"Perempuan tak guna. Gatal ! Pisau cukur. Tak cukup satu semua nak. Kau memang lah. Bagus lah kau dengan orang tua tu. Dua kali lima je. Pergi la. Aku tak nak tengok muka kau dah. " dengus aliff kegeraman. Entah mengapa hatinya panas benar melihat syuhada dengan dato kassim. Tak tahu la rasa panas ke rasa sejuk. Patutnya baguslah dengan dato kassim , takdela mengacau hubungannya. Tapi aliff terlalu geram kerana dia sudaj termakan dengan janji palsu syuhada. Dulu bukan main lagi janji dan kata nak berubah. Dusta ! Nasib aku tak makan janji dia.
Armel hanya memandang aliff pelik. Takut jugak rasanya melihat aliff marah sebegini. Habis stereng tu diketuknya. Seram habis. Akhirnya armel berani mengeluarkan seungkap kata bagi menenangkan aliff.
"Abang okay. ? Need some help. ? " soal armel. Zhaf sedang lena tidur dalam pangkuan. Lepas diberikan susu. Kesian zhaf lapar. Baru ingat nak bagi zhaf makan dim sum dekat seoul garden. Next time ya anak mummy. Daddy tiba-tiba bad mood pulak. Zhaf gemar benar makanan etnik cina. Muka macam cina dah ikut mummy.
"No need. Just shut up there. " balas aliff kasar. Maaf sayang. Abang betul takde mood gila ni. I need a space to cool down myself. Bisik aliff didalam hati.
"Kalau abang marah sekalipun , jangan lepas dekat kami please. Sayang rasa abang bukan seorang yang panas baran. Okay , i don't disturb you. " rajuk armel. Earphone disumbatkan ke dalam telinga. Lagu attention dimainkan. Takyah lah nak marah aku. Bukan salah aku pun. Nak lepas marah pergila menjerit ke apa ke. Ni marah-marah orang. Ni mesti ada benda besar yang berlaku hingga dapat rosakkan mood dia 100%.
"Sayang.. Kita nak makan kat mana ? " pujuk aliff mengenangkan ada air mata yang mengalir pada pipi armel. Dia tahu isterinya seorang yang lembut , tambahan lagi apabila ada orang yang meninggikan suara. Mudah sahaja air mata mengalir.
"Jom balik. As you wish. " balas armel. Aish apahal la joox ni keluar lagu sedih-sedih ni. Hati tengah sedih ni , jangan please. Keluar lah lagu kpop ke lagu budak ke. Aduh.
"Sayang... Kita pergi seoul garden balik ya ? Jom kita balik perak. Boleh singgah rumah mak andak. Kita pergi aeon kinta city. Ada seoul garden dekat sana. " pelawa aliff dan terus memandu mengikut laluan lebuh raya. Armel tak tahu yang esok cuti. Seminggu cuti woo. Cuti deepavali yeay. Boleh la berjalan sikit. Hilangkan stress di bandar.
"Mak andak ? Okay " armel merendahkan kerusi untuk tidur. Jauh lagi tu nak ke perak. Tidur sedap ni. At least dapat lupakan apa yang aliff hiriskan hati tadi. Inilah cara armel melupakan sesuatu yang tidak diingini dengan tidur.
"Nak singgah r&r simpang pulai tak ? " soal aliff memandang ke sebelah. Lah tidur rupanya. Ingatkan tidur-tidur ayam. Rupanya tidur mati. Zhafran sudah jaga dan merengek.
Armel terjaga dari tidur apabila mendengar zhafran menangis. Sibuk je aliff ni. Sengih-sengih. Tak pernah nampak orang terlajak tidur gamaknya.
"Jom zhaf , kita jalan-jalan. Nanti zhaf jumpa tok andak okay. Call her tok andak okay sayang. She will love you sayang. " armel membetulkan rambut zhafran. Amboi bila dapat susu , tidur dan habislah kusut rambut sejemput dia tu.
"Okay mummy. But , zhaf too hungry. " balas zhafran memesat matanya dan menguap.
"Tanya daddy. Kalau tak , zhaf dapat makan dim sum tadi. " armel menjeling aliff yang tersengih di sebelah.
"Sorry sayang. Sorry zhaf. Dekat Perak nanti daddy bawa ya. Plus , daddy belanja kereta hot wheels okay. And , untuk sayang. Kita pergi beli kasut gucci okay. " tawar aliff.
YOU ARE READING
Sayangku Encik Lesung Pipit
Romansa"Kauuu !!! " Jerit Tengku Armel Diana. "Ya sayang , balas Aliff rayyan. Armel terkejut apabila aliff kembali muncul di dalam hidupnya . Apakah yang dilakukan oleh Aliff sehinggakan Armel membencinya separuh mati ? Adakah bahagia milik mereka ? #K...