"Abang , wadiah text. Wadiah nak jumpa kejap. Abang hantar dekat sunway piramid boleh tak ? Dah lama sayang tak jumpa wadiah. Abang busy ke lepas ni ? Kalau abang busy , sayang nak uber pun okay. Boleh laaa abang... Jangan diam je... " rayu armel apabila wadiah menghantar pesanan ringkas mengajaknya shopping.
"Tadi marah abang sangat. Tak boleh. Mesej wadiah balik kata abang tak bagi " arah aliff dan memakai shades dior.
"Abang.. Boleh laa... Kali ni je. " pujuk armel lagi. Tangan aliff diraih dan digoyang-goyangkan.
"Tak boleh. Jangan degil. Kita nak pergi tempat lain ni. Choose ! Sayang nak ikut abang ke wadiah. ? " bentak aliff lagi. Tadi bukan main lagi marah sekarang ni pujuk bukan main sebab nak ikut bff dia tu.
"Abang..... Sayang pilih abang. Tapi boleh la... Nak minum coffee
sekejap je. Dah lama tak jumpa. Boleh ehh abang. " pipi aliff dicuit lagi. Aliff hanya duduk menegak dan leka bermain handphone."Abang cakap tak boleh tadi kan. Lagi pun wadiah tengah mengandung kan. Biarlah dia spend time dengan iqbal. Sayang ni , jangan kacau mereka boleh tak. Ni iqbal cakap kat abang yang wadiah tak sihat harini. Sayang... Dah jom ikut abang. Office hour belum habis lagi kan. "
"Wadiah yang ajak tadi. Macam mana tiba-tiba tak sihat pulak. Eiyy wadiah ni tadi janji lain. Bila dah ada iqbal mula lah dia. Nak spend time dengan hubby yang sweet dia tu. Iqbal ni tadi kat office , time nak keluar ni pulak dia balik rumah. Kacau betul. ! "
"Aipp sayang. Apa cakap macam tu. Orang mengandung mana boleh kita tentu mood dia. Kejap okay kejap tak. Sayang yang tak mengandung ni pun kejap okay kejap tak , ni kan pulak wadiah yang mengandung tu. Biarlah wadiah dengan iqbal spend time. Sayang kan ada abang. Meh sini duduk dengan abang. Takyah nak jeles sangat dengan iqbal tu , abang pun sweet. Takde nye si iqbal tu nak rampas wadiah dari sayang. Lain kali keluar ya sayang. " pujuk aliff melihat isterinya itu sudah geram tahap maksimum. Kalau iqbal depan dia mahu armel bagi penampar.
"Abang... Nak keluar sekarang tak kira. Jom kita pergi rumah mereka nak ? Jom la abang. Kali ni je. " armel masih tidak berputus asa lagi.
"Sayang. Okay jom keluar dengan abang. Abang belanja spicy ramen nak tak ? Kita beli barang exo ke nak tak ? Dahla sayang , nanti-nanti wadiah text sayang balik baru kita pergi rumah mereka ya. Takmau masam-masam macam ni. Abang habiskan kerja ni kejap ya"
"Sayang taknak keluar dengan abang. Nak keluar dengan wadiah. Abang bagi apa pun sayang taknak sekarang ni. Nak jumpa wadiah please. Barang exo pun abang baru je beli bulan lepas kan. Dah banyak sangat dah tu. Spicy ramen semalam abang baru je beli online kan. Takmau semua tu. ! " rengek armel lagi.
"Sayang. Kenapa harini macam ni ni. Makin manja dengan abang ni. Abang janji esok lusa kita jumpa wadiah ya. Dah , takmau degil macam ni. Kalau zhafran tengok ni. Nanti melekat degil sayang dekat dia. Sayang dah 22 tahun ehh. Jom jela kita keluar. Makan-makan. Mungkin sayang stress ni. Wadiah tu tak lari mana pun sayang oi. Ada je dekat rumah dengan iqbal. "
"Abang... Tak boleh harini jugak ? Rindu sangat dengan dia. " tangan armel mula mekingkar pada pinggang aliff. Wajahnya disembamkan pada dada bidang aliff. Aliff masih khusyuk memeriksa dokumen untuk ditandatangani.
"Still can't sayang. Ok done. Jom kita shopping " ajak aliff. Dahi armel dikucup mesra. Rasa sayang kepada gadis ini makin bertambah dari hari ke hari. Kenakalan dan kedegilan armel mewarnai setiap inchi kehidupannya.
"Okay. I'm listened your order , but only this time okay. " armel memeluk lengan aliff menuju ke pintu utama office. Rasa sedih jugak dapat suami king control macam ni. Bukan king control tapi kita kena tolerate dengan keadaan sekeliling.
YOU ARE READING
Sayangku Encik Lesung Pipit
Romantik"Kauuu !!! " Jerit Tengku Armel Diana. "Ya sayang , balas Aliff rayyan. Armel terkejut apabila aliff kembali muncul di dalam hidupnya . Apakah yang dilakukan oleh Aliff sehinggakan Armel membencinya separuh mati ? Adakah bahagia milik mereka ? #K...