37

14.2K 1K 81
                                    

"Mana Adam weh?!Ayra pun tak nampak"
tanya Eiman apabila mendapati Adam dan Ayra yang duduk di unggun api sudah tiada lagi.

"Kau dah rabun ke?kuatkan power spec"
kutuk Naqif lalu mengambil alih mengintai.Eiman menjongket kening apabila Naqif tersengih-sengih.

Memang betul tiada Adam dan Ayra di tempat tadi.Dengan tiba-tiba khemah mereka berdua bergegar kuat.Muka Naqif sudah berubah pucat.

"Weh!Gempa bumi!Selamatkan diri!"gesa Naqif sambil mengoncangkan tubuh Eiman yang berada di sebelahnya.Tanpa menunggu lama Eiman ...

Pang!

"Mulut kau jangan celupar sangat boleh tak?!Kang betul-betul gempa bumi baru tahu.Angin kuat sangat kut dekat luar.
Positif la Naqif"kata Eiman geram.

Terus terdiam Naqif dibuatnya.Naqif memandang ke belakang dia melihat ada bayang-bayang hitam di belakang khemah.
Naqif menepuk bahu Eiman.

"Eiman aku rasa bukan angin yang gegarkan khemah ni.Aku rasa benda lain yang gegarkan ni.Aku tak sedap hati Eiman.Kau tengok tu"kata Naqif gagap.

Naqif menunjukkan Eiman bayang-bayang yang dilihatnya tadi.Namun bayang tersebut hilang bila Eiman menoleh untuk melihat.

"Kau tipu aku?Mana ada apa-apa"marah Eiman.Dah dia tengah kuatkan iman dari fikir yang bukan-bukan tapi si Naqif ni main-main pula!

"Banyak kali ke aku tipu kau?Aku tak buta lagi.Aku nampak dengan jelas bayang tu dekat situ tapi bila kau tengok bayang
terus hilang!"balas Naqif geram.

Khemah kembali bergegar kuat.Riak wajah Eiman dan Naqif sudah berubah cuak.
Bukan angin kuat lagi ni!Mesti benda tu yang kacau confirm!

Korang bukan dalam novel seram gais!

"Kita kena pergi tengok.Jom!"ajak Eiman.

"Aku tak nak!Kau pergi la!Aku tunggu"
balas Naqif takut.Laju sahaja Naqif menggelengkan kepala.Eiman sudah menjulingkan mata.

"Ahh!Tak ada!Kau ikut aku sekali!"kata Eiman lalu menarik baju Naqif.Naqif sedaya upaya melepaskan pegangan Eiman pada bajunya.

"Aku tak nak!Mama!Tak nak!"balas Naqif sambil menepis-nepis tangan Eiman.
Eiman yang tidak tahan dengan perangai
terus ...

Pang!

"Kau boleh diam tak?!Ikut aku!"marah Eiman.Terus terdiam Naqif dibuatnya.
Dengan terpaksa Naqif mengikuti langkah Eiman.

"Tak ada apa-apa pun"kata Eiman apabila belakang khemah mereka tiada apa-apa.
Naqif menarik nafas lega kerana bukan ada hantu seperti disangka.

Sebaik sahaja mereka menoleh belakang
tiba-tiba ada satu kelibat melintas dengan laju.Mereka berpandangan antara satu sama lain.

"Kau nampak apa aku nampak?"bisik Naqif takut.Eiman mengangguk tanda dia nampak apa yang Naqif nampak sebentar sahaja tadi.

"Kau jangan la pegang bahu aku kalau takut sekali pun.Berat doh tangan kau"
marah Eiman perlahan sambil menepis tangan Naqif di bahunya.

"Kau pun pegang bahu aku apa citer!"
balas Naqif geram turut menepis tangan Naqif.Tidak lama kemudia mereka memandang tangan masing-masing.

"Mama!"jerit Eiman dan Naqif serentak lalu berlari masuk ke dalam khemah Razif dan Zarif.Kembar yang sedang tidur terkejut dengan kedatangan mereka berdua.

"Korang berdua dah kenapa?!"marah Zarif apabila tidurnya diganggu.Razif pula masih mamai tidak mampu memarahi kawannya lagi.

"Ada hantu!Aku tak tipu!"beritahu Eiman gagap.Zarif dan Razif sudah bantai gelak.
Naqif yang menggigil satu badan sudah sorok badan dalam selimut Razif.

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now