25

15.3K 895 31
                                    

"Hye Ayra"sapa Danial!Yes Danial!Ayra berharap sangat Adam dan Xmusic tidak masuk ke dalam kantin pada waktu ini supaya tidak berlakunya peperangan.

Danial juga tidak kurang peminatnya dengan Xmusic tetapi tidak boleh lawan ramainya peminat Xmusic.Ayra membalas sapaan Danial.

"Hye.Buat apa dekat sini?"tanya Ayra ramah.Tidak mahu di cop sebagai sombong.Danial tersenyum melihat Ayra yang tidak selesa dengan kehadirannya.

"Saje.Rindu dekat Ayra"balas Danial riang.Danial yang ingin menyentuh pipi Ayra terhenti apabila tangannya di genggam oleh tangan sasa milik siapa?

Adam!

Ayra sudah kecut perut melihat muka Adam yang dari putih bertukar merah.Terus dia berdiri dengan automatik.Danial sudah tersenyum sinis.

"Wah!Hero sudah sampai!"kata Danial lantang.Adam masih mendiamkan diri merenung tajam adik tirinya.Danial merentap tangannya dari genggaman Adam.

Namun dia mencekak kolar baju Adam.Xmusic hanya membiarkan mereka tahu Adam tidak suka jika mereka masuk campur urusan dia dan Danial.

Adam turut mencekak kolar Danial.

"Danial lepas la!"ucap Ayra takut melihat dua adik beradik ini memandang antara satu sama lain dengan pandangan menakutkan.

Razif menarik hujung lengan baju Ayra mendekati Xmusic.Risau jika berlaku peperangan Ayra terkena sekali.Adam dan Danial tidak boleh dijangka.

Semua yang berada di kantin memandang dua adik beradik itu.Menantikan tindakan seterusnya.Ada yang menyorak Adam dan ada juga yang menyorak Danial.

Lynn dan Annisa terkejut melihat situasi tersebut.Baru beberapa minit mereka pergi beli minuman dan makanan sudah berlaku peperangan.

"Razif hentikan la diorang"pinta Ayra gelisah.Danial dan Adam masih berpandangan antara satu sama lain sehingga Danial bersuara.

Razif hanya menggeleng kepala.

"Kau apasal kacau aku date?"tanya Danial sinis.Jarak muka mereka hanya beberapa inci sahaja.Masing-masing tidak mengalah dan tidak melepaskan cengkaman.

"Perempuan yang kau date tu siapa?"tanya Adam dingin.Danial gelak sinis mendengar pertanyaan Adam.Adam masih beriak dingin.

"Aku punya girlfriend kenapa?Kau tak declare dengan dia apa-apa pun kan.So dia bukan kau punya.Tak payah berlakon macam kau boyfriend dia huh"balas Danial.

Tangan Adam sudah menggengam penumbuk.Namun ada sepasang tangan kecil yang menahan tangannya dari melayangkan penumbuk kepada Danial.

Adam melihat Ayra sudah bergenang air mata mungkin takut melihat pergaduhan antara dia dan Danial.Adam terus melepaskan genggaman nya.

Danial hanya tersenyum sinis.

"Jangan gaduh Adam!Tolong la jangan gaduh.Aku tak nak korang berdua gaduh"
pinta Ayra lembut dalam masa yang sama ada air mata yang mengalir di pipi.

Adam terpaku melihat air mata Ayra.Adam menarik tangan Ayra secara berlapik keluar dari kantin.Manakala Xmusic hanya memandang Danial tajam.

Lynn dan Annisa sudah tiada selera hendak makan memandangkan Ayra juga belum menjamah makananya.Dah la Ayra ada gastrik.

Mereka berdua sengaja melanggar bahu Danial.Ada hati nak gaduh dengan idola mereka berdua.Nasib baik hensem tak sampai hati nak lempang Danial.

Sementara itu di belakang bangunan.

"Shh.Jangan la menangis.Nah"pujuk Adam lalu menghulurkan sapu tangan dan di hujung sapu tangan yang berwarna biru tu terdapat sulaman emas nama Adam.

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now