34

13.9K 1K 66
                                    

"Itu namanya pacat la gila!"kutuk Eiman selamba.Berubah muka Aina apabila Eiman mengatakan binatang yang berada di kakinya ialah pacat!

"Tolong la saya Adam!"pinta Aina gelisah.

Adam yang ingin membantu dihalan oleh Ayra.Adam memandang Ayra pelik.Eiman dan Naqif hanya menanti tindakan Ayra yang seterusnya.

Iela pula hanya memerhati tidak menunjukkan ingin membantu Aina.
Ayra mendekati Aina dan perlahan-lahan
mencakung di hadapan Aina.

Ayra mencabut dua ekor lintah lalu mengangkat dan ditunjukkan di hadapan muka Aina.Darah kotor Aina dari lintah masih menitis.

"Lah bad girl takut dengan pacat ke?Best juga kan kalau pacat ni duduk dekat muka kau.Bagi dia sedut darah kotor dekat muka kau.Nak tak?"tanya Ayra sinis.

"Kau gila ke?!"tengking Aina.Sudah la tak berterima kasih.Ditengkingnya lagi.Aina berundur setapak demi setapak apabila Ayra mendekati dirinya.

"Pacat-pacat ni tak kenyang lagi.Meh sini muka kau!Ingat aku senang-senang bagi kau buli aku selama ni!No way!Hari nie hari aku.Padan muka kau!Gedik"kutuk Ayra.

Aina tersungkur apabila tergesa-gesa berundur.Ayra menapak mendekati Aina lalu dengan susah payah meletakkan dua pacat di pipi dan bibir Aina.

Kedengaran jeritan Aina yang kuat beserta gelak tawa dari Eiman,Naqif dan Ayra.
Tiba-tiba abang renjer muncul dengan muka garang.

"Siapa buat dia macam ni?!"tanya Abang Arif tegas dan membantu Aina bangun lalu membuang pacat dari muka Aina.
Aina menangis muka jangan cakap la.

"Saya"jawab Ayra,Eiman,Naqif dan Adam serentak.Abang Arif memandang pelik antara mereka bertiga.Mana satu yang jujur dah semua jawab saya.

"Perempuan tu yang buat"sampuk Iela sambil memapah Aina dan menunding ke arah Ayra.Eiman,Naqif dan Adam memandang Iela tajam.

"Ayra dan Aina sila ikut saya.Kamu ditahan dari mengikuti aktiviti seterusnya.Ahli yang lain boleh menyambung perjalanan kamu hingga ke tapak perkhemahan"
arah Abang Arif.

Ayra membuat syarat okey kepada ahli Xmusic apabila melihat wajah bersalah mereka.Memang dia yang salah asalkan hatinya puas dapat membalas dendam.

"Aku tak terkejut dengan perangai kau"
perli Naqif perlahan.Iela tersentak mendengar perlian Naqif.Lelaki ini dahulu yang menyelamatkanya.

"Awak tak tahu apa-apa pasal saya"balas Iela tenang.Tidak cepat melenting apabila di perli oleh Naqif.Eiman dan Adam sudah berada di hadapan.

"Aku tahu semua tentang kau.Jangan ingat aku tak tahu yang kau pura-pura baik dengan Ayra sebab kau nak gunakan dia sekali lagi.Kau balik sini sebab syarikat family kau dekat luar negara sana gulung tikar.Nak sorokkan rahsia biar rapi"balas
Naqif sinis.

Naqif mengejar langkah Adam dan Eiman manakala Iela masih terkaku mendengar kata-kata Naqif.Selama ini rahsia yang satu itu disimpan rapi olehnya.

Kini Ayra dan Aina sedang membasuh periuk belanga,kuali,sudip,pinggan,cawan dan sudu garfu yang digunakan untuk masa tengahari tadi.

"Akak nak pergi tandas.Kamu berdua jangan bergaduh pula.Basuh semua tu hingga bersih.Kalau tak bersih basuh sekali lagi"kata akak Iris.

"Baik Akak!"jawab Ayra dan khusyuk membasuk cawan.Aina pula dari tadi baru 3 pinggan.Parah sangat la tu sampai tangan tak boleh bergerak.

Padahal letak pacat dekat muka!Apabila teringat kembali Ayra tergelak membayangkan muka Aina yang pucat tidak berdarah.

"Kau apahal gelak-gelak!"sergah Aina.

"Suka hati la mulut aku!"balas Ayra.

"Memekak tahu tak!"marah Aina.

"Yang kau jerit dalam hutan tu tak memekak pula.Aku baru gelak sikit dah kecoh.Dari tadi kau basuh pinggan baru tiga.Aku letak pacat dekat muka bukan dekat tangan sampai buat kerja lembap"
kutuk Ayra.

