"Esok zhafran genap umur setahun. Dah besar anak kita kan ? Abang pun dah nampak ada kedut kat muka tu. Kurang hensem. "
Aliff berlari ke cermin besar. Wajahnya ditilik dari atas sampai bawah.
"Mana ada kedut ! Nakal kan ! Sini kena denda. "
Hahhahhahahah ! Ketawa armel berdekah-dekah. Pinggangnya digeletek oleh aliff secara kejam. Bukan baik.
"Abang dah abang dah !. Anak dengar nanti ! ." air mata armel terkeluar kerana banyak ketawa. Ketawa kegembiraan.
"Sayang ni kalau sehari tak kacau abang tak sah kan ? Abang tua dua tahun je eh. "
"Tetap tua. Jom kita keluar , rasanya barang zhafran banyak yang habis. Abang, ambil zhafran kejap. Sayang nak susukan. "
~
Aliff mendukung zhafran dengan cermat. Pipi gebu yang comel digomol mesra. "Anak daddy hensem sangat. Macam daddy. Jangan nakal macam mummy ya. Sayang zhaf "
"Abang buat sayang jeles. "
"aik takkan dengan anak pun nak jeles kut ? Sayang , ni anak kita " aliff mula risau dengan armel. Cemburu pulak dengan zhaf. Haih armel ni.
"Hahahaha , abang ni. Takkanlah nak cemburu dengan anak kita ni. Sayang tak macam tulah. Abang... Sayang sayang tak ? "
"Apa sayang merepek ni ? Mestilah abang sayang ! . Sayang sangat dekat isteri abang yang comel ni. Abang akan rindu sayanng setiap masa. Setiap nafas dan degupan jantung abang sentiasa ada sayang. Sayang , cinta , rindu , kasih. Semua da perfect sayang "
"Abang ni kalau mengayat nombor satu. Mula-mula malu. Sekali dah dapat , hilang malu dia tu. Kenapa abang malu ya dulu ? Masa sekolah ? "
Niat armel nak susukan zhafran sudah terbantut. Leka bersembang dengan aliff memang jadi macam ni. Armel merenung aliff , setia mendengar cerita aliff. Aliff bercerita sambil mengusap zhafran yang sedang tidur.
"Abang memang pemalu. Jarang cakap dengan perempuan. Kalau cakap pun pasal kerja. Tapi tulah , ramai perempuan nak dekat abang. Abang TERPAKSA layan dia orang. Abang tahu sayang jeles sangat masatu kan? Sorry ye. Ramai sangat girls yang suka abang. Tambah lagi masa abang form 5. Abang kan coach mereka. Tapi mereka pulak yang lebi-lebih suka abang. TAPI , masa tu abang macam tak kesah sangat dengan depe , sebab ... Abang ada sayang ! Walau sayang menyampah dengan abang kan masatu. Abang sengaja ja masa tu. Cemburu kan ? Heheh , abang berjaya la kiranya ni. Abang malu sangat dengan sayang sebab. Sayang femes kot kat sekolah. Ada pangkat dan banyak jawatan tinggi. Abang ni apalah sangat. Sebut ja nama sayang. Siapa tak kenal. Even cikgu pun ramai yang kenal. Itu salah satu sebab abang suka sangat dengan sayang. Sayang pun malu-malu dengan abang. Kenapa pulak ? "
"Eiyy memang jahat kan. Sakit hati tahu tak. Bila nampak abang dengan girls lain. Rasa nak sepak je sorang-sorang. Depe pulak yang kacau lelaki. Abang pun kenalah berkeras sikit. Jangan layan mereka sangat. Ni abang macam syok je dengan mereka. Geramnya masatu. Nasib sabar je. Kalau tak nak kerat je satu-satu. Termasuk abang. Abang nakal sebab stalk sayang everytimes pulak tu. Bila jumpa depan mata. Malu pulak dan lari-lari. Tapi , sayang suka sifat pemalu abang. Comel gila ! Femes apanya. Mana ada. Dia yang femes. Abang lesung pipit silat lah katakan. Sayang biasa jelah. Abang tu dahla hensem. Warrak pulak tu. Amboi amboi. Memang jeles lah. And you WIN "
"Tak sangka kita kahwin kan ? Abang crush on dekat sayang tau. Lama dah. Sayang crush on dekat abang tak ?"
