Seawal jam empat pagi aliff sudah bangun dari tidur. Tidurnya tidak berapa lena pada malam itu. Risau akan keadaan armel. Manalah tahu pada pagi buta suhu naik mendadak. Malam tadi dahla kena paksa makan ubat. Tapi aliff memuntahkan di bilik air. Mana boleh tak sakit makan ubat. Nanti khayal. Takut nanti ada refleksi dari tubuh badan. Demi isteri yang tercinta terpaksa jugak berlakon makan ubat. Kalau tak dimakan nanti armel taknak makan ubat jugak. Sayang ,sayang. Niat untuk menunaikan solat sunat diteruskan. Aliff mahu berdoa untuk kesihatan armel. Hatinya pilu melihat armel menahan kesakitan. Armel sejenis manusia yang sukar demam. Tapi kalau sekali kena demam , kuat sakitnya bulan main. Bak kata armel , boleh pecah kepala menahan sakit.
Armel tersedar dek panahan cahaya lampu yang menerangi bilik. Dah subuh ke ? Bisik hati armel.
Kelihatan seorang figura yang sedang khusyuk solat di hujung katil. Kadangkala ada air mata yang menitis di tubir mata figura itu. Sayu hatinya melihat figura itu. Figura itu sering menyebut namanya di dalam doa. Begitu telus cinta figura itu terhadap dirinya.
Siapa lagi figura itu. Tak lain tak bukan , aliff rayyan. Suami tercinta. Seorang lelaki yang mempunyai hati yang luhur dan tidak dapat dipisahkan dengan tikar sejadah. Tikar sejadah menjadi teman sejati kehidupannya. Dikal duka mahupun suka , sentiasa bersama tikar sejadah. Alhamdulillah ya allah. Tetapi sebagai seorang manusia , mempunyai seribu satu kekurangan di dalam satu kebaikan.
Armel hanya tersenyum memandang aliff mengalunkan ayat suci al quran. Sungguh merdu dan indah alunan itu. Mendamaikan jiwa yang lara dan membuka pintu hidayah bagi seseorang. Dia imam aku. Imam yang akan membawa aku ke jannah syurga mu ya allah.
"Ehh , sayang dah bangun ? Meh sini baring atas riba abang. Sunnah rasulullah. Dengar abang baca ye. Sayang hafalkan surah al kahfi ni. Abang baca sayang dengar okay. Kalau salah , sayang betulkan. " pelawa aliff.
Surah al kahfi mula meniti pada bibir aliff. Sungguh lancar alunan surah itu. Tiada silapnya. Bacaan tajwid , hukum semuanya cukup.
"Jom pergi haji nak tak sayang ? Abang ada 'ter'baca diari sayang. Sorry ya. Abang tahu impian sayang selama ni. Abang akan tunaikan satu persatu ya sayang. "
"Siapa bagi izin baca ? Abang tahu tak betapa pentingnya diari tu ? Abang tahu tak dalam diari tu semuanya sulit ? Semuanya kisah hidup sayang ! Sampai hati abang bacakan ? Mana diari tu ? Abang memang melampau ya. Semua benda abang nak tahu ! Tak cukup lagi ke ? Sayang tak pernah desak nak tahu kisah hidup abang ! Why you so cruel to me ha ? Sampai nak curi baca diari ! Sayang akan bagi la abang baca sampai suatu masa yang sesuai. abang tak perlu nak terbaca sangatlah. ! Abang memang kan. Ish lepaslah "
"Ya allah , kenapa marah sangat ni. Sayang... Abang minta maaf okay. Abang kemas bilik kita sebelum kita ke sini. Demi allah abang terbaca. Abang takde niat langsung nak baca. Abang terjumpa. Abang ingatkan itu buku zhafran. Kulit buku tu cartoon kan. Abang tak ingat pun sepeunhnya kandungan diari tu. Abang baca sampai part impian tu je. Belakang-belakang tu abang tak baca. Abang baru teringat yang sayang pernah warn abang jangan pernah sekali baca. "
"Abang tipu.... Abang dah baca kan... Abang .... " armel bangun dari ribaan aliff dan ke dapur. Hatinya terguris sangat apabila semua rahsianya terbongkar. Why aliff you hurting me. Jus oren dikeluarkan dari peti ais. Lantaklah tekak ni sakit ke apake. Panas sangat hati aku ni.
Gelas tinggi dicapai dari rak. Armel menuangkan jus itu ke dalam gelas dan sebelum gelas itu diteguk ada tangan yang menghalang.
