31

14.1K 947 38
                                    

"Ayra tengok siapa dekat depan tu"kata mak su sambil menunjuk ke arah Adam yang sedang memasukkan beg pakaian ke dalam bonet kereta.

Adam yang hanya memakai hoodie putih serta jeans dan juga cap sudah cukup menggeterkan hati gadis yang memandang nya.

"Ayra tak ..."belum sempat Ayra ingin membalas.Mak su terlebih dahulu menarik tangannya ke arah Adam yang tidak jauh dari kereta mak su.

"Assalammualaikum Adam"sapa mak su lembut.Adam yang ingin menutup bonet kereta terhenti apabila disapa oleh jirannya.

"Waalaikummusalam.Kenapa?"tanya Adam pelik melihat Ayra yang bersama beg pakaian.Kelihatan jirannya seperti serba salah untuk berkata.

"Acik mira nak minta tolong Adam tumpangkan Ayra pergi sekolah.Kereta Acik mira tayar pancit dua belah belakang pula tu.Boleh tak Adam?"pinta mak su.

"Boleh naik la.Meh beg tu"balas Adam tenang lalu menghulurkan tangan untuk membantu Ayra masuk kan beg ke dalam bonet.Nasib ada ruang!

"Terima kasih ye Adam"ucap mak su.Ayra menyalam mak su lalu masuk ke dalam kereta Adam memandangkan mereka berdua sudah lambat.

Kini Ayra dan Adam dalam perjalanan menuju ke sekolah kerana mereka akan menaiki bas untu ke tempat perkhemahan mereka.

Pemanduan Adam terganggu dengan nada dering dari telefonnya yang menandakan ada orang menelefon.Adam mengeluarkan telefon dari poket guna sebelah tangan.

Lalu dihulurkan kepada Ayra untuk menjawab.Dari nada dering sudah tahu gerangan yang menelefon.Siapa lagi kalau bukan Razif!

"Mana kau Adam?!Lambat gila!Berpeluh ketiak aku tunggu kau.Yang lain dah sampai kau belum lagi.Ayra pun belum sampai korang berdua buat apa?!"bebel
Razif terlebih dahulu.

Ayra membulatkan mata mendengar bebelan Razif.Ayra memandang Adam yang berada di sebelahnya.Adam seperti menahan senyum.

"Ehem!Encik Razif!Ni nenek Adam Ayra namanya nak tegur perangai kamu yang biadap sangat!Kalau berpeluh ketiak tu pergi tunggu dalam kereta ada air cond!"
perli Ayra.

Razif di sebelah sana terdiam mendengar suara Ayra.Razif periksa nombor telefon.
Mana tau mamai bangun awal pagi belum hilang.

"Ni nombor Adam kenapa kau yang jawab Ayra.Adam culik kau ke?Bagitau lokasi kau dekat mana sekarang.Aku datang selamat kan kau!Kau okey ke tu?"balas Razif.

Zarif yang bersandar pada kereta mengetuk kepala Razif apabila melihat drama Razif yang dirasakan minta pelempang.

Razif menjeling kembarnya lalu menggosok kepala.Ayra yang berada dalam kereta sudah menjulingkan mata mendengar ayat Razif.

"Drama lebih la kau nie.Aku tumpang Adam sikit pagi kitaorang sampai.Nak singgah kedai kejap beli snek nak apa-apa tak?Aku belikan"kata Ayra.

"Jap aku tanya diorang"ucap Razif lalu pergi bertanya ahli yang lain jika mahu memesan apa-apa.Razif memberitahu pesanan kawan-kawanya.

"Belikan ice lemom tea tiga botol,milo kotak satu.Snek beli lebih sikit.Tak kisah apa-apa pun.Asalkan snek jangan racun sudah.Thank you"sambung Razif.

"Okey.My pleasure"balas Ayra lalu menamatkan panggilan.Adam belok kiri apabila melihat kedai untuk Ayra membeli makanan dan minuman.

"Tunggu kejap"kata Ayra dan keluar dari kereta dengan kadar segera.Setelah beberapa minit Ayra kembali dengan dua beg plastik besar yang penuh snek serta air yang dipesan.

"Kau nak buat kenduri ke?"tanya Adam dingin apabila melihat beg plastik Ayra.
Ayra hanya mampu tersengih mendengar pertanyaan Adam.

Adam menyambung kembali pemanduan menunju ke sekolah.Mujur kedai dan sekolah tidak jauh jaraknya maka dalam 3 minit sudah sampai sekolah.

Hari ini tidak seperti biasanya yang akan ada setiap pagi peminat Xmusic akan berkumpul di tempat letak kereta untuk menyambut kedatangan Xmusic.

Ayra keluar dari kereta Adam dengan dua beg plastik tadi.Razif dan Zarif membantu Ayra mengangkat beg plastik tersebut.Ayra kembali kepada Adam.

