44

14.2K 1K 221
                                    

"Ayra!Ayra!"kejut Adam sambil mengoncangkan tubuh Ayra apabila melihat Ayra meracau-racau.Dahi Ayra yang basah dengan peluh dipandang Adam.

"Angah!"jerit Ayra.Tercungap-cungap Ayra mencari nafas yang hilang apabila mimpinya mengenai angah yang meninggalkan dirinya buat selama-lamanya.

Adam menghulurkan sapu tangan miliknya kepada Ayra.Ayra menyambut dan mengelap peluh yang merecik di dahinya.Adam menyambung perjalanan.

"Aku mimpi angah meninggal dunia"beritahu Ayra tanpa dipinta oleh Adam sendiri.Adam masih fokus memandu sambil mendengar luahan Ayra disebelahnya.

"Aku takut kalau mimpi tu... "belum sempat Ayra menghabiskan kata-katanya.Adam terlebih dahulu menyampuk.Ayra terpaku mendengar kata-kata Adam.

"Mimpi mainan syaitan.Satu hari nanti angah kau akan tinggalkan kau juga tapi kita tak tahu bila.Jadi bila masa itu tiba kau kena redha dengan pemergian angah"kata Adam.

Ayra perlahan-lahan mengangguk kepala.Ada benarnya kata Adam.Mungkin dia akan pergi dahulu sebelum angah.Kita tidak tahu hanya allah yang tahu.

Sampai di hadapan rumah Ayra,Angah sudah sedia menunggu di muka pintu.Ayra merasa lega melihat angah yang menghampiri kereta Adam.

"Baju kau esok aku bagi okey?"kata Ayra.

"Hurm"balas Adam lalu keluar dari kereta untuk menyalam Angah Ayra.Tidak menunggu lama Adam memecut menuju ke rumahnya.

Ayra memeluk Angah erat.Angah yang pelik melihat perlakuan Ayra namun membalas kembali pelukan adiknya.Kena sampuk ke adiknya?

Angah menyentuh dahi Ayra.Tak demam.Pipi Ayra yang merah menarik perhatian Angah.Ayra perasan pandangan angah pada pipinya terus menutup.

"Pipi tu kenapa merah?Dan kenapa tak tinggal dekat rumah mak su?Tadi mak su call yang Ayra nak balik rumah.Ada pape yang angah perlu tahu?"soal Angah.

Ayra menarik tangan angahnya masuk ke dalam rumah dan duduk di ruang tamu.Ayra mencabut tudung lalu memberi perhatian kepada angahnya.

"Ayra saje balik rindu dekat along dengan angah.Lagipun dekat rumah mak su sana boring tak buat apa-apa.Kenapa tak suka Ayra balik rumah nie?"tanya Ayra kembali.

"Bukan tak suka cuma pelik.Ayra lah orang yang paling happy bila dapat tinggal rumah mak su.Tapi kali nie Ayra tiba-tiba balik rumah sebelum umi baba balik"balas Angah.

"Angah,Ayra mimpi angah dah tak ada dekat dunia nie.Ayra takut sangat sebab Ayra banyak dosa dengan angah.Angah meninggal sebab kemalangan"luah Ayra.

Ayra menanti reaksi dari Angah.

"Tulah!Tidur petang lagi.Umi dah pesan jangan tidur petang.Ayra degil.Dah tahu banyak dosa tak reti minta maaf sekarang.
Ha cepat minta maaf"balas Angah selamba.

Ayra mencebik melihat reaksi angah yang tidak terkesan seperti dirinya.Dalam tidak rela Ayra mengapai tangan sasa angah lalu dikucup sekilas.

"Ayra minta maaf dengan angah kalau angah terasa dengan kata-kata Ayra sebelum nie.Mesti angah menyesal ada adik macam Ayra kan"ucap Ayra.

"Memang pun"usik Angah.

Tiba-tiba Ayra merasa sebak apabila terbayang kembali mimpinya tadi.Sungguh dia tidak sanggup kehilangan angahnya.Tanpa Ayra sedar air matanya sudah menitis.

"Hey.Angah gurau je la"pujuk angah lembut lalu memeluk satu-satunya adik yang dia ada.Angah mengesat air mata Ayra yang mengalir di pipi.

"Mata Ayra masuk habuk pula"gurau Ayra.

"Angah dah lama maafkan Ayra.Angah pun minta maaf juga sebab tak dapat jadi abang yang baik buat Ayra dan angah bersyukur ada adik macam Ayra"balas Angah.

Angah mengusap kepala Ayra lembut.

