32

14.8K 919 56
                                    

Mereka semua sudah tiba di tempat perkhemahan selepas dua kali berhenti di tempat rehat.Akhirnya sampai juga.Cikgu Vivy menyuruh kejut patner bangun.

"Ayra bangun kita dah sampai ni"kejut Adam dengan suara yang serak basah.Baru bangun suara pun rock bro!Ayra terjaga dari lena.

"Dah sampai mana?"tanya Ayra mamai.

"Sampai tempat perkhemahan"jawab Adam lalu mengemaskan capnya.Ayra melihat telefon untuk melihat tudungnya jika senget benget.

Ayra memandang sebelah dan kelihatan Lynn dan Annisa juga sudah bangun namun masih mamai seperti dirinya.
Ahli Xmusic yang juga sudah bangun.

"Kamu semua turun.Kita berkumpul"arah Cikgu Naim salah satu guru berada di bas nombor dua.Semua turun bas satu persatu seperti di arahkan.

Mata Ayra yang masih ngantuk terus segar melihat pemandangan yang terbentang di depan mata.Sungguh nyaman!Cantik!Dan tenang!

Dipenuhi pokok-pokok hijau yang tinggi.
Turut kedengaran air terjun dari tempat mereka berkumpul.Semua tidak melepaskan peluang untuk menangkap gambar pemandangan.

"Baik lah!Selamat datang ke Hutan Simpan Ayer Hitam saya ucapkan.Saya renjer hutan ini akan mengawasi kamu semua sepanjang perkhemahan berlangsung"
beritahu abang tersebut.

"Kamu semua boleh panggil saya abang Zairul.Bukan saya sahaja yang jaga kamu tapi bersama 5 orang lagi anak buah saya iaitu abang Iman,abang Arif,abang Omar,akak Najwa dan akak Iris"jelas abang Zairul.

Dan memperkenalkan sorang-sorang renjer hutan yang akan mengawasi mereka.Mereka semua mengangguk faham.

"Tempat kita berkumpul ini bukan tempat perkhemahan kamu tapi dalam hutan sana.Jarak antara tapak perkhemahan dari sini kira-kira 1.5km.Kita kena berjalan"
sambung Abang Zairul.

"Habis la badan saya kena nyamuk!"
rengek Aina apabila mendengar kata-kata Abang Zairul.Semua yang berada di situ sudah menjulingkan mata.

"Kalau tak nak kena nyamuk kamu boleh tidur dalam bas.Kamu semua boleh ambil beg untuk bawa bersama.Dan saya nak ucapkan bagus kepada yang pakai sport shoes!"balas abang Zairul.

Ayra memandang kasutnya.Fuh nasib baik mak su pesan suruh pakai kasut sport.Cadang nak pakai sneakers tadi.Lynn dan Annisa turut memakai kasut sukan.

Aina yang pakai tumit tinggi sudah tidak tentu arah.Kasut mahal beb takut kena lumpur dekat hutan nanti.Siapa suruh pakai heels.Sis tak suruh pun!

Semua mengambil beg masing-masing dan mengikuti abang dan akak renjer serta cikgu-cikgu yang menunjuk jalan dan mengawasi mereka.

Sedang berjalan di dalam hutan.Ayra merasa tangannya tidak memegang sebarang pemegang.Ayra memandang sebelahnya.

Adam mengambil alih menarik beg rodanya.Lynn dan Annisa juga terkejut apabila Razif dan Zarif menawarkan diri untuk menolong bawakan.

"Meh aku bawa kan beg galas kau"ucap Ayra sambil menghulurkan tangan untuk membawa beg galas Adam.Adam hanya membiarkan huluran tersebut.

'Ehh sombong pula dia!'desis Ayra.

"Eiw!Apa yang melekat dekat heels aku nie!Habis heels aku!Cair pula tu!"jerit Aina geram apabila melihat heelsnya sudah melekat lumpur.

"Itu lumpur cik kak!"perli Annisa sinis.

"Kau diam la.Adam tengok dia!"adu Aina pada Adam.Seperti biasa Adam tak layan karenah Aina yang mengada-ngada.Nasib baik akak renjer baik bagi sliper.

"Buerlk!Kena palau!"ejek Lynn pula.

Aina menghentak kaki tanda tidak puas hati.Aina hanya mampu melihat Adam yang menarik beg roda Ayra.Dah la dia bawa dua beg tapi tak ada siapa tolong!

Mereka semua sudah sampai ke tapak perkhemahan.Kawasan yang sangat luas dikelilingi pokok-pokok hijau.Dan terdapat sebuah dewan makan serta tandas.

Paling best kerana air terjun bersebelahan dengan tapak perkhemahan mereka.
Mereka di suruh membina khemah terlebih dahulu.

