45

14.8K 1K 63
                                    

Prang!

Terjatuh sudu dalam pegangan Ayra.Ayra memberi sepenuh perhatian kepada Baba.Dari riak wajah Baba,Ayra dapat lihat Baba serius dengan kata-katanya.

"Ayra setuju"balas Ayra selamba.Kini semua memberi perhatian kepada Ayra yang mudah memberi persetujuan tanpa membantah terlebih dahulu.

"Kenapa pandang Ayra macam tu?Ayra ada salah cakap ke?Ayra kata setuju kan.Baba ingat Ayra akan membantah macam dalam drama dengan novel tu ke?"tanya Ayra selamba.

Ayra mengambil kembali sudu yang terjatuh tadi lalu mencendok lauk ke dalam pingganya dan menyambung makan semula.Angah dan Along sudah tercengang.

"Baguslah Ayra setuju"ucap Baba lega.

"Ayra tak nak amik tahu tentang persiapan perkahwinan kalau boleh Ayra nak buat secara kecil kecilan.Ayra tak nak kawan Ayra tahu termasuk pihak sekolah"kata Ayra.

Baba dan Umi mengangguk faham.

Sementara itu di kediaman Datuk Firash situasi tegang antara Datuk Firash dan Adam yang berbalah daripada tadi.Datin Yuhaira dan Hana hanya memerhati.

"Kenapa susah sangat nak setuju dengan cadangan papa?!Apa salahnya sekali dengar cakap papa?!Degil sangat!"jerkah papa tidak tahan lagi dengan sikap Adam.

"Hidup Adam biar Adam yang tentukan.Adam tak nak kahwin dengan Ayra!Tak payah paksa Adam!Papa siapa nak tentukan hidup Adam!"bentak Adam.

Jelas kelihatan urat-urat Adam mula timbul disebabkan amarahnya terhadap papa.Datuk Firash menghempas pasu kepunyaan Datin Yuhaira ke lantai.

"Papa adalah Papa Adam!Papa berhak tentukan hidup Adam!Papa tak kira.Adam kena kahwin dengan Ayra juga!"kata Datuk Firash lantang.

"Adam tak... "

Belum sempat Adam ingin membalas.Danial terlebih dahulu menyampuk dari muka pintu dengan sengihan melebar.Adam memandang Danial tajam.

"Biar Danial yang kahwin dengan Ayra?"sampuk Danial.Datuk Firash dapat lihat perubahan riak wajah Adam setelah mendengar kata-kata Danial.

"Mama tak kisahkan Ayra jadi menantu?" Danial sengaja menyakitkan hati Adam.Dengan selamba Danial merangkul leher Adam.

Datin Yuhaira hanya mendiamkan diri.

"Lepaslah gila!"tengking Adam lalu cuba melepaskan rangkulan Danial di lehernya.Datuk Firash memandang kedua-dua anak lelakinya.

"Kalau Adam tak nak biar Danial gantikan"
kata Datuk Firash akhirnya.Datuk Firash sengaja berkata begitu ingin melihat reaksi Adam yang jual mahal itu.

"Aku tak akan benarkan kau kahwin dengan Ayra.Langkah mayat aku dulu kalau kau nak kahwin dengan Ayra"ucap Adam dingin lalu keluar dari banglo Datuk Firash.

Danial menyimpan senyum melihat kedinginan Adam.Datuk Firash menarik nafas lega apabila melihat Adam yang seperti bersetuju dengan rancangannya.

Masuk sahaja ke dalam kereta,Adam mendapat panggilan dari Ayra.Tanpa melengahkan masa Adam terus mengangkat panggilan tersebut.

Assalammualaikum.

Waalaikummussalam.Kenapa call?

Kau dah tahu pasal tuh?

Hurm.

Kau setuju ke?

Hurm.

I see.Aku pun setuju sebab umi baba.

Boleh kita jumpa sekejap?

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now