19

14.8K 939 50
                                    

Ting!Tong!

"Sesiapa pergi la buka pintu"arah Eiman sesuka hati.Cengkerik menguasai suasana!Krik!Krik!

"Semua pemalas.Kena aku juga yang pergi buka pintu.Contoh la sikap rajin aku nie jangan jadi malas"kata Eiman.

"Setakat buka pintu.Coco pun pandai.Kau yang paling pemalas dalam Xmusic tau.Baru pergi buka pintu dah nak bangga diri"kutuk Naqif.

Eiman hanya mencebik mendengar kawannya sendiri mengutuk dirinya.Eiman membuka pintu untuk melihat gerangan yang berada di luar.

Semua tergelak mendengar kutukan Naqif kepada Eiman tetapi suasana yang ceria tiba-tiba menjadi senyap apabila melihat gerangan yang melangkah masuk ke dalam bilik Xmusic.

Eiman yang berada di belakang gerangan tersebut sudah menelan air liur.Xmusic cepat-cepat bangun lalu menyalam Datin Yuhaira!

Ayra yang tidak menahu apa-apa turut menyalami Datin Yuhaira.Ayra yakin Datin Yuhaira ini mesti ibu tiri Adam apabila melihat Adam seorang sahaja tidak bangun untuk menyalam Datin Yuhaira.

"Siapa nie?"tanya Datin Yuhaira lemah lembut kepada Xmusic.Sebelum ini ketika dia melawat Xmusic tiada pula pelajar perempuan di dalam bilik ini.

"Razif kenal kan dekat aunty ini ialah Qhayra Erinna.Ayra nie manager kitaorang aunty"jawab Razif sekali gus memperkenalkan Ayra kepada Datin Yuhaira.

Datin Yuhaira mengangguk faham.Ayra hanya mampu senyum tawar kerana hatinya geram dengan perangai Adam yang tidak tahu hormat kan orang!

'Nak je aku cekik-cekik Adam nie!Orang punya berbual dekat sini dia boleh pula tengok Go Shop!Apa yang nak dibeli entah la!'desis Ayra.

"Aunty datang nie nak bagi hoodie limited edition.Aunty suruh kawan aunty beli kan sebab dia pergi Jepun.Tapi Ayra punya tak ada lain kali aunty bawa hadiah untuk Ayra okey"
balas Datin Yuhaira mesra.

Ayra mengangguk faham.Dia tidak kesah sebenarnya dapat atau tidak.Datin Yuhaira menyerahkan satu beg kertas yang berisi hoodie kepada setiap ahli Xmusic.

Datin Yuhaira duduk di sebelah Adam.Tidak terlalu dekat kerana Datin Yuhaira tahu anak tirinya ini tidak suka dengan dirinya.

"Adam nie mama beli kan hoodie limited untuk Adam.Nanti Adam boleh pakai.Mama beli kan warna hitam untuk Adam sebab warna hitam warna fav Adam kan"kata Datin Yuhaira memulakan perbualan.

Adam tersenyum sinis mendengar Datin Yuhaira menggelar dirinya mama.Adam dengan sengaja menepis beg kertas yang berada di tepinya.

Xmusic dan Ayra terkejut dengan tindakan Adam yang menepis beg kertas itu jatuh tepat pada kaki Adam.
Ayra sudah berangin satu badan melihat perangai Adam yang sangat kurang ajar!

Datin Yuhaira masih tersenyum walaupun hatinya sakit melihat pemberian ikhlasnya di tepis begitu sahaja.

Belum sempat Datin Yuhaira ingin menunduk untuk mengambil.Ayra terlebih dahulu melutut di hadapan Adam untuk mengambil beg kertas itu.

Adam terkejut melihat Ayra yang mengambil beg kertas itu bukan Datin Yuhaira.Tapi disebabkan ego Adam mengawal rasa terkejutnya dan membiarkan.

Bush!

Ayra pula dengan sengaja mencampak beg kertas itu kena pada dada Adam.Xmusic dan Datin Yuhaira tersentak.

"Ayra kenapa buat Adam macam tu?"
tegur Datin Yuhaira sambil menenangkan Ayra yang sudah merah padam.Bukan Ayra sahaja Adam yang duduk tadi turut berdiri dengan muka yang tegang.

"Sekejap ye aunty"balas Ayra lalu bertentang mata dengan Adam.Adam masih mampu mengawal kemarahannya terhadap Ayra.

"Kenapa kau kurang ajar sangat dengan mama kau?.Aku perhatikan kau daripada tadi.Kau langsung tak salam mama kau apatah lagi tegur mama kau!"marah Ayra.

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now