"Armel , suhaila kawan awak ya ? Dia datang. Nak jumpa awak. Awak okay ? " soal syed.
Syed membawa armel ke pent house miliknya. Bukan berdua okay , 2 orang bodyguard turut bersama. And , zhafran pun ada.
"Suhaila ? Saya nak jumpa dia. " armel tersedu-sedan dari tadi. Entah ke berapa kali dia menangis.
Suhaila melangkah laju ke arah armel. Bahu sahabat baiknya itu dirangkul. Dia terlalu risau dengan sahabat baiknya itu.
"Armel , lepaskan segalanya please. Aku tak nak tengok kau sedih macam ni. Aku nak tengok kau happy. Aku risaukan kau. Kau kena cari kebahagiaan kau. Nanti kau pengsan. Dah , stop nangis okay. " Bahu armel diusap lembut bagi menenangkan hati yang bergelora.
"Sue , aku tak tahu macam mana nak cari kebahagiaan aku. Aku rasa aku tak boleh go dengan perkahwinan aku. Dia terlalu mencabar kesabaran aku. Aku tak kuat nak lalui semua ini. " luah armel.
"Awak , ambil tisu ni " Sampuk syed dengan menghulurkan beberapa helai tisu dari kocek seluar. Rumahnya tiada tisu , kerana jarang sekali dia menjejakkan kakinya ke pent housenya.
"Armel , siapa dia ni ? " suhaila menjeling syed atas bawah. Sebenarnya dalam hati "ya allah hensemnya. " tapi cuba mengawal riak teruja itu.
"Bos aku. Tuan syed al-ikhman. " ujar armel senafas. Dia begitu segan dengan syed. Yalah , semua tentang dirinya sedikit-sedikit syed tahu. Dia takut jika syed tidak mahu menerimanya bekerja kerana tahu tentang masalah yang dihadapinya.
Syed hanya senyum segaris. Dia tidak selesa apabila suhaila memandangnya seakan tidak puas hati. Macam aku pulak yang buat salah besar.
"Kau ada apa-apa ke dengan dia ni ? " soal suhaila tegas. Jangan ada orang ketiga pulak dalam hubungan ni. Aku harap sangat aliff & armel bersatu kembali. Kalau aku tahu ada yang menyibuk siap kau !
"Sue , panggil dia tuan syed. Hormat" tegur armel lemah. Lagi segan ! Aduh sue ni cuba la hormat bos aku ni. Ini dia kecam lak bos aku.
"Eh , no need. Panggil syed je. Saya okay. Armel , berapa kali saya nak cakap , kalau luar office panggil syed je. Awak lupa ye ? " Balas syed pula. Kang cakap diva pulak nak orang panggil pangkat tuan tu. Tambah lagi mulut si suhaila ni , dah macam polis pencen. Pot pet pot pet.
"Syed , saya nak warning awak. Awak jangan nak mimpi untuk jadikan armel ni wife awak. Walau apa yang jadi , armel dan aliff akan bersatu. Ini janji saya. " suhaila menjeling syed. Haa tahu terkedu. Ingat dia tu pangkat tuan orang takut ke. Eh sorry sikit aku ni prof okay. Setaraf dengan kau.
"Kita merancang Allah yang menentukan. Andai kata armel jodoh saya. Saya terima dengan hati yang redha kerana dapat memperisterikan bidadari syurga. Dan , andai kata armel bukan jodoh saya. Saya redha. Tapi sebagai manusia , kita perlu doa , usaha dan kemudian ikhtiar. Ini yang saya lakukan. " tenang sahaja syed mentarbiahkan suhaila. Ilmu pengetahuan tentang agama yang tercinta sudah penuh di dada. Berguna benar ilmu yang dipelajari di Madinah suatu ketika dahulu.
Suhaila menelan air liur. Amboi pandainya bidas cakap orang. Bukan main lagi dengan keyakinan yang maksimum. Ini tak boleh jadi ni. Kau tunggu syed , ada hari aku balas ! "Gerutu suhaila didalam hati.
"Eh korang ni. Dah la tu. Berdebat pulak kat sini. Maaf syed. Kawan saya memang macam ni. Tak betul sangat. Walau dah pangkat professor. " Armel tertunduk lemah.
"Mummy ! " Zhafran lari menerpa ke arah armel dengan mulut yang comot dengan aiskrim.
"Amboi seronok ya dia. Siapa beli aiskrim ni. " pipi zhafran yang comot dilap dengan tisu.
YOU ARE READING
Sayangku Encik Lesung Pipit
Roman d'amour"Kauuu !!! " Jerit Tengku Armel Diana. "Ya sayang , balas Aliff rayyan. Armel terkejut apabila aliff kembali muncul di dalam hidupnya . Apakah yang dilakukan oleh Aliff sehinggakan Armel membencinya separuh mati ? Adakah bahagia milik mereka ? #K...