8

16.9K 1K 65
                                    

"Argh!"jerit Ayra kuat apabila seseorang menarik tudungnya kasar dari arah belakang.

Namun belum sempat Ayra membuka langkah Ayra sudah dihempas ke dinding.

"Qhayra Erinna!Lama tak jumpa"ucap
Aina sinis lalu mencengkam pipi Ayra.
Ayra menepis tangan Aina yang mencengkam pipinya.

"Tak hingin pun nak jumpa kau"kata Ayra selamba tanpa menghiraukan perasaan Aina.Ayra terus membetulkan tudungnya yang sudah senget akibat tarikan tadi.

"Heh.Kau ingat aku hingin sangat nak jumpa kau?Aku pun tak hingin nak jumpa kau tau.Aku dah pesan jangan dekatkan diri kau dengan Xmusic tapi kau stay rapat juga.Kau nie memang jenis tak faham bahasa ke apa?Aku sorang je yang boleh rapat dengan Xmusic.Perempuan hodoh macam kau nie tak layak nak rapat dengan Xmusic.Aku saje nak bagitau kau sorang yang aku nie sebenarnya Manager Xmusic cuma aku suruh Xmusic rahsiakan.So jangan kecewa ye.hahaha"ucap Aina panjang lebar sambil tersenyum sinis.

"Pui!dia manager Xmusic!Aku yang tercongok kat depan dia nie siapa?Jangan kecewa konon.Sini Qhayra Erinna nie buat dia kecewa pula'desis Ayra.

"Ehem!Aku bukan nak bangga diri.Tapi aku rasa aku orang pertama yang nampak muka Adam tanpa spec plus aku juga orang yang pertama buka kan spec dia.Hmm aku gembira sangat bila dia tak menolak malah dia bisik kat aku 'thanks dear'.Kau pun sendiri nampak kan dia dengan aku berbisik-bisik.Sorry la aku memang ada niat nak bagi kau kecewa sebab tu aku cerita dekat kau sorang.Hahaha"balas Ayra sinis juga.

Tanpa menunggu lama Ayra melangkah keluar dari tandas.Tapi sebelum Ayra keluar sempat dia berpesan pada Aina.

"Aina bulu mata palsu kau jatuh.Nanti lekatkan balik guna gam gajah supaya tak tanggal-tanggal dah baru meletop gitu!"pesan Ayra lalu keluar dari situ dengan segera apabila melihat Aina seperti menunggu untuk meletop sahaja.

"Ayra!Siap kau!Berani kau!"jerit Aina dari dalam tandas.Sementara itu di luar tandas Ayra sedang bersuka ria menggelakkan Aina.

Tiba-tiba Ayra terlanggar seseorang.

"Aduh!Aduh"kata Ayra sambil menggosok perlahan dahinya yang berlanggar dengan seseorang.

"Kau yang langgar aku"jawab seseorang dengan nada yang tegas plus dingin.

Gulp!

"Hehehe.Sorry tak perasan"balas Ayra

"Mana nak perasan kalau gelak tak ingat dunia.Kalau kau lawan gelak dengan langsuir pun langsuir kalah"kutuk Adam selamba.

'Ehh mamat nie!Aku cakap sorry pun berbunyi lagi!Pang karang baru senyap mulut tu!'desis Ayra.

"Amboi.Sekurang-kurangnya saya lagi lawa dari langsuir tau.Kalau saya langsuir awak tu apa?"marah Ayra.

Belum sempat Adam ingin membalas ada seseorang terlebih dahulu menyampuk.

"Hye Adam"sapa Aina gedik.

'Langsuir sebenar dah muncul bak hang!Hahahaha!Tengok nie Qhayra Erinna nie kena kan langsuir nie!'desis Ayra.

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now