49

14.5K 940 93
                                    

"Argh!"jerit Azam apabila mukanya disepak oleh seseorang.Azam lantas bangkit dan melihat siapa yang menyepak mukanya.Azam terkedu!

Adam tersenyum sinis mendengar jeritan Azam.Dia membantu Razif bangun.Pisau di dalam genggaman Razif diambil oleh Adam lalu menuju ke arah Azam.

Pisau di tangan sengaja dipusing-pusingkan.Sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket.Azam berundur setapak demi setapak ke belakang.

Eiman berdiri di belakang Azam.Jujurnya Xmusic masih terkejut dengan kehadiran Adam.Namun apabila melihat headpiece di telinga Adam,mereka tahu sudah.

"Ini untuk kau sentuh milik aku"bisik Adam dingin lalu dengan sengaja menekan pisau lipat milik Eiman di pipi Azam dan dibuat satu garisan panjang.

Azam menekup pipinya yang berdarah akibat torehan panjang oleh Adam.Belum sempat Azam ingin melindungi dirinya,dia menerima tumbukan padu daripada Adam.

"Itu untuk anak buah kau sentuh aku"jerkah Adam lantang.Dengan tidak rasa bersalah,Adam menyepak muka Azam sekali lagi yang sudah tersungkur itu.

Adam yang ingin menghadiahkan satu lagi tunbukan terhenti apabila Azam berpusing dan berada di atas badannya.Adam mengerang kesakitan apabila kesan jahitan bergesel dengan jalan tar.

"Kawan kau masuk kawasan aku,kau nak aku buat apa dekat kau?!"marah Azam.Darah yang berada di mulutnya diludah ke jalan.Disapu kasar mulutnya.

Adam mengambil kesempatan menendang perut Azam.Dengan segera Eiman dan Naqif mengunci pergerakan Azam apabila Azam ingin menerkam Adam.

Zarif terkejut melihat darah di baju T-shirt putih Adam di bahagian belakang.Adam mengerling sekilas ke belakang tubuhnya.Adam mengeluh perlahan.

"Aku nak pesan dekat kau.Jangan usik milik aku dan aku tak akan usik milik kau.Semoga perniagaan gula-gula kau akan maju"perli Adam sinis lalu berlalu dari situ.

Naqif dan Eiman melepaskan Azam kasar lalu mengikuti langkah Adam.Semua kawan-kawan Azam sudah terbaring di jalan akibat dibelasah oleh Xmusic.

Keesokan harinya,memandangkan hari ini hari sabtu.Ayra dapat merehatkan diri di rumah.Suhu tubuhnya masih tidak menurun.Daripada semalam suhunya meningkat.

"Ayra.Kita pergi klinik jom?"ajak Along risau melihat keadaan adiknya yang pucat dan tidak mahu makan dari semalam.Melihat gelengan dari Ayra,Along mengeluh.

"Kalau Ayra tak nak pergi klinik.Makan bubur umi masak tu.Mesti umi membebel bila tengok bubur tu tak luak pun"balas Along tenang.

"Ayra tak nak.Ayra kenyang"ucap Ayra.

"Ayra makan apa sampai kenyang?Dari semalam Ayra tak makan apa-apa pun.Umi dah penat masak bubur.Jangan menyusah kan Angah dengan Along"kata Angah tegas.

"Angah!Kenapa kau cakap macam tu!Kau keluar dulu.Biar aku yang pujuk Ayra makan"tegur Along tegas setelah mendengar kata-kata kembarnya.

"Memang Ayra menyusahkan semua orang kan?Betul kata Angah,Ayra ni menyusahkan hidup orang di sekeliling Ayra.Ayra minta maaf Along,Angah"kata Ayra sebak.

Langkah Angah terhenti apabila mendengar kata-kata adiknya.Angah pusing melihat wajah Ayra.Pipi Ayra sudah basah dengan air mata.

"Shh.Jangan nangis.Nanti suhu naik.Angah tak sengaja cakap macam tu.Ayra tak menyusahkan sesiapa pun.Percaya cakap Along"pujuk Along lembut.

Ayra ditarik ke dalam pelukan Along.Rambut panjang adiknya di belai.Habis basah baju T-shirtnya dengan air mata Ayra.Belakang tubuh Ayra ditepuk perlahan.

"Along tinggalkan aku dengan Ayra"sampuk Angah perlahan.Along memandang Angah sekejap sebelum bangun dan keluar dari bilik Ayra.

"Come"ucap Angah lalu mendepangkan tangannya di hadapan Ayra.Dengan pantas Ayra sudah berada dalam pelukan angahnya.Dahi Ayra dicium.

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now