39

14.3K 909 36
                                    

"Adam!"jerit Razif apabila melihat Adam dan Ayra jatuh ke tanah.Ayra sudah siap sedia memejam mata dan menahan sakit jika Adam menghempap dirinya.

Ayra membuka mata perlahan-lahan apabila badannya tidak merasa sakit.
Mereka berdua bertentang mata.Adam tersenyum melihat Ayra.

"Bangun"kata Adam lalu menghulurkan lengannya untuk dipaut oleh Ayra.Ayra yang masih terkedu melihat senyuman Adam perlahan-lahan memaut lengan Adam.

"Dalam hutan pun dapat tengok drama"
sampuk Razif yang sedang mencangkung melihat adengan antara Adam dan Ayra.
Lynn mengangguk setuju.

"Hayoo!Boleh kena kencing manis ni!"kata Lynn menyokong Razif.Ayra menjeling Lynn yang turut mengusik dirinya dengan Adam.Adam hanya mendiamkan diri.

"Sudah sudah.Adam dan Ayra kamu berdua boleh ke stesen seterusnya terlebih dahulu.Razif dan Lynn kena tunggu dulu"
kata kakak renjer.

Mereka mengangguk faham.Tanpa menunggu lama Ayra dan Adam bergerak ke stesen seterusnya dan diikuti oleh Razif serta Lynn di belakang.

Kini hanya dua pasangan yang berjaya ke stesen sepuluh iaitu pasangan Adam dan Ayra dengan pasangan Razif dan Lynn.
Mereka harus berlawan sekali lagi.

"Untuk stesen kesepuluh.Pelajar perempuan harus membawa pasangan yang sudah ditutup matanya ke tempat kita berkumpul"jelas abang renjer.

"Pasangan yang sampai terlebih dahulu dikira pemenang.Kamu semua kena berhati-hati kerana terdapat banyak akar besar di sepanjang laluan ke tempat berkumpul"sambung abang renjer.

Mereka mengangguk faham.Abang renjer mula mengikat kain pada bahagian mata Adam dan Razif.Ayra pula diberi sarung tangan untuk memimpin Adam nanti.

"Adam ini nombor berapa?"usik Ayra sengaja lalu menunjukkan empat jari di hadapan mata Adam yang sudah ditutup kain.

"Nombor 2"jawab Adam yakin dengan jawapannya.Hanya melayan karenah Ayra yang satu ini.Ayra yang mendengar jawapan Adam sudah tergelak.

"Muka hensem tapi bengap rupanya"kutuk Ayra selamba sengaja menyakitkan hati Adam.Adam mengigit bibir kerana menahan diri dari marah.

"Muka lawa tak semestinya pandai masak"
balas Adam kembali.Ayra menjeling Adam walaupun dirinya tahu Adam tidak dapat lihat jelingannya.

"Pandai masak okey!"kata Ayra geram.

"Lah!kau perasan lawa ke?"usik Adam apabila Ayra terkena perangkapnya.Ayra menepuk kuat bahu kanan Adam melepaskan perasaan geram.

"Diam la.Nak start dah!"balas Ayra.Razif dan Lynn pula sedang bersiap sedia.Kedua-dua pasangan diarahkan untuk bersiap sedia.Lynn menyalam Ayra sebelum bermula.

"Aku tak akan bagi kau menang kali nie"
kata Lynn pura-pura kejam.Ayra menahan ketawa apabila melihat lakonan Lynn.
Ayra turut berlakon bersama Lynn.

"Aku akan menang.Jangan menangis"balas
Ayra serius.Ayra mengenggam tangan Adam kemas.Lynn turut melakukan hal yang sama pada Razif.

"Get Ready And Start!"jerit abang renjer.

Maka bermula sekali lagi perlawanan antara pasangan Adam dan Razif.Pasangan Razif berada di hadapan terlebih dahulu.

"Adam ada akar.Langkah"beritahu Ayra.

Adam mengangguk faham dan melangkah seperti yang diarahkan oleh Ayra.Mereka berdua sudah sama kedudukan dengan Razif dan Lynn.

Kedua-dua pasangan bersungguh untuk menang.Dalam hutan itu riuh dengan suara Ayra dan Lynn memberi arahan kepada pasangan masing-masing.

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now