48

13.6K 865 22
                                    

"Mana Adam?"tanya Ayra sebaik sahaja menyedari Adam tiada lagi di sisinya.Dia dapat lihat bayangan seseorang yang keluar dari pintu itu.

"Adam .."terhenti kata-kata Naqif apabila menyedari Adam tiada di sisi mereka.Azam dan kawan-kawannya juga sudah melarikan diri terlebih dahulu tadi.

"Aku nak balik"balas Ayra perlahan.Naqif yang ingin membantunya berdiri di tepis.Dia masih boleh bangun sendiri tanpa bantuan sesiapa.

"Ayra.Aku hantar kau"tawar Razif lembut.Ayra menggeleng perlahan lalu melangkah keluar dari bangunan kolam renang tersebut.Zarif menahan Razif dari mengejar Ayra.

"Naqif kau tahu kan tempat Azam.Malam ni kita berkumpul dekat depan sekolah tepat pukul 12 malam.Jangan bagitahu Adam atau Ayra"arah Eiman dingin.

Daripada tadi Eiman menahan dirinya dari mencari Azam dan kawan-kawannya.Ahli Xmusic yang lain mengangguk faham.Malam ni mereka akan menjadi gengster.

Xmusic tahu sebab Adam menghilangkan diri kerana Adam tidak mahu Ayra melihat dirinya dalam keadaan teruk dan lemah seperti tadi.

Ayra meredah hujan setelah satu jam menunggu teksi di bus stop.Tiada satu pengangkutan awam yang lalu.Lagi pula jarak rumah Ayra dan sekolah dekat.

'Masa ni lah tak ada satu kenderaan pun yang lalu!Menyesal aku tolak tawaran Razif tadi!Telefon pun aku tak bawa!'desis Ayra.

'Payung pun tak bawa.Apa nak jadi dengan kau nie Ayra?Dah pukul 6.50 petang!Sikit lagi nak pukul 7 kena cepat!'desis Ayra lagi.

Ayra melajukan langkah.Ayra berhenti melangkah apabila lampu isyarat bagi pejalan kaki berwarna merah.Sebaik sahaja lampu isyarat bertukar warna,Ayra sambung melangkah.

Sampai sahaja di persimpangan rumahnya,Ayra merasa silau apabila cahaya dari kereta yang berhenti betul-betul di hadapannya menyuluh mata.

Ayra amati kereta yang berhenti di hadapannya dengan teliti.Ayra lihat seseorang yang tinggi lampai keluar dari kereta bersama payung.

'Baba pesan kalau orang yang kita tak kenal dekat dengan kita.Kita kena lari selaju mungkin.Ayra gunakan kuasa kaki kau segera!'desis Ayra.

Ayra yang baru memulakan langkah, terhenti apabila suara dingin itu memanggil nama penuhnya.Titis hujan tidak lagi kena pada tubuhnya.

"Qhayra Erinna!"

"Masuk kereta!"kata Adam kuat.Ayra menyapu air mata yang mengalir di pipinya dengan segera.Tidak mahu Adam perasan kehadiran air mata tersebut.

Yes!Dia menangis sebab matanya menangkap tapak tangan Adam yang berbalut akibat tercedera ketika menyelamatkan dirinya tadi.Bila dia dengan Adam dia mudah menangis.

"Tak apa.Aku okey.Depan tu rumah aku.Nak dekat dah.Kau pergi la balik.Mesti kau penat.Aku dah banyak menyusahkan kau hari nie"balas Ayra sebak.

"Masuk kereta Qhayra Erinna"ucap Adam tegas.Bukan dia tidak perasan air mata yang mengalir di pipi Ayra sebentar tadi.Ayra menggeleng kepala dengan berani.

"Aku pergi dulu.Bye.Assalammualaikum"
jawab Ayra lalu memulakan langkah menuju ke rumah yang sudah tidak jauh di hadapan.Adam tidak menghalang kali ini.

Ayra meredah hujan sekali lagi.Angah yang ingin menutup pintu tidak jadi apabila melihat kelibat adik perempuannya di luar pagar.

"Umi!Ayra dah balik!"jerit Angah dari dalam rumah dan dengan segera membuka pintu pagar buat Ayra yang nampak pucat dan lemah sekali.

Umi yang masih bertelekung lepas solat maghrib terus memeluk anak gadisnya.Mengalir air mata sang ibu melihat anak gadisnya sudah pulang ke pangkuannya.

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now