24

15.7K 993 37
                                    

Ayra turun untuk bersarapan seperti biasa.
Angah dan Along sudah ada di meja makan.Ayra duduk di sebelah Umi.Umi menghulurlan pinggan yang berisi nasi goreng.

Ayra menyambut huluran tersebut dan makan dengan senyap.Baba berdeham beberapa kali dan memandang Umi sekilas.

"Baba nak bagitau yang baba dengan umi akan pergi umrah hujung minggu nie.Baba bagitau awal nie supaya kamu bertiga tak terkejut nanti"ucap Baba tenang.

Semalam Baba mendapat panggilan bahawa dia dan isterinya dapat menunaikan umrah pada hujung minggu ini.

Tersedak mereka bertiga mendengar
kata-kata Baba mereka.Umi menepuk perlahan belakang anak daranya yang tersedak.

"Lepas tu Ayra tinggal dengan siapa?Tak akan tinggal dengan Along dengan Angah.Diorang kerja Ayra sorang-sorang kat rumah nie!Siapa nak buat breakfast?"
tanya Ayra bertubi-tubi.

Angah dan Along sudah mengangguk setuju dengan kata-kata Ayra.Umi dan Baba sudah tergelak melihat telatah anak mereka.

"Ayra tinggal dengan mak usu dekat condominium tu.Angah dengan Along duduk je rumah nie.Umi dah bagitau mak usu yang Ayra tinggal rumah dia"jawab Umi.

"Hmmm"balas Ayra lemah.Tak boleh makan breakfast umi buat 1 minggu sungguh menyesakkan.Wuargh!Nak ikut Umi!

Pin!

Ayra terus menyalam ahli keluarganya apabila mendengar hon kereta Annisa.Ayra terus masuk ke dalam kereta dan kerera Annisa meluncur laju meninggalkan kawasan rumah Ayra.

"Assalammualaikum kawan-kawan"ucap Ayra setelah masuk ke dalam kereta.Salam Ayra tidak dijawab oleh Lynn dan Annisa seperti biasa.

'Ahh sudah kenapa minah dua ekor nie?'
desis Ayra.

"Umi aku kata tak jawab salam do.."belum sempat Ayra ingin menghabiskan ayat.Lynn dan Annisa menjawab salam serentak dengan kuat.

"Korang berdua nie dah kenapa senyap?"
tanya Ayra pelik.Lynn yang mendengar pertanyaan Ayra terus pusing ke belakang menghadap Ayra.

"Kau pergi mana hari sabtu?"tanya Lynn.

"Aku ada je la kat rumah kenapa?"nafi Ayra gugup.Lynn memandang Ayra lama lalu mengeluarkan telefonnya dan menunjuk kepada Ayra.

"Siapa nie?Kembar kau ke?Kau menipu aku dengan Annisa ye!Dah dating tak nak bagitau aku!Boleh aku date juga dengan Adam tu!"bebel Lynn melepaslan ketidakpuasan hatinya.

"Entah kau nie Ayra.Tahu la manager Xmusic.Jangan la sweet sangat.Aku dengan Lynn jeles tahu tak?Dah kecoh tau pasal nie kat insta"bebel Annisa pula.

'Astaga!Senyap dari tadi sebab pasal nie je!Aku luku juga kepala sekor-sekor!Tapi tadi aku dah menipu Lynn dan Annisa hehe!Kantoi pula!'desis Ayra.

"Pergi beli barang dapur je la.Then pergi makan dekat pizza hut tu lepas tu balik la.Bukan dating sangat pun.Jangan jeles la aku bukan ambik Razif dengan Zarif korang tu!"jelas Ayra pula.

"Dulu orang tu kata menyampah dengan nerd tapi nie dah siap dating apa cite?Adam tu dah jadi crush kau ke apa?
Ngaku je la"balas Lynn.

"Mana ada la!Mamat dingi tu memang tak la nak buat crush ern!Dah!Aku tengah risau nie kalau peminat Xmusic serang aku mampus la"bebel Ayra.

"Tak apa kau jalan dengan aku dan Annisa.Hari nie kitaorang tak pergi dekat peminat tu.Kesian pula dekat kau.Nanti aku cover kau"pujuk Lynn menenangkan Ayra.

Annisa mengangguk setuju.Kini kereta Annisa sudah masuk ke dalam kawasan sekolah.Sebaik sahaja Annisa parking kereta.

Ayra dapat lihat peminat Xmusic setia menunggu kedatangan Xmusic yang masih belum sampai lagi.Ayra membetulkan kedudukan kotnya.

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now