15

16.6K 1.2K 43
                                    

Pada pagi esoknya.Ayra turun ke bawah dengan terhinjut-hinjut memandangkan kakinya belum sembuh sepenuhnya.

Semua sudah duduk bersarapan.Mata uminya tidak lepas dari memerhati anak daranya yang seorang itu.

"Macam mana boleh injured Ayra?Ayra tahu tak umi risau bila Angah bagitau umi yang Ayra injured sampai kaki berbalut macam tu"bebel Umi.

"Nak buat cam mana umi.Dah takdir Ayra jatuh masa berlari tu.Ala sikit je nie.Sikit lagi sembuh la"jawab Ayra selamba.

"Sikit apa nya?Tengok dahi Ayra tu.Tengok tangan nie.Tengok kaki tu!Sikit ke.Dulu masa kecik nyamuk pun umi tak kasi gigit kamu"balas Umi tegas.

Baba,along dan angah hanya memerhati tidak mahu masuk campur.Ada benar kata uminya.

"Umi benda dah jadi pun kan.Nak buat macam mana.Umi jangan la marah Ayra"ucap Ayra sebak apabila nada suara uminya bertukar tegas.

Apabila melihat anaknya seperti akan mengalirkan air mata.Baba turut masuk campur.

"Bila umi cakap jangan .."belum sempat uminya ingin memarahi Ayra lagi tiba-tiba Baba menyampuk.

"Uminya pun sudah la tu.Saya tahu awak risau kan anak awak.Tapi betul kata anak awak tu.Benda dah jadi nak buat macam mana"kata baba lembut.

Semua terdiam apabila baba sudah masuk campur.Ayra mengenyitkan mata ke arah babanya.Baba tersenyum melihat telatah anak bongsunya.

Pin!Pin!

"Pergi sekolah cepat Ayra.Kawan kamu dah sampai tapi kenapa kereta kawan kamu dah lain?"tanya Baba pelik.

Uminya turut pelik melihat kereta lamborgini bewarna putih sedang berhenti di hadapan rumah mereka.

'Mampus!Kenapa Adam boleh ada dekat depan rumah aku!Kenapa bukan lynn dengan Annisa?Jangan la angah bersuara'desis Ayra.

"Itu bukan Adam ke?Yang hantar Ayra balik semalam.Betul tak along?Kereta yang sama kan"kata Angah tiba-tiba.

Along menganggukkan kepala.

Gulp!

Belum sempat umi bertanya lebih lanjut.Adam sudah memberi salam dari luar.Baba dan Umi membuka pintu.

"Waalaikummussalam"jawab Umi dan Baba serentak.Mereka berdua menghadiahkan sebuah senyuman kepada Adam.

"Saya Adam Luthfi.Kawan Ayra.Saya nak minta izin pakcik dan makcik untuk hantar Ayra ke sekolah"ucap Adam terlebih dahulu.

"Tak payah la panggil pak cik dan mak cik panggil baba dengan umi.Rasa tua sangat pula bila kamu panggil kami berdua pak cik dan mak cik"balas umi selamba.

Sebernanya pertama kali dia melihat Adam tadi.Hatinya sudah terpaut dengan budi bahasa dan keberanian anak muda itu.

Sementara itu along,angah dan Ayra sudah melopong mendengar balasan dari umi mereka.

"Betul tu Adam.Panggil je baba.Baba izinkan kamu hantar Ayra tapi baba nak minta tolong kamu tengok-tengok kan Ayra nie"minta baba.

Bertambah terlopong along,angah dan Ayra apabila baba sendiri bahasakan dirinya baba di hadapan Adam.

"Baik la Baba.Terima kasih.Baba dengan Umi jangan risau pasal Ayra.Adam akan jaga dia.Ayra jom"balas Adam lalu menyalam tangan Baba,Umi,Along,dan Angahnya.

Adam membawa beg sekolah Ayra memandangkan Ayra belum sembuh sepenuhnya.

Ayra menyalam ahli keluarganya lalu masuk ke dalam lamborgini milik Adam.

"Apa niat kau sebenarnya?"tanya Ayra sebaik sahaja kereta Adam meluncur laju menuju ke sekolah.

Adam menjadi dirinya semula.Dingin dan pendiam.Adam tidak menjawab soalan Ayra.

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now