86

9.4K 721 79
                                    

" Unna sakit . Unna sakit kanser , Razif "

Terlepas pegangan Razif pada bahu wanita itu selepas mendengar pengakuan yang amat mengejutkannya . Tidak mungkin , Razif menggeleng kepala tidak percaya .

" Apa Unna merepek ni ? Kalau Unna tak suka Razif sekali pun . Jangan nak tipu Razif dengan penyakit macam ni " kata Razif tidak mahu percaya dengan kata-kata Unna .

Air mata yang mengalir pada pipi , disapu kasar oleh Unna. Dia menghadap Razif yang duduk di bahagian pemandu dan sedang merenung wajahnya tidak lepas daripada tadi .

" Unna tak tipu , Unna memang hidap kanser . Dah dua tahun " balas Unna cuba menyakinkan Razif dengan pengakuannya . Dia tahu Razif sukar untuk menerima .

" Ya allah " gumam Razif perlahan , tidak sangka dengan berita yang dia terima malam ni . Razif menekup muka pada stereng kereta , menyembunyikan riak wajah.

" Kenapa Unna tak bagitau Razif lebih awal ? Kenapa ? Kalau Razif tahu Unna sakit dekat luar negara sana , Razif boleh fly la pergi sana " ucap Razif kesal .

Razif merasa kecewa dengan sikap Unna yang tidak memberitahu penyakit yang dihidap oleh wanita itu kepadanya lebih awal . Dia sanggup lakukan apa sahaja .

" Sebab Unna nak Razif lupakan Unna " perlahan suara milik Unna menutur kata-kata tersebut . Wajahnya yang pucat cuba diberanikan untuk menentang Razif .

Razif mengangkat wajah .

" Unna dah tak sayang Razif ? " tanya Razif dengan suara yang sudah serak menahan perasaan . Unna menggigit bibir tidak mahu menangis lagi . Dia tekad dengan keputusannya .

Unna menggeleng kepala .

" Kalau itu yang Unna minta , Razif tunaikan . Razif akan hantar Unna balik sekarang " balas Razif kecewa . Stereng kereta digenggam erat , mengumpul kekuatan .

Unna memalingkan wajah memandang ke luar , sakit di hatinya . Tidak dapat diungkap dengan kata-kata . Biarlah kalini dia undurkan diri , dia tidak mahu Razif kecewa lagi sekali .

Sementara itu , di rumah banglo milik ibu bapa Razif dan Zarif . Zarif sedang menanti kepulangan adik kembarnya dengan penuh sabar di muka pintu rumah .

" Mana pula mamat ni ? Dah pukul 1 pagi tak sampai rumah lagi " bebel Zarif sendirian . Mujur ibu bapa mereka ada kerja di luar kawasan . Tak lah kantoi Razif balik lewat .

Baru sahaja Zarif ingin membuat panggilan , enjin kereta milik Razif sudah berderum masuk ke dalam kawasan rumah mereka . Razif menutup pintu kereta kasar .

" Woi samdol , kau pergi mana ? Lewat sangat balik " tegur Zarif sebaik sahaja Razif mendekati . Soalan Zarif dibiar sepi oleh Razif , bahu Zarif dilanggar kasar .

" Dah kenapa adik aku ni ? Kena sampuk ke ? " gumam Zarif apabila Razif sudah mendaki anak tangga ke tingkat atas . Perangai Razif seperti ini sudah lama tidak muncul sejak 4 tahun lepas .

Pranggg !

Membulat mata Zarif mendengar pecahan kaca dari tingkat atas , bukan itu sahaja bunyi barang-barang di lempar ke lantai juga . Tidak menunggu lama , Zarif berlari menuju ke bilik Razif .

" Razif ! Bukak pintu ni ! " jerit Zarif dari luar pintu . Tombol pintu bilik Razif dipulas berkali-kali tapi tidak berjaya . Pintu kunci ! Pintu itu diketuk bertalu-talu oleh Zarif .

" Razif ! Bukak pintu ni !! Kau jangan buat aku risau macam ni ! " kalini suara Zarif lagi kuat dari tadi . Bibik yang sudah tidur turut menjengah ke tingkat atas .

" Bik ! Pergi ambil kunci pendua " arah Zarif tegas sambil tangannya tidak berhenti cuba membuka pintu tersebut . Jantungnya berdegup laju , bimbang Razif cederakan diri sendiri .

