28

15.6K 953 49
                                    

Kini tinggal Ayra dan Adam berdua.Razif sudah kembali menyambung jogging.Ahli Xmusic yang lain juga tidak nampak batang hidung mungkin jogging lagi.

"So story la pasal mama kau"ucap Ayra.

"Okey.Nama mama aku ialah Ariana Zarina.Tarikh hari lahir mama jatuh pada tarikh 1.7.1976.Arwah mama aku suka warna maroon"kata Adam tenang.

"Ouh ye.Aku ingat lagi mama aku paling tak suka warna pink sebab mama aku kata warna pink tu sama dengan warna oink oink"jelas Adam lagi.

Ayra dapat lihat gelak tawa Adam yang hambar.Ayra memberi sepenuhnya perhatian pada Adam.Dia tahu tidak mudah untuk menceritakan tentang orang yang meninggalkan kita untuk selamanya.

"Arwah mama aku suka gulai lemak cili api yang papa buat sahaja.Mama tak akan makan kalau orang lain masak.Mama kata air tangan papa paling tip top"

"Mama aku sama juga macam umi kau dan ibu orang lain.Yang sayang akan anaknya,seorang mama yang penyabar,dan seorang yang tabah"

"Masa syarikat papa mempunyai masalah kewangan.Mama aku keluarkan semua duit dari akaun bank dan bagi pada papa.Mama tak pernah berkira"

"Papa tak pernah nampak pengorbanan arwah mama aku.Seperti kau dengar,papa aku tak pernah lawat arwah mama aku dekat hospital"

"Dia jumpa arwah mama aku masa jasad mama aku dibawa balik ke rumah dari hospital.Sedikit pun muka dia tak tunjukkan dia sedih atau menyesal"

"Paling aku tak boleh terima baru 3 hari arwah mama aku dikebumikan.Papa aku dah kahwin dengan ibu tiri aku yang sekarang.Tanah arwah mama aku masih merah Ayra"

"Dan sejak itu aku tak duduk sebumbung dengan papa aku.Waktu itu aku berumur 15 tahun.Nasib aku baik bila arwah mama pernah hadiahkan aku condo dan bagi duit dia yang tinggal semua ke akaun aku"

"Rupanya ketika mama aku masih sakit dia masih menyimpan duit ke dalam akaun bank nya.Semua yang aku ada sekarang ini adalah hadiah dari mama aku"

"Ana pula papa berkeras tidak bagi Ana ikut aku.Dan demi kebaikan Ana aku tinggalkan Ana dengan Papa.Dan aku akan jumpa Ana setiap kali sabtu dan ahad"

"Ramai orang tak tahu penderitaan yang aku alami.Semua anggap aku ada semuanya namun ada satu perkara yang aku tak ada sekarang iaitu mama aku"

'Allahu!Siapa yang kupas bawang dekat sini!Umi!Ayra sayang Umi!'desis Ayra.

Adam segera mengesat air mata yang mengalir di pipi.Adam menenangkan dirinya.Ayra hanya mendiamkan diri.
Tidak mahu mendesak adam lagi.

"Itu je tentang arwah mama aku"ucap Adam mendatar selepas menenangkan dirinya.Dia memandang Ayra yang berada di sebelahnya.

"Okey.Aku pula nak bagi hadiah seperti yang dijanjikan!Aku nak kau tadah tangan kau dua-dua dekat depan aku.Sekarang"
arah Ayra riang.

Tanpa berkata apa-apa.Adan menghulur kan kedua-dua tangannya dihadapan Ayra.Adam melihat Ayra yang mengeluarkan sesuatu dari beg kecilnya.

"Dah siap!"ucap Ayra lalu menyimpan semula pennya ke dalam beg.Ayra melihat reaksi Adam yang terpinga-pinga dengan hadiahnya.

"Tandatangan?"tanya Adam meminta kepastian.Hadiah yang Ayra kata sepanjang 17 tahun dia hidup tak pernah dapat ialah tandatangan!

"Yup!"Ayra mengangguk yakin.

"Setakat tandatangan aku pun boleh minta makcik yang lalu tadi tandatangan.Peminat aku pun boleh bagi tandatangan"
bebel Adam.

Ayra mencebik mendengar bebelan Adam.

"Bersyukur okey.Tak pernah lagi budak laki dapat tandatangan aku.Kau orang pertama.Ingat Qhayra Erinna senang nak bagi tandatangan huh!"balas Ayra.

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now