30

15.8K 961 57
                                    

Kini keluarga Ayra dan mak su sudah berada di lapangan terbang memandang kan umi dan baba akan berangkat sebentar lagi.

"Ayra jangan nakal.Jangan nak susahkan mak su.Tolong apa yang patut jangan goyang kaki duduk dekat rumah mak su.Ingat tu jangan lupa"pesan Umi.

"Okey umi.Ni dah kali ke sepuluh umi pesan.Ayra ingat semuanya.Banyak sangat jangannya.Lagi satu baba jaga umi jangan nakal-nakal"balas Ayra pula.

"Ye Ayra.Nie kali kelima Ayra pesan.Ayra tu sama je dengan umi.Tak payah nak kata umi.Along dan angah jaga diri dan anak perempuan baba nie"kata Baba.

Along dan Angah mengangguk faham.
Sudah tiba waktunya umi dan baba menuju ke balai perlepasan.Ayra menyalam umi dan baba diikuti dua orang abangnya.

'Fuh kental juga hati aku!Tak pernah kena tinggal tapi tak nangis harini bila umi nak pergi Mekah!Syabas Ayra!Bravo!'desis Ayra.

Hilang sahaja bayangan umi dan baba Ayra,along,angah dan mak su menuju ke kereta.Ayra menyalam along dan angah memandangkan dia akan mengikuti mak sunya balik.

"Nanti along jenguk Ayra"ucap Along sebelum Ayra masuk ke dalam kereta.Ayra mengangguk.Tidak kesah pun sebenarnya jenguk atau tidak.

Sebab bila dekat rumah mak su nanti dia akan main fifa 2017 limited edition dekat ps4 pula tu.Mimi pun ada bertambah tidak kesah la Ayra.

Mimi tu kucing british scoth milik mak su.Warna brown and white.Kereta mak su sudah selamat meluncur laju menuju ke rumah mak su.

Sampai sahaja di tempat letak kereta.Ayra terlebih dahulu keluar untuk mengeluar kan beg pakaiannya.Beg roda sebenarnya saiz sederhana besar.

"Jiran mak su semua okey ke?"tanya Ayra apabila berada di dalam lift.Mak su menekan butang nombor 11 disitu terletaknya rumah mak su.

"Okey.Lagi-lagi budak depan rumah mak su.Selalu dia bawa mimi jalan sama dengan kucing dia.Tapi dia tak ramah sangat macam Ayra"balas mak su.

"Sebaya dengan Ayra ke?"tanya Ayra.

"Rasanya sebaya Ayra.Dia selalu balik pakai uniform sekolah Ayra.Dia tinggal sorang.Tak pernah pula mak su tanya tentang parents dia"jawab mak su.

Ting!

Ayra dan mak su keluar dari lift.Rumah masuk tidak jauh dari lift sebenarnya.
Sementara mak su membuka pintu pagar,Ayra melihat rumah di hadapan mak su.

"Ni ke rumahnya?"tanya Ayra sambil menunjuk ke rumah hadapan mak su.
Mak su mengangguk tanda mengiyakan.
Ayra mengangkat bahu tidak berminat.

"Wow!Dah lama tak datang sini"jerit Ayra teruja dengan reka dalaman rumah mak sunya.Mungkin bulan november tahun lepas last datang.

Sekarang bulan januari lama juga kan.
Mak su tersenyum mendengar kata-kata Ayra.Mak su mengeluarkan bahan untuk masakkan tengahari.

"Ayra pergi letak barang dekat bilik kedua"
arah mak su.Ayra menurut arahan lalu membawa beg pakaiannya ke dalam bilik yang dimaksudkan oleh mak sunya.

Ayra menanggalkan shawl cakenis dan diletakkan di atas katil.Manakala cardigan labuh juga diletakkan di atas katil.Hanya memakai seluar jeans dan baju putih lengan pendek.

Rambut panjangnya diikat sanggul.
Ayra keluar dari bilik untuk membantu mak su di dapur.Sebagai anak saudara yang baik kena masuk dapur!

"Nak Ayra tolong apa?"tanya Ayra.

"Kupaskan mak su bawang merah dengan bawang putih.Basuh lepastu blender.Masukkan dalam kuali tu.Nak tumis"
jelas mak su.

Ayra mengambil bawang seperti yang di beritahu oleh mak su.Mula la drama air mata oleh Qhayra Erinna.Sampai mak su tolong lap kan la.

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now