"Ehh, sayang demam lagi ni. Tekak sakit lagikan. Kalau marahkan abang pun. Jangan seksa dan sakitkan diri. Minum air lain. Nak minum apa ? Abang bancuhkan ? " aliff memegang tangan armel erat. Gelas itu dirampasnya.
"Dahlah baca diari orang. Mencuri tahu tak ? Tak minta izin. Annoying tahu tak. Dalam tu semua rahsia sayang tahu tak. Abang sengaja ja kan nak baca. Lepastu nak buat apa ? Nak bahan ? Nak ketawa ? Nak bagi tahu satu dunia ? Pasal fobia suntikan pun abang tahu dari situ kan ? Abang memang kan. Memang melampau ! " suara armel naik seoktaf. Thanks antibiotik melegakan demam.
Aliff hanya diam dan menarik nafasnya. Nafas itu dihembus perlahan. Kedengaran azan subuh berkumandang. Aliff mengambil wudhu' dan sempat menyoal armel. " nak solat sekali ? " sungguh lembut suaranya.
Armel hanya membiarkan pertanyaan itu dan sambung membaca novel titian cinta yang baru dibeli." Orang tengah cuti takkan tak tahu. " jelingan maut diberikan.
Penat baca novel dan marah aliff. Dan akhirnya , armel tertidur. Demam belum sepenuhnya pergi dah mula berlagak macam dah sembuh sepenuhnya. Itula , tadi bukan main marah suami. Last-last demam teruk datang balik.
"Demam balik ni. " kain basah diambil dan diletakkan di dahi armel. Kata-kata cinta sempat dibisikkan di telinga armel. Semoga segala api kemarahan dapat dipadamkan segera.
"Mak andak " panggil armel. Aliff yang ada setia di sebelah sengaja diabaikan. Nak minta apa semua dekat mak andak. Suami di sebelah hanya dibiarkan. Rasakan sikit. Sakit hati gila bila orang baca diari tanpa izin.
"Mak andak tengah buat sarapan kat dapur. Sayang nak apa ? Nak abang tolong ? " soal aliff mesra. Rambut ikal mayang armel dielus lembut.
"Tak payah. " armel mengalihkan tubuhnya membelakangi aliff.
"Tak habis lagi ke marahnya sayang ? Cuba sayang cerita dekat abang. Apa yang sayang marahkan sangat ? First abang tahu sebab abang baca diari sayang tanpa izin. Lagi ? Abang dengar okay. Abang ikut apa yang sayang nak buat. Cerita dengan abang okay. Luahkan apa yang sayang rasa. Sayang demam ni , tak elok marah kat suami. Nanti allah marah. Walaupun abang tak pernah ambil hati atas perlakuan sayang , allah tetap murka terhadap hambanya yang derhaka pada suaminya. Abang tak marahkan sayang kalau sayang layankan abang teruk. Abang redha. Sekarang ni abang just nak tahu besar sangat ke salah abang ? "
"Besar sangat. Melukakan hati sayang sangat-sangat. Sakit hati sangat -sangat. Rasa nak bagi penampar je dekat abang. Berdosa tahu tak kalau ambil barang orang tanpa izin. Abang kenapa ya buat macamni. Abang tahu tak sayang paling pantang orang ambil barang tanpa izin. Memang pantang gila. "
"At least abang dah mengaku kan ? Sayang nak baca diari abang ke ? Kita bagi fair and square nak ? Abang ada bawa ni. Penuh dengan rahsia. Sayang baca jela. Sayang ada hak. Like abang. Abang ada hak atas semua diri sayang , kebendaan sayang. Tapi , abang tak kesah kalau sayang persoalkan hak abang. Abang faham. Nak baca tak ? " buku tebal bewarna coklat pastel dihulurkan.
Armel mengambil buku itu tanpa sebarang kata.
Abang.....
Kenapa dengan kandungan diari tu guys ?
Actually dah tiga bab sis tulis. Tapi ada masalah editing. So sis delete terus. Stress nya :(
Thank you guys for your support.
Comment untuk menambahkan semangat menulis sis.
Jangan lupa vote ya sayang.
Kalau rajin tolong promotekan cerita sis. Sis hargai sangat.Love you so much guys.
YOU ARE READING
Sayangku Encik Lesung Pipit
Любовные романы"Kauuu !!! " Jerit Tengku Armel Diana. "Ya sayang , balas Aliff rayyan. Armel terkejut apabila aliff kembali muncul di dalam hidupnya . Apakah yang dilakukan oleh Aliff sehinggakan Armel membencinya separuh mati ? Adakah bahagia milik mereka ? #K...