35

15.5K 1K 57
                                    

Kini Adam dan Ayra diberikan kebenaran untuk berehat dan tidak mengikuti aktiviti seterusnya iaitu berkayak di tasik yang tidak jauh dari tapak perkhemahan.

Ayra menyarung hoodie lalu keluar dari khemah.Lynn dan Annisa tidak dapat menemani dirinya kerana harus mengikuti aktiviti berkayak.

"Okey?"tanya Adam sepatah.Sebenarnya dari tadi dia tunggu Ayra keluar untuk ajak makan bersama di dewan makan tapi Ayra masih tak keluar.

"Aish!Terkejut aku!Bagi salam boleh tak"
bebel Ayra agak terkejut dengan kehadiran Adam yang berada di sebelahnya.Macam hantu tiba-tiba muncul.

"Sorry.Assalammualaikum"balas Adam serba salah.Tiada lagi Adam yang menakutkan seperti Ayra dapat lihat ketika Adam memarahi Aina.

"Waalaikummussalam.Dah okey"jawab Ayra.Sebenarnya kalau boleh tak nak terserempak dengan Adam apabila mengenangkan Adam yang melakukan CPR!

"Lapar tak?"tanya Adam mendatar.

"Tak"balas Ayra pantas.

Dalam masa yang sama perut Ayra berbunyi.Adam menjongket kening menandakan bunyi tu tanda tak lapar ke?
Ayra tersengih-sengih.

"Jom pergi dewan makan"ajak Adam lalu menuju ke Dewan Makan terlebih dahulu.Hanya ada mereka berdua di situ.Adam dengan selamba masuk dapur.

"Adam kau nak buat apa?"tanya Ayra apabila melihat Adam menyediakan bahan-bahan untuk memasak.Ayra memandang sekeliling.

Mana tahu akak renjer tiba-tiba muncul then denda sebab ceroboh dapur dewan makan.Tak ke naya?Adam memandang Ayra sekilas.

"Aku nak masak nasi goreng untuk kita berdua.Jangan risau akak renjer yang suruh masak sendiri kalau lapar.Pergi duduk depan sana"arah Adam.

Ayra tersenyum mendengar perkataan kita berdua.Ayra mengikut arahan Adam.Ayra duduk di tempat disediakan.Dalam masa 30 minit semua dihidang.

"Wow!Tak tahu pun kau reti masak!"puji Ayra sambil bertepuk tangan melihat nasi goreng serta milo ais terhidang di depan mata.

"Makan"balas Adam.Ayra dapat lihat pipi Adam merah kerana dipuji olehnya lalu dia memandang Adam nakal ingin mengusik sebenarnya.

"Kenapa pipi kau merah Adam?Eleh malu malu pula abang Adam ni.Kau ni dah la handsome!putih!pandai masak pula tu husband material sangat!"usik Ayra lagi.

Makin memerah pipi Adam.Adam berdeham beberapa kali ingin menghilangkan rasa malunya.Ayra sudah terbahak-bahak ketawa melihat Adam.

"Diam.Dan.Makan.Qhayra.Erinna"ucap Adam dingin.Ayra membuat isyarat mengzip mulut.Nada suara Adam yang bertukar dingin membuatkan Ayra berhenti mengusik.

Adam membaca doa makan terlebih dahulu dan mereka berdua makan dengan senyap.Selesai mengisi perut mereka disapa oleh ahli Xmusic.

"Ayra okey ke?"tanya Zarif risau.Ketika mereka memulakan aktiviti berkayak Ayra masih tidur.Maka mereka tak dapat lihat keadaan Ayra.

"Okey dah!"balas Ayra riang menandakan dirinya sudah sembuh sepenuhnya.Razif tayang senyum nakal ingin mengusik Ayra tentang kejadian tadi.

"Mau tak okey.Dah dapat makan nasi goreng Adam masak lepastu tadi kena .."
Razif sengaja mengantungkan ayat lalu membuat isyarat tangan bercium.

Eiman yang memahami maksud Razif sudah menepuk belakang Razif.Ayra dan Adam tersedak masa yang sama.Naqif pula ingin mengusik.

"Tersedak sama-sama so sweet!"usik Naqif nakal.Ayra menyambar air yang dihulur oleh Zarif.Adam pula berdeham beberapa kali.

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now