"Sebab angah la Ayra buat drama indon petang-petang nie"kata Ayra selamba.Angab sudah tergelak mendengar kata-kata Ayra.Bukan selalu buat drama kan.

Hari ini umi dan baba akan pulang ke tanah air.Along,angah dan Ayra sudah sedia menanti umi baba di KLIA2.Dari jauh Ayra dapat lihat umi dan babanya.

Bersungguh-sungguh Ayra melambai tangan agar umi dan baba dapat melihat dirinya.Namun yang menarik perhatian Ayra ialah gerangan yang berjalan bersama umi dan baba.

"Rindu umi!"ucap Ayra riang lalu memeluk tubuh uminya erat.Umi membalas pelukannya.Sudah lama Ayra tidak dapat memeluk uminya ini!

"Baba,Ayra tak rindu?"usik Baba yang berada di sebelah umi setelah berpeluk dengan angah dan along.Ayra tersengih-sengih lalu memeluk babanya pula.

"Baba lagi Ayra rindu!"balas Ayra gembira.

"Baba nak kenalkan sahabat baba iaitu Datuk Firash kamu semua boleh panggil Uncle Firash.Sebelah uncle Firash ialah isteri dia Datin Yuhaira"beritahu baba.

Ayra seperti baru tersedar segera memandang wajah ayah dan ibu tiri Adam.Ayra memerhati sekeliling,mana tahu Adam turut datang menjemput ibubapanya.

Along dan Angah menyalam uncle Firash.Ayra menyalam aunty Yuhaira.Ayra menghadiahkan sebuah senyuma pada uncle Firash.

Tidak menyangka bahawa ayah Adam ialah sahabat babanya sendiri.Tidak pernah pula uncle Firash datang ke rumahnya.Baru jumpa mungkin!

"Uncle Firash kawan baba dari sekolah rendah tapi kami lost contact masa pergi umrah terjumpa balik"sambung baba lagi.Mereka bertiga mengangguk faham.

"Aku gerak dulu la.Sabtu nie kau dengan keluarga jangan lupa datang rumah aku.Pintu rumah aku sentiasa terbuka untuk kau dan keluarga"balas Uncle Firash.

Baba mengangguk kepala lalu bersalam dengan uncle Firash.Ayra dan Umi menyalam aunty Yuhaira mesra.Apabila uncle Firash dan aunty Yuhaira sudah pergi baru mereka pulang ke rumah.

"Malam nanti kita makan sama-sama baba dan umi ada nak bagitahu something kepada kamu bertiga"pesan baba tenang.
Mereka bertiga mengangguk faham.

Seperti yang dipesan oleh baba.Semua sudah berkumpul di meja makan untuk makan malam.Mereka bertiga masih menanti baba memulakan perbualan.

Ayra dapat lihat riak wajah angah dan along yang gelisah.Ayra pula sebaliknya hanya tenang dan makan dengan berselera.Mungkin baba nak suruh angah dan along kahwin.

"Baba nak bagitau apa sebenarnya?"tanya along tidak dapat menahan dirinya dari bertanya.Umi hanya tersenyum mendengar soalan anak sulungnya.

"Haah.Apa yang baba nak bagitau?Buat suspen je.Angah nak makan pun tak senang.Baba bagitau la sekarang.Baba nak along kahwin ke?"gesa angah.

Along sudah menjegilkan mata pada kembar yang berada di sebelahnya.Baba menjeling anak gadisnya sekilas yang sedang menambah nasi untuk kali kedua.

"Ehem!"Baba berdeham beberapa kali.

Along dan Angah memberi sepenuhnya perhatian pada baba.Ayra pula masih khusyuk dengan makanannya.Umi hanya mendiamkan diri.

"Baba dan Uncle Firash cadang nak kahwinkan Ayra dengan Adam anak Uncle Firash supaya hubungan antara kita semakin akrab"beritahu baba sekali lafaz.

Prang!

Haluuu!Lama sangat tak update!Maaf sangat-sangat!Idea tak ada nak upate.Angah tak mati pun!Ayra mimpi.Sis tak la kejam sangat nak buat angah mati!AHAHA !

NERD ITU CRUSH AKU 1 IN RANDOM!

Thankyou so much kepada yang support nica!Sis ingat sis tak dapat capai target untuk 1 in random!Alhamdulilah!Target sis tercapai juga!

Sis tak sangka nerd itu crush aku akan dapat sambutan sebegini baik.Terima kasih sekali lagi pada yang comment dan vote!

Teruskan vote dan comment tak ada siapa halang atau marah anda hahaha!
Sis lagi suka baca comment korang!Ada masa sis reply satu-satu!

Ily!

Muah!

K4KN1S

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now