63

16K 986 148
                                    

" Macam biasa , kitaorang berdua main masak - masak dalam bilik lepastu kitaorang main nyorok sekali. Kenapa nak join sekali ke ? " jawab Ayra .

Kelihatan Papa , mama , dan Adam menarik nafas lega manakala Hana hanya fokus pada makanannya tidak kesah dengan keadaaan sekeliling.

" Tak nak join nanti menganggu pula korang berdua lagipun baru kahwinkan jadi sebagai adik ipar , aku faham korang perlukan masa berdua bersama " balas Daniel .

" Baguslah , aku pun ajak ayam je tadi " kata Ayra selamba lalu menyambung makan . Papa tergelak kecil mendengar balasan dari menantunya.

Daniel mencebik lalu menyambung makan kembali . Adam yang berada di sebelah Ayra menyimpan senyum . Suasana di meja makan kembali senyap .

Kini Ayra dan Adam sibuk mengemas barang Ayra memandangkan Ayra akan tinggal di rumah Adam selama - lamanya selagi tak bercerai.

" Kenapa banyak sangat baju kau nie ? " keluh  Adam apabila daripada tadi tidak berhenti tangannya melipat pakaian Ayra dan masuk ke dalam almari .

" Eii ! Baru lipat sikit dah bising " balas Ayra geram mendengar keluhan Adam yang macam tak ikhlas nak tolong . Tapi tak dapat disangkal memang banyak .

" Sikit ? " soal Adam dengan nada terkejut . Dah bertimbun baju yang dia lipat , Ayra boleh kata sikit ? Ayra setakat masukkan ke dalam almari memang tak penat.

" Shh , ustazah kata jangan merungut tolong antara satu sama lain nanti hilang pahala . Hati biar ikhlas " jawab Ayra lalu menepuk dada Adam perlahan .

" Lagi satu ustazah kata ... " terhenti Ayra dibuatnya apabila Adam menangkap pergelangan tangannya kejap dan menarik sedikit kasar .

Ayra yang tidak bersedia terdorong ke depan . Namun sempat ditahan tangannya di atas peha Adam untuk mengekalkan jarak antara mereka berdua .

" Kau nak dengar tak apa ustaz aku cakap ? " bisik Adam perlahan sambil merenung tepat anak mata Ayra di hadapannya . Ayra takut - takut mengangguk.

" Ustaz aku kata seorang isteri tak baik susahkan suami atau lebih sedap ayatnya ialah isteri tak patut membebankan suami dengan melipat kain sebegini " kata Adam.

Lalu menunjal kepala Ayra lembut dan dengan selamba bangun keluar dari bilik Ayra . Mereka membuat keputusan untuk tidak tidur satu katil lagi .

" Adam !! " jerit Ayra apabila dirinya ditinggalkan dengan banyak lagi pakaian yang harus dilipat . Adam di luar bilik hanya menutup telinga .

Keesokan paginya , Ayra dan Adam bersiap memandangkan hari nie dah bermula persekolahan seperti biasa . Ayra menjengah ke bilik Adam .

" Wow ! Six pack ! " sapa Ayra mengejut sebaik sahaja melihat Adam yang baru membutangkan baju . Ayra duduk di birai katil tanpa meminta izin .

" Kenapa ceroboh bilik aku ? " tanya Adam lalu melangkah ke hadapan cermin untuk melihat pantulan dirinya . Adam mengapai minyak wangi di atas meja .

" Saje . Semalam tak sempat nak ceroboh lagi . Weh ! " jerit Ayra tiba - tiba . Mujur tidak jatuh minyak wangi di dalam genggaman Adam akibat terkejut dengan jeritan Ayra .

" Apa kau nak ?! " balas Adam geram .

" Nak juga , semburkan " kata Ayra lalu berdiri di hadapan Adam untuk memudahkan Adam menyembur minyak wangi di tubuhnya .

" Ini minyak wangi lelaki , mana boleh " ucap Adam mendatar dan ingin meletak kembali minyak wangi tersebut di atas meja namun Ayra merampas .

" Tak ada pun dia tulis dekat sini perempuan haram pakai . Lagipun minyak wangi kau nie wangila bau lelaki seksi dan maskulin gitu " balas Ayra selamba .

Nerd Itu Crush Aku  Where stories live. Discover now