" Woi pendek ! " jerkah Ayra berani . Adam mengecilkan mata melihat gerangan yang mengahalang tindakan Azam . Ergh ! Bini siapa nie yang tak sedar diri pendek juga !
" Kau siapa nak panggil , Azam pendek ?! " sampuk Iela lalu mendekati Ayra . Adam pantas menolak Azam dan berdiri di hadapan Ayra untuk halang Iela .
" Kau buat apa kat sini ? Lari la ! " bisik Adam tegas . Ayra menggeleng laju . Dia tak nak tinggalkan Adam seorang lagi . Adam memandang dirinya tajam .
" Tepilah , aku dah lama sabar dengan perempuan nie ! Kau punya boypren tu rude gila sepak muka boypren aku ! " marah Ayra lalu menolak Adam ke tepi .
" What ?! Jadi betullah Adam boypren Ayra ? " bisikan - bisikan mula kedengaran setelah mendengar kenyatan dari mulut Ayra sendiri . Azam tersenyum sinis .
" Sure ke itu boypren kau ? " tanya Azam .
Ayra memandang Azam di belakang Iela .
" Kenapa ? Kau pun nak jadi boypren aku ker ? Yeah siapa jer tahan dengan perempuan murahan dekat depan aku nie ern ? " balas Ayra tidak kurang sinisnya .
" Bitch ! " Iela menghayun tangan ingin menampar Ayra namun Ayra terlebih dahulu menolak tubuh Iela ke arah kolam renang dan
Bush !
" Kau ! Maju sini ! " ucap Ayra sambil menunding ke arah Azam dalam gentarnya . Azam memberi isyarat pada kawan - kawannya .
" Qhayra Erinna ! " panggil Adam dingin .
Ayra bijak menangkis tumbukan dari kawan - kawan Azam . Dia menendang kaki salah satu kawan Azam . Adam membantu Ayra melawan kawan Azam .
Semua yang berada di situ amat berharap Xmusic hadir membantu Adam yang sudah agak lemah menerima balasan dari kawan - kawan Azam .
Iela dari tepi kolam itu cuba menarik kaki Ayra namun seseorang pijak tangannya kuat . Iela meraung sambil melihat gerangan yang memijak tangannya .
" Don't touch my sweetheart " ucap Razif dingin lalu menekan lagi kakinya pada tangan Iela . Ayra menoleh ke belakang apabila mendengar suara Razif .
Xmusic !
" Bitchers ! " marah Eiman lalu menunjal wajah Iela . Dia membantu Adam yang sedang bergelut dengan tiga orang kawan Azam . Azam cuba larikan diri .
" Kau jangan nak lari ! " kata Naqif lalu menarik rambut Azam kasar dan menghadiahkan sebiji penumbuk pada Azam . Kolar baju Azam dicengkam .
" Kau sentuh salah orang la , sial ! " jerkah Naqif lalu menghadiahkan lagi sebiji penumbuk pada pipi kanan Azam pula . Tersembur darah dari mulut Azam .
" Euw ! Yakss ! " Razif membuat muka geli melihat baju Naqif terpalit dengan darah dari Azam . Zarif tergelak sinis melihat Azam sudah lembik .
Eiman cepat memaut Adam yang terhuyung - hayang . Kecoh peminat Xmusic apabila Adam ditendang pada dada oleh kawan Azam .
" Ehh bodoh ! " jerkah Eiman lalu menendang kembali kawan Azam tersebut pada bahagian dada dan menyebabkan terpelanting ke dalam kolam .
" Ayra jauh dari kolam , karang hantu air tarik kau sekali " pesan Naqif mendatar sambil mencampak Azam ke dalam kolam . Bertukar warna air yang jernih kepada merah .
Ayra cepat menjauhi tepi kolam apabila Iela dengan rambut panjang yang menutupi muka cuba menarik kakinya sekali lagi . Wuerk tak dapat !
" Adam tak sedar , weh ! " ucap Eiman lalu menarik semua perhatian yang berada di situ . Mereka mengalihkan pandangan pada Adam yang dipaut oleh Eiman .
YOU ARE READING
Nerd Itu Crush Aku
RomanceP/s: Buku masih belum diedit . Sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan harap dimaafkan . Mengisahkan Xmusic yang menjadi idaman wanita!Apabila semua pelajar wanita meminati Xmusic tiba-tiba seorang pelajar wanita sahaja yang tidak meminati Xmusic. ...