Bab 108

1.2K 52 4
                                    

"Eh syed nak pergi mana ni ? " Soal ibu sambil memisat matanya. Hari sudah larut malam. Tadi kedengaran syed sedang bermain dengan zhafran.


Armel sudah lama lena diulik mimpi di dalam biliknya. Dirasakan bagai dunia ini dia yang punya. Terlalu gembira dibuatnya. Katil yang amat selesa dibaring. Tambahan pula hujan sedang renyai-renyai.


"Saya nak cari hotel. " Syed senyum segaris dan menapak keluar dari rumah.


Ibu menahan pintu utama dari ditutup.

"Eh , bermalam kat sini je. Lagipun ibu ade. Mak jah ade. Bukannya kamu berdua. Bilik tetamu banyak kat atas tu. Pilih je mana nak. " pelawa ibu.


Hari sudah larut malam. Risau jika berlaku apa-apa kepada syed. Syed sudahla tidak biasa dengan Malaysia. Kadangkala sahaja dia menjejakkan di bumi kelahirannya atas dasar kerja.


"Apa bising-bising ni ibu " Armel turun ke bawah. Mengingau agaknya. Rambutnya yang panjang mengurai terdedah.

"Armel , mana tudung ? Ya allah budak ni ngigau ! Pergi naik balik " arah ibu. Segan dibuatnya apabila armel tidak bertudung. Dosa pulak tu , menunjukkan aurat.

"Takpe ibu , syed tahu dia mengigau. Bukan disengajakan. " Syed berharap ibu tidak salah anggap. Tadi juga , nasib baik syed sempat menundukkan pandangan. Tidak adalah lama sangat dia terpandang wajah armel yang tanpa tudung.


"Stay sini ya. Syed boleh stay sampai bila-bila syed nak. Syed kan anak ibu jugak " Ibu tersenyum manis. Lega hatinya apabila syed faham nalurinya.


"Terima kasih ibu " Ujar syed dan berlalu ke bilik tingkat atas bersama zhafran.


Dia tidak dapat pulang kerana dari tadi zhafran menghalangnya. Kejap ajak main , kejap tengok tv. Nasib sayang tau. Mata pun dah berat mengantuk teroks ni.


"Ayah tidur dengan zhaf tau hari ini" minta zhafran sambil memeluk kaki syed.


"Okay sayang , anything for you "
Balas syed.


~


"Aku nak sangat rancangan kita berjalan. Well , jumaat ni ada kenduri dekat rumah armel kan ? Jom balik Malaysia. Boleh kita settlekan cepat " Ujar aliff. Kopi panas yang dipesan dicicip ke dalam mulut. Nikmatnya !

"Kebetulan aku pun takde class. Okay aku setuju " balas sue.

~

"Armel , suhaila datang " laung ibu dari pintu hadapan.

Hari ini merupakan hari khamis. Segala persiapan sedang dilakukan. Armel dari tadi sibuk di dapur membuat puding.

"Suhaila? Dia dekat korea lah ibu. Ibu ni " Laung armel dari dapur dengan rajuk. Boleh pulak ibu main-main kata suhaila datang. Mana mungkin minah tu jauh-jauh datang ke mari.


"Weh , ni aku datang. Takkan tak caya. " pipi armel dicubit kuat.

"Weh sakitlah ! " Balas armel. Armel pula mencubit pipi suhaila.

"Hahahahah , percayakan aku datang. ? Aku kan bestie kau. Mesti aku nak yang terbaik untuk kau armel. Happy tak aku datang . " soal suhaila. Puding yang banyak di atas meja dipandang.

"Yelah ! Thanks beb ! Meh tolong aku buat puding. " suhaila ditarik duduk.


Sementara itu , aliff berjumpa dengan ibu di pejabat tingkat tiga.

Sayangku Encik Lesung PipitWhere stories live. Discover now