"Nak bina kat mana nie?"tanya Lynn kepada Ayra dan Annisa.Mereka masih mencari tempat yang strategik dan sedikit tersorok.

Sebuah khemah boleh memuatkan tiga orang.Mereka semua bebas untuk meletak khemah di mana-mana sahaja tapi kena dalam kawasan yang ditetapkan.

"Ayra sini!"jerit Naqif lalu mengamit Ayra bersama kawan-kawannya ke tapak khemah Xmusic.Mereka sudah siap dirikan 2 khemah.

Adam dan Naqif satu khemah.Razif,Zarif dan Eiman satu khemah.Lynn mengangkat khemah menuju ke arah Naqif.Ayra pula menarik beg Lynn dan dia.

Tapak khemah Xmusic agak tersorok dan sedikit privasi.Juga tidak panas kena cahaya matahari.Naqif menunjuk ke arah tempat kosong antara dua khemah.

Iaitu antara khemah Adam dan Naqif dengan khemah Eiman,Razif,dan Zarif.
Ayra memandang kawan-kawannya meminta pandangan.

"Kitaorang okey"kata Lynn dan Annisa serentak.Mau tak okey.Dikelilingi Xmusic siapa je tak nak.Mereka bertiga mula dirikan khemah.

Mereka dibenarkan lakukan aktiviti bebas sampai waktu makan tengahari.Ramai pelajar lelaki sedang bermandi manda di air terjun.

"Ayra jom celup kaki nak tak?"tanya Annisa ketika mereka sedang berehat dalam khemah.Lynn mengangguk setuju dengan cadangan Annisa.

"Okey.Aku tukar pakaian jap"balas Ayra lalu keluar menuju ke tandas yang tidak jauh dari khemah.Selesai menukar pakaian yang sesuai.

Ayra kembali ke khemah.Lynn dan Annisa sudah menanti di khemah.Xmusic mungkin sudah pergi terjun.Mereka bertiga menuju ke air terjun.

"Ayra terjun la buat apa duduk dekat batu"
jerit Razif yang hanya memakai singlet serta seluar pendek bawah lutut.Aurat kena jaga!

Ayra dapat lihat semua ahli Xmusic memakai singlet dan tak pakai cermin mata termasuk Adam.Patutla riuh semacam.

Lynn dan Annisa sudah terjun ke dalam air. Ayra sahaja masih duduk di batu memerhati kawan-kawanya mandi.
Bukan tak nak join.Kalau lemas macam mana?

"Tak pandai berenang la!"balas Ayra kuat kerana bunyi air terjut yang kuat.Razif dan Zarif mendekati Ayra yang duduk di batu sambil melunjur kaki.

"Kalau tak pandai berenang kitaorang ada la.Nak risau apa.Tak akan la kitaorang nak bagi kau lemas kat sini.Siapa nak kemas bilik Xmusic lepas ni"pujuk Zarif pula.

"Korang bukan boleh percaya sangat.Muka je macam pak ustaz.Tapi perangai macan pak syaiton.Dah pergi jauh sana jangan dekat dengan aku"kutuk Ayra selamba.

Eiman,Naqif dan Adam hanya menggeleng kepala melihat perangai kembar dengan Ayra.Tak ada beza dua-dua otak wayar putus.

"Aku cakap baik-baik nie.Turun cepat!"
balas Razif semakin mendekati Ayra.Zarif turut mendekati Ayra.Ada cacing di sebalik tanah.

"Tak nak!"kata Ayra mengendahkan ugutan Razif.Ayra kembali memandang Lynn dan Annisa yang sedang lawan menyelam.

"Ayra turun la.Boring la tak ada kau"pujuk Zarif pula.Ayra hanya mendiamkan diri tidak mahu melayan Zarif juga.Dah nama kembar perangai pun sama-sama annoying!

"Betul nie kau tak nak turun?"tanya Razif.

"Kau tak menyesal?"tanya Zarif pula.

"No and never"jawab Ayra selamba.

Eiman,Naqif dan Adam yang sedari tadi hanya memerhati turut mendekati Ayra.Bukan boleh jangka sangat perangai kembar nie!

"Betul nie?!"tanya Razif lagi.

"Betul la!Jangan kacau!"balas Ayra geram.

Masih tidak sedar dengan kehadiran Razif dan Zarif yang mendekati dirinya.Adam pula sudah bersedia jika berlaku apa-apa kepada Ayra.

"Fine kau yang tak nak!"jerit Zarif dan

"Argh!"

Hehehe!Nak satu lagi update!Sorry kalau pendek.Enjoy guys!Watak Iela tak masuk lagi.Kalau Iela bergabung dengan Aina pun gempak juga kan!

Jangan lupa vote and comment!

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now