Mereka basuh bukan dekat dapur.Diorang berdua basuh semua tu dekat air terjun.
Jadinya diorang duduk atas batu sambil basuh semua tu.

"Ehh kau jangan nak kutuk aku ye!
Sekurang-kurangnya aku tak goda Adam macam kau!Aku jual mahal tak macam kau murahan!"jerkah Aina.

Aina berdiri mendekati Ayra.Ayra juga tidak mengaku kalah.Menghempas cawan dan berdiri di atas batu.Walaupun besar risiko boleh jatuh kesah apa?!

"Adam nak ke dengan kau ha perempuan!
Rambut perang.Body macam tong drum!
Tayang sana sini!Dedah sana sini!Siapa yang murahan sekarang?!"jerkah Ayra.

Buat pertama kali Ayra keluarkan sisi dia yang satu itu.Iaitu baranya melepasi tahap kesabaran yang maksimum.Sampaikan Aina agak terkejut dengan jerkahan Ayra.

Xmusic yang kebetulan yang ingin meninja Ayra.Melihat pergaduhan antara Ayra dan Aina.Xmusic mendekati mereka berdua.

"Body aku suka hati aku la!Kau jeles sebab body kau sebenarnya macam tong drum!
Kau ingat kau bertudung kau baik sangat ke hah perempuan murahan!"jerit Aina.

"Oh please!Nak jeles dengan kau memang tak la?!Aku bersyukur dengan body aku sekarang.Tak bosan ke asyik cari pasal dengan orang?!"jerkah Ayra.

Aina memulakan serangan dengan menarik tudung Ayra.Ayra tidak mendiamkan diri lalu menarik rambut panjang Aina.

"Diam la kau!Kau selalu gagalkan rancangan aku bila aku nak dekat dengan Adam!Aku diam bila kau letak pacat dekat muka aku sebab ada Adam!"jerit Aina.

"Kau tu yang patut diam!Berapa banyak budak Diamond High School jadi mangsa kau?!Aku tak benar kau buli aku dengan mudah macam budak lain!"tengking Ayra.

"Bitch!"jerkah Aina lalu menolak Ayra.

Ayra yang tidak bersedia lalu terjatuh ke dalam air akibat tolakan yang agak kuat dari Aina.Muka Aina berubah pucat melihat Ayra yang tenggelam.

Bush!

Ayra tergapai-gapai mencari nafas.Ayra pengsan apabila gagal bernafas.Tidak lama kemudian kedengaran percikan air dan pinggangnya dirangkul.

Adam terjun ke dalam air lalu merangkul pinggang Ayra dan bawa naik ke atas.Kelihatan ramai sudah berkumpul di tepi air terjun.

Aina sedang dimarahi oleh akak renjer yang menjaga mereka berdua.Lynn dan Annisa mendekati Adam dan Ayra.Adam memberi isyarat kepada Xmusic.

Xmusic mengangguk faham lalu berdiri di hadapan antara Adam dan Ayra.Untuk menghalang pemandangan semua dari melihat tindakan Adam pada Ayra.

Adam membuat CPR dengan kadar segera.
Ayra tersedak keluar air dari mulut.Adam menarik nafas lega.Lynn membalut tubuh Ayra dengan tuala.

Naqif menghulurkan Adam tuala.Adam menyambut tuala tersebut dan berjalan mendekati Aina yang masih dimarahi oleh akak renjer.

Pang!

Terteleng kepala Aina ke arah kiri.Semua terkejut dengan tindakan Adam.Ini kali kedua Aina dilempang oleh Adam depan orang ramai.

"Aku tak pernah jumpa betina yang menyusahkan macam kau!Aku tahu nak bagi amaran macam mana lagi dekat kau supaya jangan sentuh Qhayra Erinna!"
jerkah Adam lantang.

Semua terdiam termasuk akak dan abang renjer.Xmusic sendiri terkejut dengan nada suara yang digunakan oleh Adam.
Selalunya kalau marah sekalipun guna nada dingin sahaja.

"Sekali lagi Aina!Kau sentuh Qhayra aku tak teragak-agak nak buat dua kali ganda kejam yang kau buat dekat Ayra ingat tu!
Kau boleh mampus sial!"tengking Adam.

Aina sudah tersedu-sedu menangis akibat ditampar dan ditengking oleh Adam.Ayra masih dalam keadaan lemah itu dipapah oleh Annisa dan Lynn.

Adam berlalu di situ.Semua yang berada di situ bersurai apabila di arah oleh abang dan akak renjer.Aina pula ditahan oleh akak renjer!

Done!Thank you for 3 in random!
Kepada yang nak join group NICA
boleh pm sis kat whatssap!Nombor ada dekat message board!

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now