliff dan dia bangun kerana mahu ke ruang tamu.

Armel meraih tangan aliff. Ada getaran di situ. " abang okay? " soal armel. " okay " aliff melepaskan tangannya.

Armel memeluk aliff seketika. Gila taknak peluk aliff ni. Dahla wangi semerbak. Badan taf. Lagipun suami aku kan.


"Sayang , cepat mandi. Lepasni kita nak pergi ke sesuatu tempat " arah aliff.

"Abang tolong buat semuanya boleh ? Sayang malas la. Kita pergi makan kan ? " soal armel.

"As you wish my dear , haah pergi makan " aliff mencempung badan armel ke tandas. Dia membersihkan badan armel. Armel memandang aliff pelik. Dah kenapa pulak dia ni? Senyap je.



Mereka menunaikan solat isya. Aliff membisu semasa membaca doa. Dia berdoa didalam hati agar semuanya berjalan dengan lancar. Dia berdoa agar kebahagiaan keluarganya dapat dikecapi. Sekali lagi air mata mengalir. Sayu hatinya.


"Abang , abang kenapa ni? Soal armel. Macam ada yg terpendam dari tadi. "Abang okay.  Jom abang siapkan sayang " aliff menyarungkan dress merah yg sarat dengan batu permata. Shawl milik armel juga tersarung dengan kemas.

Tempat candle light dinner hanya beberapa langkah sahaja. Seperti biasa aliff mendukung armel. Mata armel diikat dengan kain hitam. Armel merangkul leher aliff. Kadangkala dia menghidu leher aliff dan membuatkan aliff kegelian.  Wangi! Armel diletakkan di atas kerusi putih itu. "Boleh sayang buka ? " soal armel. "Boleh , bukalah" jawab aliff.


"Abang , abang kat mana ? Kenapa gelap sangat ni ? abang...  Jangan main-main... Sayang takut ni " ujar armel ketakutan. Dia dibiarkan duduk di sebuah kerusi putih yg bercahaya. "Toleh belakang " ujar sesorang. Armel menoleh belakang dan melihat namanya dan aliff terukir di atas pasir. Lilin pula dinyalakan oleh seorang pemuda. Sekeliling meja makan itu bercahaya. Kemudian seorang gadis memimpin tangan armel ke pohon yg rendang itu. Armel membelek gambar-gambar itu. Lah gambar kahwin aku. Gadis itu membawa armel duduk kembali dan menghilangkan diri.
Ting ! Semua cahaya dinyalakan. Begitu terang suasananya. Mata armel berkedip beberapa kali. Silau. Aliff menghampiri armel bersama coklat bouquet. Aliff menyuruh armel makan hidangan yg tersedia. Wahh chicken chop. Tanpa banyak bicara armel makan dan merenung wajah aliff yg seperti gelisah.

Selepas itu , aliff memimpin armel ke sebuah kerusi yang tersedia di pohon rendang itu. Suasana y hening dan sepi. Bunyi deruan ombak menyapa telinga. Kesejukan angin malam menyapa tubuh. Dari tadi aliff hanya membisu dan meneliti wajah armel.



"Sayang , betul ke sayang sudah maafkan abang dari hujung rambut abang hingga hujung kaki abang ? Soal aliff. Dia memasukkan tangannya ke dalam poket seluar.


"Tidak " balas armel sepatah. Oh semua ini sebab nak minta maaf. Tak ikhlas langsung. Senang je kan nak minta maaf apa semua. Buat je candle light dinner. Lepastu dapat maaf. Well lelaki.


"Kalau sayang tak dapat nak maafkan abang sekarang. Abang akan berundur diri. Abang takkan ceraikan sayang. Abang akan hilangkan diri abang. Sayang betul tak dapat maafkan abang tentang hal dekat hospital dan kes penculikan ?.  Abang nak buat satu pengakuan. Sejak kali pertama abang lihat sayang dekat uni , abang mula jatuh cinta dekat sayang. Cinta pertama abang. Cinta pandang pertama dan sayang mengajar abang erti cinta. Dari situ abang cuba kenali siapa sayang. Dan akhirnya abang bersyukur dapat bercinta dengan sayang sampai masuk alam pekerjaan. Sayang seorang je yg tak tahu cerita sebenar sebab abang melarang semua orang untuk cerita tentang kematian abang kandung sayang. Abang mahu menguji kepercayaan sayang. Memang benar sayang tak percayakan abang. Tetapi abang tidak berputus asa. Hari ini abang akan ceritakan perkara yg berlaku. Abang kandung sayang mati ditembak musuh atas kecuaian dirinya. Abang orang terdekat disitu , jadi abanh hulurkan pertolongan. Tetapi razif membuat fitnah mengatakan abang yg bunuh. Sedangkan masa itu abang tengah masak. Tiada senjata api. Pada awalnya , abang berkata pada diri abang untuk merelakan sayang bahagia dengan orang lain. Selepas itu , arwah ayah call abang dan jumpa abang. Arwah ayah , ceritakan tentang keadaan sayang. Arwah ayah mahu menjodohkan kita kerana dia percayakan abang. Abang kasihan melihat keadaan ayah. Jadi abang terima. Abang terima sayang ikhlas. Sayang tiada buruknya pada mata abang. Abang ikhlas. Sekali lagi abang ulang , abang ikhlas. Abang tahu sayang memang tidak cintakan abang. Abang cuba meraih cinta sayang. Abang bahagia sangat bila sayang mula cintakan abang.
Tengku armel diana binti tan sri razman. I love you so much. Abang takkan pernah membenci sayang dan abang takkan pernah berhenti cintakan sayang. " aliff memandang armel penuh harapan.



Panggg........ Satu tamparan padu hinggap pada muka aliff.

Sayangku Encik Lesung PipitWhere stories live. Discover now