Angin sepoi-sepoi bahasa mula menampar pipi. Kawasan air terjun menjadi sasaran mereka. Bunyi deruan air yang mengalir seiring dengan cicipan burung dapat mengubah hati armel yang panas kepada sedikit beransur sejuk.
Mulut aliff bagai terkunci apabila melihat wajah tenang isterinya. Niat hati nak pergi kedai gunting rambut. Tapi mulut seakan tidak berani untuk melontarkan hasratnya itu. Biarlah armel tenang dahulu. Lepastu baru tanya fasal kedai rambut.
"Abang , jom balik ?" armel cuba sedaya upaya untuk memaafkan aliff. Walau hatinya masih sakit dan perit. Apa kan daya , di lubuk hatinya rasa sayang dan cinta kepada aliff masih utuh. Ego yang tinggi melangit ditepis ke tepi. Demi keluarga tersayang. Perasaannya diketepikan sementara.
Apa pula kata saudara-mara nanti apabila batang hidung mereka tidak kelihatan sedangkan armel merupakan orang yang paling rapat dengan arwah ayah manakala aliff menantu kesayangan arwah ayah. Semoga arwah ayah tenang di sana.
"Sayang nak balik dah ke ? Okay jom. I'm sorry again " aliff menyarungkan selipar di kakinya yang sudah mengecut apabila direndamkan di dalam air terjun yang agak sejuk.
Armel sekadar mengangguk dan mengatur langkah ke arah kereta. Jangan dilayankan sangat perasaan ni takut menderitakan diri kembali. Walau armel cuba membuang tetapi kesannya masih ada lagi.
"Sayang , abang nak gunting rambut lah. Sayang tahu tak barber shop yg best kat sini ? " soal aliff memecahkan kesunyian.
Armel tidak menjawab kerana sedang fokus mendengar celoteh penyampai radio. Kadangkala lawak benar cerita dj radio ini.
"Sayang ? " bahu armel disentuh bagi menyedarkan gadis itu. Apa yang mengelamunkan dirinya entahlah.
"Haa ye ? Abang panggil sayang ke ? " soal armel cemas. Haish macam mana pulak la boleh tak dengar. Itula suka sangat dengar radio kan. Cik telinga ni lain kali fokus dekat benda lebih penting boleh ta? Benda lebih penting ? I mean perkara lebih penting. Maksudnya aliff lebih penting ? Oh no please lah. Hahah. Ya lah dia penting.
"Yes , abang nak gunting rambut. Sayang tunjukkan barber shop yang paling best boleh tak ? " minta aliff lagi. Geli hati melihat armel cemas cuba memahami setiap kata-kata yang dilontarkan.
"Barber shop ? " armel menjongketkan keningnya. Mana tahu weh. aku girls kot. aku gunting rambut dekat salloon mana ada dekat barber shop. Aih gawat macam ni.
"Ya sayang barber shop. Don't tell me you don't know. " aliff merasakan armel tidak tahu. Dengan mimik muka yang cemas dah dapat teka yang dia tak ambil tahu tentang barber shop.
"Eiy , mana ada. Sayang tahu okay. " telefon pintar dikeluarkan. Yes encik google boleh membantu. Actually i tahu okay. Tapi rasanya dengan bantuan encik google mesti lagi mudah. Guna waze ke , maklumlah jarang balik sini. Mungkin jalan raya dah banyak berubah.
Setelah lima belas minit memandu akhirnya barber shop yang menjadi pilihan hati armel dijumpai. Rasanya ni yang terbaik melalui suggestion dari followers di instagram. Thank you followers heheh. Malas guna google , guna respons orang ramai mesti lagi okay.
"Sayang teman abang ? " ajak aliff yang sudah sedia membuka pintu kereta.
"Dalam tu banyak lelaki lah abang. Sayang tunggu dekat dalam kereta jelah. Lagi safe kan. " cadang armel pula. Kelihatan ramai lelaki muda yang sedang menunggu giliran. Kena ngorat nanti tak ke menyesal aliff. Tapi , aku sedar yang aku ada suami dah. Kalau aku bujang dah lama aku cuci mata kat situ hehe. #goodwife.
YOU ARE READING
Sayangku Encik Lesung Pipit
Dragoste"Kauuu !!! " Jerit Tengku Armel Diana. "Ya sayang , balas Aliff rayyan. Armel terkejut apabila aliff kembali muncul di dalam hidupnya . Apakah yang dilakukan oleh Aliff sehinggakan Armel membencinya separuh mati ? Adakah bahagia milik mereka ? #K...