" Razif , bukak pintu la bodoh !! " marah Razif apabila semakin kuat kedengaran barang yang dilempar dan dipecahkan oleh Razif dari dalam bilik .

" Tuan , nah " kelam kabut bibik menyerahkan kunci pendua kepada anak majikannya . Zarif terus cuba membuka pintu bilik Razif menggunakan kunci pendua .

Klak! 

Zarif terkaku di hadapan bilik Razif yang sudah bersepah dengan barang-barang yang dilempar oleh Razif . Telefon bimbit milik Razif juga sudah berderai di lantai .

" Bibik boleh masuk tidur dulu " arah Zarif kepada bibik yang juga terkejut melihat keadaan bilik Razif . Bibik hanya mengangguk faham dan berlalu turun ke tingkat bawah.

Zarif melihat Razif yang masih belum berhenti melempar barang dan di tangan kembarnya itu ada bingkai gambar yang memaparkan Razif bersama Unna .

Prangg !

Zarif menutup mata , jujur dia juga takut untuk menghadap Razif dalam emosi yang tidak stabil seperti ini . Lebih banyak bingkai gambar yang dicampak oleh Razif.

" Argh ! Kenapa kau buat aku macam ni ?! "

" Kenapa ? Kenapa dia tak suka aku , Zarif ? " jerkah Razif melepaskan amarah yang disimpannya daripada tadi . Darah yang menitik daripada luka di tangannya dihiraukan .

Sakit di hatinya melebihi luka itu .

" Razif Zaidan " seru Zarif cuba menenangkan Razif terlebih dahulu . Razif sudah terduduk di tepi katil dengan lutut yang dirapatkan ke dada . Perlahan-perlahan Zarif mendekati Razif.

" Dia tak suka aku , dia tak sayang aku . Kenapa dia berubah ? Aku tunggu dia lama , Zarif . Empat tahun . Aku kunci hati aku untuk dia . Tapi kenapa dia buat aku macam ni ? "

" Apa kurangnya aku ? Tak cukup lagi ke penantian aku selama ni ? Apa salah aku dekat dia , Zarif ? " tangis Razif teresak , mukanya ditekupkan ke lutut .

Terhinjut-hinjut bahu Razif menangis . Zarif yang duduk di sebelah Razif sudah menarik kembarnya ke dalam pelukan . Belakang tubuh Razif ditepuk perlahan .

" Kau tak salah , bukan salah kau " pujuk Zarif . Hatinya turut sakit melihat Razif yang menangis hanya kerana seorang wanita . Pelukan semakin dieratkan .

" Cukuplah kau salahkan diri kau selama empat tahun ni . Adik aku tak salah , dah jangan nangis . Aku kan ada " ucap Zarif memberi semangat . Baju di bahagian bahu yang basah dibiarkan .

" Dia sakit kanser dan dia tak suka aku dah , Zarif " beritahu Razif apabila dirinya sudah sedikit tenang . Zarif menolak tubuh Razif , terkejut dengan berita tersebut .

" Kanser ? " tanya Zarif terkejut.

Razif mengangguk dan kembali menunduk . Gambar dirinya dan Unna yang terdampar di hujung kakinya dicapai . Dia mengusap perlahan pada wajah wanita itu.

" Aku.."

Razif berhenti seketika . Dirinya ketika ini cukup rapuh sama seperti ketika Unna tinggalkan dia dahulu dan Zarif juga yang berjaya menenangkan dirinya .

Bahu Razif ditepuk perlahan oleh Zarif .

" Jangan paksa diri kau . Kau boleh cerita esok lusa " beritahu Zarif lembut . Dia menjeling kepingan gambar yang dipegang oleh kembarnya itu . Kuat betul penangan Unna Waisyah kepada Razif .

" Aku akan berhenti berharap dekat dia , Zarif " lemah Razif menutur kata-kata tersebut sekali gus mengoyakkan kepingan gambar di tangannya . Kepingan itu dipandang sepi oleh kedua-dua lelaki itu.

Selamat tinggal , Unna .














Assalammualaikum semua , siapa yang  sedih-sedih tu ? haha . So yah , seperti yang anda semua pilih (╥﹏╥).

Selamat berpuasa ♡

Jangan lupa comment and vote okie !

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now