14

15.5K 1.1K 27
                                    

Pang!

"Ayra!"jerit Adam serta merta apabila melihat Ayra melinduungi dirinya dari terkena tamparan papanya sendiri.

Dato Firash iaitu papa Adam terkejut melihat tamparannya hinggap di pipi seorang gadis yang kelihatan sebaya dengan anaknya.

"Papa!Puas hati papa sekarang!Dulu papa punca kematian mama sekarang papa tampar kawan Adam pula!Apa jenis manusia papa nie!Sebab nie Adam tak nak datang rumah nie!Papa jangan sampai Adam tak ngaku papa adalah bapa kandung Adam sendiri"
tengking Adam.

Ayra yang berada di hadapan Adam melihat muka Adam sudah merah padam.Dalam masa yang sama dia tidak suka Adam meninggi suara pada papanya sendiri.

"Papa .."belum sempat papa hendak membalas Adam terlebih dahulu menyampuk.

"Sudah la papa!Sudahla berlakon papa sebab apa?Sebab Adam dah muak tengok lakonan papa.Adam minta maaf sebab Adam kurang ajar dengan papa tapi kalau papa nak tahu sebab apa Adam kurang ajar dengan papa sebab Adam masih tak boleh maafkan papa atas apa yang papa lakukan dekat arwah mama"sampuk Adam sebak.

"Selama arwah mama sakit.Papa tak pernah sekali pun jaga mama.Papa sibuk dengan syarikat papa.Papa sibuk layan perempuan lain.Mana papa masa arwah mama sakit?Papa tahu tak sepanjang Adam jaga mama tak sedikit pun arwah mama marah kan papa,tak pernah arwah mama kutuk papa sebab tak jenguk arwah mama dan tak pernah arwah mama lupakan papa"kata Adam lagi.

Mata Ayra dan Hana sudah bergenang air mata mendengar patah perkataan yang keluar dari mulut Adam.

"Tapi apa yang arwah mama dapat?
Arwah mama dapat kesakitan di madu kan.Walaupun arwah mama tak pernah tunjuk yang arwah mama kecewa dengan papa tapi Adam tahu mesti arwah mama kecewa dengan tindakan papa yang berkahwin lagi satu"jelas Adam yang sudah mengalirkan air matanya.

"Adam kena jaga Hana.Adam kena hantar Hana pergi sekolah lepastu Adam balik ke hospital jaga arwah mama pula.Papa tahu ke pengorbanan Adam selama nie?.Selama nie papa cuma tahu.Adam tahu kurang ajar dengan papa je.Adam malu nak ngaku yang Adam ada papa macam papa. Arwah Mama pernah kata dengan Adam 'jahat-jahat papa,papa masih papa Adam.Masih ada kat luar sana yang tak ada papa sepatutnya Adam bersyukur yang papa masih ada Adam'dan sebab kata-kata arwah mama,Adam masih anggap papa adalah papa kandung Adam"kata Adam dalam tangisannya.Adam sudah tidak mampu berdiri lalu terduduk di hadapan papanya.

Ayra dan Hana juga turut menangis.Ayra memeluk Hana.Hana melepaskan tangisannya di dalam pelukan Ayra.

"Papa dah berubah Adam.."belum habis papanya bagi penjelasan.Adam lagi sekali terlebih dahulu memintas.

"Adam tak nak dengar penjelasan papa.Penjelasan papa tu simpan je la.Tak guna papa jelas kan sekarang.Sepatutnya papa berubah sebelum arwah mama meninggal.Adam penat.Adam balik dulu.Assalammualaikum"
balas Adam sambil bangun beredar dari situ.

Ayra yang melihat Adam sudah keluar dengan segera dia bangun untuk beredar tapi dengan hormat Ayra tunduk sedikit kepalanya kepada papa Adam.

"Uncle minta maaf ye"pinta Dato Firash serba salah apabila melihat pipi gadis itu merah akibat tamparannya tadi.

"Tak pe uncle.Saya maafkan"ucap Ayra lalu menghadiahkan sebuah senyuman kepada papa Adam dan Hana lalu beredar dari situ.

Hana pula terus naik ke atas dan menghempas pintu biliknya.Dia tahu penderitaan yang abangnya tanggung.

Dato Firash tahu semua ini berlaku atas khilaf dia dahulu.Tetapi sekarang dia sudah banyak berubah.Tidak nampakah Adam akan perubahannya?

Ayra melihat Adam masih bersandar di lamborgini milik Adam seperti sedang menstabilkan kembali emosinya.

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now