58

13.8K 909 67
                                    

" Aku cium Ayra " kata Adam selamba.

Terjatuh telefon bimbit yang berada dalam genggaman Eiman.Razif mengibas gibas wajahnya yang terasa bahang.Naqif mengelap peluh di dahi.

"Belum halal weh!Kau pergi cium minah tu buat apa?Kalau aku jadi dia pun aku tak nak keluar bilik , bukan muka merah lagi dah terus jadi biru tahu tak!"bebel Zarif.

"Kau dah ...." belum sempat Adam ingin menerangkan ada sebiji bantal dibaling oleh Eiman tepat pada wajahnya.Dia menjeling Eiman tajam.

"Berani kau buat dia macam tu?!Aku respect kau bro tapi kau hancurkan kepercayaan aku dekat kau , rupanya kau lagi teruk dari Razif"marah Eiman.

Membulat mata Razif kata kata Eiman.Adam sudah menggeleng kepala melihat semua kawan kawannya sudah salah faham dengan kata katanya.

"Sanggup abang buat macam tu"kali ini Hana pula sudah terbabit dengan drama yang dibuat oleh Xmusic.Sedari tadi kawan Ayra hanya mendiamkan diri.

"Korang dah ..."lagi sekali kata kata Adam dipotong oleh Razif pula.Adam mengenggam penumbuk menahan sabar apabila tiada peluang dirinya menjelaskan perkara sebenar.

"Walaupun muka aku nampak playboy tapi aku tak pernah buat perkara terkutuk macam kau buat,kau tak ingat ke ustaz ajar batas pergaulan antara laki dan perempuan?"ceramah Razif tegas.

"Tapi ..."

"Selagi kita belum ada apa apa ikatan dengan seorang wanita yang halal dikahwini selagi itu kita kena jaga batas pergaulan,kau lupa ke?"sambung Razif.

"Aku tak ..."

"Itulah masa ustaz ajar kau ponteng kelas agama dulu,aku dah pesan jangan ponteng. Kita belajar sesama tapi kau tak nak dengar,inilah yang akan terjadi!"

"Kau dengar la du ..."

"Kau dah ragut kesucian seorang wanita yang bernama ... "

"Bodoh!"jerkah Adam separa lantang sudah hilang sabar apabila kata katanya daripada tadi dipotong.Semua terkejut dengan jerkahan tersebut.

"Aku indirect kiss dengan Ayra sahaja!Bukan cium betul pun,aku tahu batas pergaulan,gila!Masa kelas agama aku tak pernah ponteng jangan fitnah aku!"marah Adam dingin.

Rambut Razif ditarik geram.Semua menjauhi Adam apabila melihat tindakan Adam terhadap Razif.Razif mengaduh sakit apabila rambutnya ditarik kasar.

"Aduh sakitlah bro!Kau yang salah cakap, tak payah salahkan aku.Lepas malu la kalau sepupu Ayra tengok!Lepas!"desak Razif tidak puas hati.

Adam melepaskan pegangannya pada rambut Razif.Dia memandang satu persatu yang membebel padannya tadi,semua tersengih-sengih seperti tidak bersalah.

"Apa bising-bising nie?"tegur Ayra dari arah tangga yang sedang melangkah turun.Razif terus mendekati Ayra lalu berdiri di belakang Ayra.

"Itu budak tu!Dia tarik rambut aku,dia salah cakap lepastu bila orang salahkan dia,dia pergi tarik rambut aku!Sakit!"adu Razif pada Ayra.

Adam membulatkan mata mendengar aduan Razif pada Ayra.Ayra memandang pelik antara Razif dan Adam yang bertentang mata antara satu sama lain.

"Kau tengok rambut aku,habis kusut!"adu Razif lagi tidak menghiraukan pandangan tajam Adam pada dirinya.Razif merendahkan diri lalu ditunjukkan rambutnya.

"Alolo!Sini aku kemaskan balik"balas Ayra lalu mengemaskan rambut Razif menggunakan jarinya sahaja.Dalam diam Razif menunjukkan thumbs up pada Adam.

Sebulan sudah berlalu dan tinggal beberapa hari sahaja untuk majlis pernikahan bagi Ayra dan Adam akan berlangsung.Persiapan semua sudah siap.

"Kau free hari sabtu?"tanya Lynn lalu menyambung suapannya.Annisa mengangguk menandakan dirinya free pada hari sabtu.

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now