"Mestilah , tapi siapa crush on dulu eh ? Part ni paling best sebab first time kot , crush balas cinta. Thanks sangat abang. Actually , abang penyembuh hati sayang tau. Sayang tak pernah couple pun. Just crush. Tapi parah gak sakitnya , sebab sayang kalau suka orang tu memang suka gila. "
"Lelaki bertuah mana lah tu , hadir sebelum abang. Ni buat abang cemburu ni. Siapa dia cakap ? Sayang suka dia lagi tak ? "
"Heyy , buat apa lah sayang nak suka dia. Abang dah cukup sempurna. Dah cukup sweet. Kasih sayang abang memang dah perfect. I loveee youu. "
"Ni mesti nepal kan ? I know's he well. Shahril right ? Tapi , kenapa sayang panggil dia nepal ? Abang tengok elok je muka dia tu. "
Alamak macam mana dia tahu pasal shahril ni. Aduhh , kena lari ni. Malunya aku ! Nepal ? Dia tahu siapa dapat gelaran nepal tu dari aku ? Haih. Satu dua tiga...
Armel lari ke tandas. Nafasnya tercungap-cungap akibat kehilangan oksigen. Dia menyorok di dalam tandas AEON. Segan pulak nak tengok aliff. Mesti dia gelak habis-habisan ni.
Mana pulak armel lari ni. Zhafran dah jaga ni nak susu badan.
Nombor telefon armel ditekan pada pad dail. Aliff menunggu armel untuk menjawab.
Armel mengangkat telefon tetapi membiarkan aliff bercakap dahulu.
"Sayang kat mana ni ? Zhaf nak susu ni. ? "
"Erk... Ddee.kkatt tandas. Depan popular. "
"Tunggu situ abang datang "
Zhaf sudah sedar dari lena. Kelihatan Seperti dahagakan susu. Armel cepat-cepat membawa zhaf ke bilik menyusu dan jauh dari aliff. Malu tadi tak habis lagi. Macam mana lah aliff tahu shahril tu siapa.
"Abang tunggu luar ya ? Man not allowed in this room. So please "
"Not allowed ke sayang yang segan ? Hahahhah nepal lah macam-macam. Panggil abang masa tu apa pulak hahahha. Korean kan hahahha "
"Abang ! " satu cubitan hinggap pada perut aliff. Seronok benar mengusik isterinya.
"Okay okay. Hahahha , lawak betul ya sayang dulu. "
"Dahtu syuhada tu siapa pulak ? "
Aliff terkedu saat nama itu terpacul keluar dari mulut armel. Peluh di dahi mula menitik satu persatu. Mood gembiranya seakan terbang ditiup angin.
Saat aliff resah semacam. Armel senyum kemenangan. Haa rasakan balik. Tahu diam kan.
"Don't ever you dare to say her name. I don't like it and i hate it. " aliff memberi amaran.
"Eleh "
"I'm serious , jom balik. Abang tak rasa nak beli apa-apa. "
"Nak balik ? Balik jela. Banyak barang nak beli ni. Suit to yourself "
"Fine"
"Zhaf , ikut daddy jom. "
"Eh apa pulak. No. "
"Jom sayang kita balik dulu please. "
"Yelah yelah syuhada "
Jelingan mata padu diberikan kepada armel.
"Oppss maaf " ketawa armel sendirian.
YOU ARE READING
Sayangku Encik Lesung Pipit
Romansa"Kauuu !!! " Jerit Tengku Armel Diana. "Ya sayang , balas Aliff rayyan. Armel terkejut apabila aliff kembali muncul di dalam hidupnya . Apakah yang dilakukan oleh Aliff sehinggakan Armel membencinya separuh mati ? Adakah bahagia milik mereka ? #K...