62

15.7K 937 90
                                    

" Adam ! " panggil Ayra , pada Adam yang tidak jauh di hadapan . Adam yang tidak mendengar panggilan Ayra hanya meneruskan langkahnya.

"Adam Luthfi " panggil Ayra lagi separa lantang . Masih tidak didengari oleh Adam . Sebenarnya dia ingin memberitahu Adam bahawa dirinya sudah penat.

Bayangkan sudah sembilan pusingan , tapi tiada tanda - tanda Adam akan berhenti mahupun ingin minum air sebentar . Hanya Ayra yang merasa penat.

Adam pula kelihatan masih bertenaga walaupun wajahnya sudah berjuraian dengan peluh serta baju yang sudah basah dengan peluh itu.

Ayra duduk sebentar di kerusi yang terdapat di taman itu sebentar . Rasa nak tanggal lutut ikut Adam jogging . Ayra mengelap peluh di dahi menggunakan tuala kecil .

" Muka hensem tapi sayang pekak . Pekak pun suami kau juga " gumam Ayra geram sebelum menyambung melangkah mengejar Adam yang jauh di hadapan .

Ayra yang ingin memanggil Adam  terhenti apabila melihat Iela dan Aina sedang berbual dengan Adam . Sekali pandang macam kena roadblock pun ada juga .

Ayra berpusing untuk menjauhi mereka agar Iela dan Aina tidak sedar kewujudannya . Namun nasib tidak menyebelahi dirinya apabila orang belakang merempuh Ayra .

" Aduhh! " desis Ayra perlahan apabila lutut dan tapak tangannya bergesel dengan permukaan jalan itu manakala orang yang melanggarnya hanya statik berdiri.

" Cik okey ke ? " tanya lelaki yang melanggar dirinya sebentar tadi dan mencari wajah Ayra yang tunduk sedari tadi . Ayra bangun terlebih dahulu .

Ayra terkedu apabila mendapati Azam yang melanggarnya sebentar tadi . Dari senyum sinis di bibir Azam , Ayra dapat teka bahawa Azam sengaja melanggarnya.

" Kau ingat lepas aku tergolek macam duyung terdampar , kau rasa aku okey ke sekarang ? Otak mana otak ?! " marah Ayra pada Azam .

Kali ini Azam pula terkejut apabila dimarahi Ayra ditempat awam mungkin selama ini dia tidak dapat lihat sisi Ayra yang di hadapannya ini.

" Woah ! Aku tak sengaja " balas Azam .

" Pale hotak hang tak sengaja ! Aku dah lama berhenti hang tau dak ! Hang yang sengaja nak langgaq aku ! " kata Ayra geram . Kemarahannya di kawal.

" Tak ..."

" Aku tak nak dengar kau cakap , kalau bunuh tak salah . Kau orang pertama aku bunuh , dengan betina hang ! " balas Ayra sambil jari ditunding di hadapan Azam.

Ayra melangkah meninggalkan Azam , kali ini Ayra mengambil keputusan untuk lalu di hadapan Adam dan Iela serta Aina . Dekat sikit jalan dari patah balik !

" Adam , u datang seorang ? " tanya Iela apabila tidak melihat kelibat Xmusic . Aina juga mengangguk , dirinya juga tidak melihat sesiapa bersama Adam .

" Hurm " balas Adam dingin . Aina yang melihat layanan dingin Adam terus menarik tualan kecil di leher untuk mengelap peluh di muka Adam .

" Auww ! " adu Aina apabila tangannya dirempuh oleh seorang perempuan dan menyebabkan tuala kecil dalam genggaman terlepas .

Ayra sengaja merempuh tangan Aina yang ingin mengelap muka Adam . Nampaknya mereka berdua tidak sedar kewujudan dirinya tadi. Ayra hanya terus melangkah.

" Hey ! Tak reti minta maaf ke ?! " marah Aina apabila orang yang melanggarnya tidak meminta maaf langsung.Ayra mengendahkan marahan Aina.

Adam kenal susuk tubuh perempuan yang lalu di hadapan mereka iaitu Ayra namun yang menarik perhatiannya ialah cara Ayra berjalan yang terhinjut.

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now