47

13.9K 920 38
                                    

"Pengecut.Kalau kau nak perempuan tu kau lawan basketball dengan team aku pukul 2 petang.Kau tak datang dia milik aku"ucap Azam sinis.

Adam menahan dirinya dari melayang penumbuk pada Azam.Adam menarik nafas dan hembus beberapa kali bagi menenangkan dirinya.

"Aku tak berminat"balas Adam dingin.Dia memandang Ayra sekilas yang tidak senang duduk sambil memejamkan mata sejak dirinya dan Azam berbalah.

"Kenapa?Kau takut kalah dengan aku?Tak sangka pula dengan semudah tu nak dapat bekas kau.Kalau aku tahu semudah tuh dah lama aku minta"perli Azam.

Adam mencengkam kolar kemeja sekolah Azam sejurus Azam selesai berkata-kata.Xmusic menenangkan Adam agar tidak mencederakan Azam.

"Manusia spesis kau memang tak boleh tengok orang bahagia.Kenapa kau nak ambil milik aku sedangkan kau dah ada milik kau sendiri?"kata Adam sinis.

Riak wajah Azam berubah mendengar kata-kata Adam.Dia dapat tangkap maksud Adam.Azam yang melihat senyuman sinis Adam lalu mengenggam penumbuk.

"Apa nama cikaro kau?Sha.."belum sempat Adam ingin menghabiskan kata-katanya.Azam terlebih dahulu memintas dengan merentap tangan Adam.

"Kau jangan berani nak hebohkan pasal aku dengan dia kau ingat tu!Jangan ingat aku takut dengan kau"ugut Azam lalu beredar dari situ.

"Muka tak hensem ada hati nak ugut Adam.Kalau aku dekat tempat Adam,dah dapat sebiji penumbuk budak Azam tuh"bebel Naqif geram.

"Kau marah sangat ni kenapa?"tanya Razif.

"Budak tu lah yang buat muka aku macam nie.Nasib baik hensem lagi boleh cari makan.Kalau tidak,aku simbah asid kat muka dia pula"jawab Naqif.

Zarif dan Eiman hanya menggeleng kepala mendengar bebelan Naqif.Adam dapat lihat tangan Ayra menggigil mungkin takut dirinya bergaduh dengan Azam.

Mata Ayra masih tertutup sejak Adam dan Azam mula berbalah.Lynn dan Annisa masih menenangkan Ayra.Adam memberi isyarat pada Xmusic dan kawan Ayra.

Mereka mengangguk faham.Xmusic meminta peminat mereka beredar dengan kadar segera.Adam duduk di hadapan Ayra sambil menongkat dagu.

Lynn dan Annisa sudah beredar dari situ.Ayra tidak sedar dengan situasi sekarang bahawa kawannya tiada lagi di meja itu.Hanya Adam dan dirinya di meja.

"Lynn,Azam tumbuk Adam tak?"tanya Ayra sambil kedua-kedua tapak tangannya menutup mata.Adam menahan senyum mendengar pertanyaan tersebut.

Adam mendiamkan diri tidak menjawab pertanyaan Ayra.Ayra menggunakan sebelah tangannya meraba ruang sebelah di mana Lynn duduk di situ tadi.

"Annisa,mana Lynn?Kenapa senyap?"tanya Ayra tidak puas hati apabila tiada siapa menjawab pertanyaannya.Perlahan-lahan Ayra membuka matanya.

Pandangan redup Adam menyapa pemandangan Ayra.Ayra terkedu dengan renungan Adam yang tidak dingin seperti biasa.Melt!

"Azam ada tumbuk kau?"tanya Ayra risau.Matanya menjalankan tugas menilik wajah Adam sekiranya ada kesan tumbukan dan seangkatan dengannya.

Adam hanya menggeleng sebagai jawapan pada pertanyaan Ayra.Ayra memberi isyarat agar Adam menoleh ke kiri dan kanan agar dapat menilik wajahnya dengan teliti.

Tanpa banyak bunyi,Adam mengikut arahan tersebut.Ayra mengangguk tanda berpuas hati.Ayra terlupa dengan pandangan peminat Adam yang berada di kantin

"Makan cepat nak habis rehat"arah Adam mendatar lalu menolak pinggan Ayra rapat pada tuannya.Ayra mencapai sudu lalu menyambung makan.

Habis sahaja waktu persekolahan,seperti biasa Ayra menuju ke bilik Xmusic.Namun gerak hatinya merasakan seseorang mengekori dirinya dari belakang.

Ayra menoleh ke belakang.Sunyi tiada siapa di belakangnya.Ayra kembali melangkah.Kali ini langkahnya menjadi lebih laju dari tadi.

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now