50

14.7K 917 22
                                    

"Saya minta maaf encik.Saya tak sengaja"
ucap Ayra sebaik sahaja dirinya melanggar seseorang tanpa sengaja.Tangan Ayra secara automatik mengelap baju jejaka tersebut.

"Hmm"balasan yang diberi oleh jejaka di hadapannya membuatkan Ayra mengangkat wajah.Gerakan tangannya terhenti melihat wajah Adam menyapa pemandangannya.

Secara berlapik Adam memimpin Ayra sehingga ke tandas setelah melihat wajah pucat Ayra.Ayra tidak menghalang tindakan Adam itu.

"Tak payah risaukan baju aku"kata Adam dingin apabila melihat pandangan Ayra tertumpu pada sisa muntah Ayra di bajunya.Ayra menundukkan wajah.

Adam membiarkan pintu tandas terbuka.Dia membasahkan sapu tangannya sedikit lalu dengan selamba dia mengelap sisa muntah di tepi bibir Ayra.

Ayra terkedu dengan tindakan selamba Adam yang mengelap sisa muntahnya.Belum sempat Ayra ingin membalas,Adam terlebih dahulu beredar dari situ.

Ayra mengeluh perlahan melihat bayangan Adam yang semakin jauh.Ayra kembali melangkah menuju ke arah Along dan Angah yang setia menunggu dari tadi.

Sementara itu di dalam kereta Zarif.

"Ehh bro!apahal bau masyamm"rungut Zarif sebaik sahaja Adam menutup pintu keretanya.Melihat sisa muntah di baju Adam membuatkan Zarif mual.

"Buka baju kau cepat!"marah Zarif geram.

Tanpa banyak bunyi Adam menanggalkan sweater yang terkena muntah Ayra dan hanya memakai t-shirt putih.Zarif perasan tompokan merah di belakang baju Adam.

"Jahitan kau terbuka ke?"tanya Zarif prihatin.Nada suarannya sudah mengendur apabila melihat t-shirt putih Adam tercemar dengan tompokan darah.

"Mana ada.Cepat gerak!"jawab Adam tidak mahu menjawab lebih lanjut.Zarif mengangguk faham lalu memulakan pemanduan balik ke condominium Adam.

"Tadi kenapa Ayra lambat sangat?"tanya Along sebaik sahaja mereka bertiga masuk ke dalam kereta.Along memandang Ayra pada pantulan cermin belakang.

"Kenapa along tanya?"tanya Ayra kembali.

"Sebab Adam tegur Along dengan Angah tadi.Mana tahu dia ada tegur Ayra ke?"balas Angah dari tempat duduk sebelah pemandu.

"Ayra ngantuk.Dah sampai rumah kejut"dalih Ayra tidak mahu menjawab pertanyaan tersebut.Angah sudah membuat muka apabila Ayra tidak mahu menjawab soalannya.

"Adik kau la tuh"kutuk Angah selamba.

"Adik aku, adik kau juga"balas Along.

Angah menghadiahkan jelingan tajam buat Along.Along memulakan pemanduan menuju ke rumah mereka.Ayra memejamkan mata rapat.

Terbayang kembali perlakuan dingin Adam terhadap dirinya.Ayra menggeleng kepala perlahan untuk melenyapkan segala bayangan di dalam fikirannya.

Setelah dua hari bercuti,mereka kembali ke sekolah.Ayra dan Adam juga sudah baik dari demam kecuali jahitan Adam yang masih belum kering.

"Weh.Dengar cerita Xmusic gaduh dengan Azam malam ahad haritu dekat lorong belakang bangunan lama tuh.Punca gaduh tak tahu sebab apa"beritahu Lynn.

"Aku pun ada baca laporan wartawan tak berbayar dekat insta.Tengah kecoh juga la.Diorang kata Xmusic tak luka banyak sangat macam Azam"sambung Annisa.

"Xmusic ada bagitahu apa-apa tak?"tanya Lynn pada Ayra memandangkan Ayra ialah manager kepada Xmusic.Ayra yang duduk di sebelah Lynn hanya menggeleng.

"Ehh itu bukan Iela ke?Dengan Azam kan!"kata Annisa lantang tidak dapat mengawal perasaan terkejutnya apabila melihat Azam melangkah masuk Hall bersama Iela.

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now