88

7.9K 628 13
                                    

Kini semua pelajar tingkatan 5 seluruh Malaysia sedang menghadapi peperiksaan besar mereka iaitu SPM . Termasuk Xmusic dan Ayra yang membuat persediaan sehingga minit yang terakhir .

" Waktu menjawab tinggal 10 minit sahaja lagi . Sila periksa nama dan nombor kad pengenalan serta jawapan kamu " beritahu ketua pengawas kepada pelajar-pelajar.

Ayra menoleh ke kanan melihat Naqif yang tampak tenang menjawab soalan . Dia menoleh ke arah kanan pula , matanya bertembung dengan mata Adam .

Pantas dia menunduk kembali dan menyemak jawapannya buat kali terakhir . Hari ini merupakan kertas terakhir iaitu subjek biology sebelum mereka semua bebas.

Sepuluh minit telah berlalu , kini seorang demi seorang pelajar mula keluar mengosongkan dewan peperiksaan . Kedengaran teriakan dari luar dewan .

" Merdeka !! " jerit Naqif lantang diikuti dengan pelajar-pelajar lain . Ayra yang baru keluar dari dewan hanya menggeleng kepala . Beria betul Naqif ni .

" Argh ! Bestnya ! Dah habis spm " ujar Eiman teruja mengenangkan mereka semua telah habis persekolahan di sekolah menengah . Lepas ni boleh enjoy !

" Jauh lagi perjalanan mu anak muda " sampuk Zarif sambil menepuk perlahan bahu Eiman . Baru habis spm , jauh lagi perjalanan mereka yang akan ditempuhi .

" Sibuk la kau " balas Eiman . Dia menjeling sekilas melihat Razif yang senyap berdiri di sebelah Ayra . Mata Razif ralit memerhati rakan-rakan lain bersorak gembira .

" Assalammualaikum Ayra , Xmusic " sapa Annisa sopan . Dia dan Lynn keluar sedikit lewat dari bilik peperiksaan . Ayra dan Xmusic menoleh ke arah wanita itu .

" Macam mana senang ke tadi ? " tanya Zarif kepada kedua-dua wanita itu .

" Boleh tahan la , ada susah . Ada senang " jawab Lynn lalu merapati kekasih hatinya .

Annisa mengangguk setuju .

" Dah alang-alang semua ada , apa kata kita tangkap gambar buat kenangan ? " cadang Ayra menyuarakan pandangan . Bukan selalu dapat bergambar bersama-sama.

Sekeliling Xmusic sudah berkumpul pelajar-pelajar perempuan yang ingin menangkap gambar bersama Xmusic . Maklumlah hari terakhir persekolahan .

Mereka mengangguk setuju dengan cadangan Ayra . Annisa yang berdiri di sebelah kiri Ayra ditolak ke arah Razif yang berdiri di sebelah kanan Ayra .

Razif memegang lengan Annisa apabila melihat wanita itu tidak stabil apabila ditolak perlahan oleh Ayra . Annisa menunduk sedikit tanda terima kasih . Razif hanya mengangguk.

" Kau tolak aku kenapa ?! " bisik Annisa.

" Sepatutnya kau kena ucap terima kasih dekat aku " balas Ayra perlahan .

Annisa menjeling Ayra geram .

" Satu , dua , tiga . Senyum " ucap pelajar lelaki yang memegang telefon Eiman untuk menangkap gambar mereka . Pelajar lelaki itu mengangkat wajah .

" Yang belakang tu rapat sikit " tegur pelajar lelaki itu apabila melihat ruang besar diantara Razif dan Annisa . Tanpa bunyi , Razif merapatkan diri dengan Annisa .

Annisa menahan nafas apabila terasa dada Razif bertemu dengan bahunya .

" Okey , tengok sini "

Klik !

" Dah " pelajar lelaki itu memulangkan kembali telefon bimbit milik Eiman itu . Sedang khusyuk mereka meneliti gambar yang ditangkap tadi . Seseorang menegur mereka .

" Err assalammualaikum " tegur Azam dan Aina serentak diikuti Iela yang melangkah di belakang . Iela melangkah mendekati Naqif yang melambai ke arahnya .

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now