53

13.8K 942 72
                                    

"Tak nak!"jawab Ayra dan Adam serentak.

"Ha dah tuh jangan bergaduh malu sikit dengan Hana,gaduh macam budak kecik.Macam mana la nanti tidur sebantal"usik Baba sengaja menghangatkan suasana.

"Buat apa tidur sebantal.Adam kan kaya nanti dia beli banyak bantal tak payah kongsi.Sekarang banyak promosi bantal murah-murah"balas Ayra selamba.

Semua tergelak mendengar balasan Ayra.
Baba hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah anak daranya yang sorang ini.Mereka menyambung makan kembali.

Selesai sahaja makan malam,Hana mengajak Ayra naik ke tingkat atas memandangkan keluarga mereka sedang seronok berbual di bawah.

"Ini bilik Hana!Lawa tak?"ucap Hana sebaik saja mereka berdua melangkah masuk ke dalam bilik Hana yang penuh dengan warna pink.

Ayra mengelipkan mata beberapa kali.Mungkin dirinya yang alergik dengan warna pink membuatkan matanya sakit apabila melangkah masuk ke dalam bilik Hana.

"La..wa.Semua pink.Wow!"balas Ayra separa ikhlas.Hana tergelak melihat reaksi Ayra sebaik sahaja masuk ke dalam biliknya.Hana tidak terasa dengan reaksi tersebut.

"Sebelum kita lepak kat sini.Hana nak tunjuk bilik Abang Daniel dengan Abang Adam.Nanti takdelah Kak Ayra blur"kutuk Hana selamba.

Ayra mengangguk faham.Ayra hanya mengikuti langkah Hana di hadapannya.Hana terus membuka pintu bilik di hadapannya tanpa mengetuk terlebih dahulu.

"Ada apa Hana?"tanya Daniel lembut,tidak mengangkat wajah masih khusyuk membuka butang kemeja yang dipakainya tadi untuk memakai pakaian lebih selesa.

Ayra terkaku melihat susuk tubuh yang menjadi idaman setiap para gadis.Putih,paling penting aset dekat perut tuh!6 ketul perfect!Hana sudah gelabah.

"Ada Kak Ayra lah Abang Daniel"tegur Hana serba salah.Daniel terus mengangkat wajah,benar kata Hana ada Ayra di belakang yang merenung susuk tubuhnya.

"Puas tengok?"usik Daniel.

Ayra bagaikan tersedar memandang wajah Daniel.Hana menahan gelak melihat wajah bakal kakak iparnya sudah memerah.Rezeki tak apa!

"Kita pergi bilik lain la"ucap Ayra gagap lalu menarik tangan Hana keluar dari bilik Daniel.Ayra sudah menggeleng kepala kesal dengan sikapnya.

"Jom pergi bilik Abang Adam!"kata Hana lalu menarik tangan Ayra perlahan menuju ke bilik Adam yang agak jauh daripada bilik Hana dan Daniel.

Kali ini Hana ketuk bilik terlebih dahulu.Apabila tiada sahutan dari dalam,Hana dan Ayra membuat pilihan untuk terus masuk ke dalam bilik Adam sahaja.

"Fuhh!"Ayra menghembus nafas lega apabila tiada lagi aksi bawah umur di dalam bilik Adam.Bayangan Adam juga tidak kelihatan.Sunyi sepi sahaja.

"Boleh lawat la bilik nie.Sebab tak lama lagi jadi bilik Kak Ayra juga.Hana nak pergi tandas.Dari tadi tahan.Kejap tau.Kak Ayra jenguk la apa yang patut"ucap Hana.

Ayra mengangguk faham.Keluar sahaja Hana daripada bilik Adam,Ayra terus duduk di atas katil besar Adam.Ayra kagum dengan kualiti katil tersebut.

"Wah!Melantun balik!Wuhuu!"

Ayra menuju ke ruang pakaian yang terdapat di dalam bilik Adam.Semuanya teratur dan kemas.Dalam masa yang sama kelihatan jarang diusik.

"Susun ikut warna.Kemas.Perfect!"

Kini Ayra menuju ke ruang meja kerja Adam.Semua teratur rapi,tidak bersepah di sana sini.Ayra mencalit jarinya di permukaan meja kerja Adam.

"Tak ada habuk!Bagus!"

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now