57

14.2K 917 67
                                    

"Baru sedar aku ada dekat sini belum kahwin dah lupa bakal suami kalau dah kahwin aku tak tahu la macam mana tahap lupa kau nanti"ucap Adam dingin.

"Ewww bakal suami merajuk!Muka pun dah merah-merah!Nak cendol abang Adam?Free saya bagi!Mari kita ke bawah khemah"pujuk Ayra selamba lalu menarik hujung lengan Adam.

"Lepasla!Orang ramai tengok"balas Adam cuba merentap namun pegangan Ayra agak kuat pada hujung lengannya.Ayra menggelang tanda dia tidak akan lepaskannya.

"Biarla diorang nak tengok,mata diorang bukan mata kita.Lagi satu tadi kemain merajuk,bila orang nak pujuk jual mahal pula"bebel Ayra memandang Adam di belakang.

"Bila aku merajuk?Pandang depan la!"arah Adam agak tegas apabila Ayra jalan sambil mengundur kerana memandang dirinya di belakang.

"Tak nak!Kalau kau dah tak merajuk baru aku pandang de ... "belum sempat Ayra ingin menghabiskan ucapannya dengan tiba-tiba Adam menarik dirinya.

Ayra menahan tangannya di dada Adam bagi menjarakkan ruang di antara mereka berdua.Jelas kelihatan wajah Adam memerah ketika ini.

"Jalan pandang depan!Kau tak nampak lubang dekat depan tuh.Pakai heels,jatuh menyusahkan orang lain.Ada sebab aku suruh kau jalan pandang depan"kata Adam garang.

Ayra terkedu apabila dimarahi oleh Adam.Tanpa menunggu lama Adam meninggalkan Ayra keseorangan di situ lalu menuju ke arah umi dan baba Ayra.

Jelas kelihatan lubang di hadapan mata Ayra.Dia melihat pemergian Adam ke arah umi dan baba.Ayra mengetuk kepala perlahan menyedari salahnya.

"Kena marah hurm?"tanya Zarif apabila Ayra mendekati meja mereka dengan wajah muram.Bukan dia tidak nampak adengan sebentar tadi.

"Salah aku"balas Ayra dua patah.

"Nak aku ambilkan makanan kau ke?"tanya Zarif lembut , dia tahu Adam mesti tak ada niat nak marah Ayra.Ayra menggeleng perlahan.

Melihat gelengan Ayra membuatkan Zarif melepaskan tawa kecil.Ayra memandang Zarif pelik.Yang lain tidak mengendahkan mereka berdua.

"Kenapa kau gelak?"tanya Ayra pelik.

"Aku rasa kelakar bila perempuan 17 tahun merajuk macam budak 7 tahun.Tunggu sini aku ambilkan makanan"jawab Zarif sambil menggosok kepala Ayra.

Ayra tersenyum mendengar balasan Zarif.

Selesai mengisi pinggan dengan pelbagai lauk buat Ayra,Razif kembali melangkah menuju ke meja mereka.Namun langkahnya terhenti apabila melihat Adam di hadapan.

"Bro!Tolong bagi dekat Ayra.Aku rasa nak buang air besar la.Tak tahan nie.Nah.Terima kasih.Jasamu ku kenang sehingga sepuluh keturunan!"ucap Zarif pura pura tergesa-gesa.

Zarif menghulurkan pinggan tersebut,apabila di sambut oleh Adam.Dengan segera,Zarif lari masuk ke dalam rumah Ayra dengan tidak malu.

Adam mengerut dahi melihat perangai pelik kawannya.Dia menyambung langkah menuju ke meja mereka di mana hanya ada Ayra di situ.

"Nah!"

"Terima kasih Zarif!"ucap Ayra tanpa memandang wajah Adam namun apabila melihat satu lagi pinggan di sebelahnya membuatkan Ayra mengangkat wajah.

"Bukan kau dah makan ke ta.."kata-kata Ayra terhenti apabila melihat Adam menyisingkan lengan baju sehingga siku tanpa banyak bunyi.

"Makan.Aku pergi ambil air"ucap Adam sebelum berpusing untuk mengambil air mereka berdua.Ayra menahan Adam dan bangkit dari duduknya.

"Biar aku ambil"balas Ayra,tanpa menunggu balasan Adam.Ayra melangkah ke tempat air.Ayra kembali ke meja bersama dua gelas berisi air.

"Kenapa tak makan lagi.Kau tunggu aku?"tanya Ayra dan terselit gurauan dalam pertanyaannya.Adam menyambut huluran Ayra.

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now