Untuk mengambil beg pakaiannya.Ternyata semua ahli Xmusic memakai hoodie seperti dirinya.Pihak sekolah membenarkan memakai pakaian bebas.

"Cikgu dah panggil nasib baik sempat"ucap Eiman apabila melihat Cikgu Vivy mengamit mereka berenam.Dalam masa yang sama Ayra mencari dua orang kawannya.

Ayra dapat lihat Lynn dan Annisa yang sedang melambai ke arahnya.Terus dia berlari ke arah mereka berdua tidak kesah dengan Xmusic.

"Kau tumpang Adam ke?"tanya Lynn.

"Haah"jawab Ayra.

Belum sempat Annisa ingin membalas.Cikgu Vivy sudah mula menerang tentang perkhemahan tersebut.Mereka semua mendengar dengan tekun.

"Kita ada tiga bas.Semua dah diagih jadi sila ikut.Jangan sesuka hati kamu nak tukar bas.Selepas nama kamu disebut kamu boleh naik bas"jelas Cikgu Vivy.

Semua mengangguk faham.

"Lynn,Annisa,Ayra,Adam,Eiman,Razif,Zarif dan akhir sekali Naqif boleh naik sekarang bas nombor dua.Tunjuk student card kamu pada pemandu bas"arah cikgu.

Lynn dan Annisa terlebih dahulu naik bas.
Dan diikuti Ayra serta ahli-ahli Xmusic.
Pelajar perempuan yang berada dalam bas sudah menahan jeritan melihat Xmusic.

"Aku nak duduk mana?!"tanya Ayra apabila melihat Lynn duduk dengan Annisa.Tiba-tiba Ayra merasa tangan nya ditarik.

Adam menarik tangan Ayra supaya duduk di sebelahnya apabila melihat Aina datang ke arahnya.Ayra terkaku dengan tindakan Adam.

Kedudukan sekarang ialah Razif dan Zarif duduk di hadapan Annisa dan Lynn.Eiman dan Naqif duduk hadapan Adam dan Ayra.

Lynn dan Annisa tersenyum melihat Adam menarik tangan Ayra.Memang itu rancangan mereka berdua sebenarnya.
Aina memasamkan muka melihat Ayra duduk di sebelah Adam.

"Ayra duduk tempat lain la!"kata Aina dengan nada gedik memandangkan Adam berada di hadapanya.Ayra yang ingin bangun dihalang oleh Adam.

"Kau yang duduk tempat lain"sampuk Adam dingin.Aina menghentak kaki dan berlalu ke belakang mencari tempat duduk yang masih kosong.

"Kau duduk sini diam-diam"arah Adam dingin.Ayra hanya mengangguk faham.
Ayra meninjau kerusi hadapan yang diduduki oleh Eiman dan Naqif.

Nampaknya budak berdua nie sudah terbang ke alam mimpi.Maklum la kena bangun lebih awal dari biasa.Memang mengantuk la!

"Razif nak snek"pinta Ayra memandang kan Razif dan Zarif yang memegang dua plastik makanannya.Razif menghulurkan satu plastik.

Ayra menyambut lalu bagi dua bungkus snek kepada Lynn dan Annisa.Sharing is caring!Ayra melihat orang disebelanya.
Adam juga sama dengan budak depan.
Terlelap bersama headphone.

"Kita akan mulakan perjalanan.Kita akan singgah tempat rehat dua kali untuk kamu
membuang apa yang sepatutnya.Kalau kamu rasa pening atau nak muntah inform cikgu dekat depan"beritahu cikgu Vivy.

Setiap bas terdapat 3 cikgu.Jadi cikgu Vivy salah satu cikgu yang berada di bas nombor dua.Semua mengangguk faham dengan pemberitahuan cikgu.

Maka perjalanan menuju ke Hutan Simpan Ayer Hitam yang memakan masa kira-kira 2 jam setengah dari sekolah mereka bermula.

Ramai yang sudah tertidur namun Ayra sahaja belum boleh melelapkan mata.Selalunya dalam kereta Adam senang je lelapkan mata.

"Nah"kata Adam sambil menghulurkan headphonenya kepada Ayra.Dari tadi dia perhati Ayra yang tidak senang duduk.Tak tidur pun sebenarnya.

"Kesian kau.Tak payah la"balas Ayra sambil menolak huluran Adam.Tanpa sebarang kata Adam meletakkan headphone pada kepala Ayra.

"Pakai.Dan.Tidur"ucap Adam lalu memejamkan mata kembali.Tidak lama kemudian Ayra turut terlena di sebelah Adam.

Harini satu bab je!Sorry!And yup!ramai teka Adam so jawapannya betul.Author tak ada la kejam sangat nak buat kebetulan angah datang pagi tu!So enjoy reading!

Jangan lupa vote and comment!

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now